|
Atlet memanah negara, Juwaidi Marzuki (kanan) dan Fatin Nurfatehah Salleh meraikan kemenangan meraih pingat emas selepas menewaskan wakil Filipina dalam acara akhir compound berpasangan campuran pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi, hari ini. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.
HANOI: Gandingan compund negara, Juwaidi Marzuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh merangkul emas pertama negara dalam acara memanah pada temasya Sukan SEA, di sini, hari ini.
Gandingan itu mengetepikan pasangan dari Filipina, Jennifer Dy Chan-Paul Marton Santos Dela Cruz dengan keputusan 151-150 pada final di Pusat Latihan Kebangsaan Hanoi.
Gangsa menjadi milik Thailand yang mengetepikan Vietnam menerusi keputusan 154-153.
Terdahulu, Juwaidi, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazali dan Wong Co Wan menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan lelaki. Mereka tewas 230-229 di tangan Indonesia pada aksi final.
Gangsa bagi acara berpasukan lelaki menjadi milik Filipina yang mengecewakan Thailand dengan keputusan 231-229.
https://www.bharian.com.my/sukan ... akukan-panahan-emas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|