View: 625|Reply: 3
|
[Dunia]
Berpeluk manafaat kepada wanita bukan lelaki- kajian
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 20-5-2022 01:26 AM
BERLIN – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa perbuatan memeluk pasangan hanya mampu mengurangkan tekanan perasaan dalam kalangan wanita dan tidak memberi sebarang kesan ke atas lelaki, lapor portal berita MailOnline, semalam.
Ia kerana pelukan boleh mencetuskan tindak balas semula jadi badan terhadap situasi yang membebankan.
Walau bagaimanapun, hanya wanita yang kelihatan mampu meraih faedah daripada perbuatan memeluk.
Penyelidik Jerman berkata, keadaan itu mungkin disebabkan wanita mendapati bahawa pelukan adalah lebih menenangkan berbanding lelaki.
Mereka juga menghasilkan lebih banyak hormon oksitosin sebagai tindak balas.
Hormon cinta, seperti yang diketahui, mengganggu pengeluaran kortisol dan membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dalam badan.
Selain itu, kajian tersebut mendapati tiada hubung kait antara pelukan dan tahap tekanan dalam kalangan lelaki.
Para penyelidik mencadangkan ini mungkin disebabkan lelaki menghasilkan kurang hormon cinta oksitosin selepas pelukan dan tidak membuatkan mereka berasa lega selepas dipeluk pasangan. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2022/05/19/pelukan-hanya-kurangkan-tekanan-wanita-tidak-beri-kesan-pada-lelaki/
|
|
|
|
|
|
|
|
yup pompuan tak perlu berpeluk dgn sesiapa... menurut pakar psikologi, pegang atau cuddle bubis sendiri (BUKAN secara seksual ya) pun cukup menghasilkan oxytocin. pasal tu la sesetengah pompuan dlm keadaan stress atau nervous tanpa disedari, would hold their breasts for emotional support. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki perlukan hormon testosterone dek… hormon tu mampu kawal tekanan perasaan selain kelebihan2 lain sis (untuk lelaki sahaja). Sebab tu kalau engkau orang perhatikan sekeliling, lelaki yang kuat marah baran dan kuat berleter tu ghopenya macam mana sis? Macam pondan kan sis? Badan pun less muscly segitu dek… kalau dia main steroid tu memang engkau akan nampak dia muscly lah kan dek, tapi hakikatnya belum tentu hormon testosterone dia cukup dekkk…
Walaupun laki korang minat sukan minat kenderaan bermotor, belum tentu hormon testosterone dia cukup sis.
Ni masalah paling utama buat lelaki zaman tiktok haramjadah ni dek. Faktor makanan proses dan highly GMO plant sebabkan banyak hormon phytoestrogen terembes dekkk… hormon ni menyerupai hormon perempuan dek. So jangan peliklah kalau engkau orang perhati ramai nau lelaki zaman sekarang pondan lembut dan cepat koyak macam spesis perempuan dekkk…. Cash lah kan dekk…
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape Nak Heran?
Deme suke meronjang aje.. Lagi mau tanye saintis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|