View: 1126|Reply: 9
|
[Tempatan]
Jururawat Malaysia menerima gaji lumayan di Singapura setaraf doktor pakar di tanah air sendiri
[Copy link]
|
|
Exco Johor Ling Tian Soon berkata kemasukan jururawat dari negeri itu dilihat semakin meningkat setiap tahun meskipun tiada statistik khusus jumlah golongan itu yang bekerja di Singapura.
PETALING JAYA: Tawaran gaji lebih lumayan setaraf doktor pakar membuatkan semakin ramai jururawat khususnya di Johor memilih bekerja di Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, jika situasi itu terus berlaku maka Johor berdepan kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.
Katanya, kemasukan jururawat dari Johor dilihat semakin meningkat setiap tahun meskipun tiada statistik khusus jumlah golongan itu yang bekerja di republik tersebut.
“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan bekerja di Singapura kerana nilai ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.
“Difahamkan antara sebab jururawat kita bekerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia berdasarkan nilai matawang negara itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, walaupun jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98% diisi tetapi masih tidak mencukupi memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain pembukaan hospital baharu.
Sehubungan beliau berkata, satu perbincangan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan diadakan dalam satu pertemuan dijangka dalam waktu terdekat bagi penyelesaian masalah terbabit.
“Pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.
“Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas, seterusnya khidmat diberikan dengan terbaik dan berkesan,” katanya.
Ketika ini, terdapat 12,533 jururawat di Johor membabitkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 lagi berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh kes kak misi dengan negro dulu ada update? |
|
|
|
|
|
|
|
Advantage kepada yg bekerja sana pastu kirim wang dekat malaysia. Tp kalau kau org sana, kerja sana..lebih kurang je taraf hidup kata anak buah iols. Paling yg untung kerja dekat singapore, tp berbelanja dekat jb pastu tinggal johor |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu macam ada baca kat twidder yang lawyer selalu cerita kes jenayah tu update..dah jatuh hukum rasanya..
cumanya kes de cover secara terbuka atas permintaan family..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pro dan kon.... Pro dia mmg tinggi, tp kon dia benda ni kontrak.....
Sbb tu biarpun nurse di Saudi dibayar mahal, tp bersedialah kalau dh abis kontrak balik msia kerja di sptital swasta dgn gaji lebih kecil.....
Ada jer kenalan aku yg pegi Saudi buat duit, then lepas 2-3 tahun balik bawa simpanan 200-300k.... Oklah ada duit bina rumah atas tanah tp long run dia kata nyesal sbb x secure kerja... Nk masuk gomen balik susah dh sbb post tu mmg berlambak yg tgu |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg doctor n nurse yg nak keja oversea, check negara scandinavia, aku tahu denmark ada opening, terpaksa dapatkan doctor n nurse dr oversea. Kalaulah kan yg nak merantau
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 20-5-2022 02:17 PM
axl_bach replied at 20-5-2022 11:15 AM
Ada pro dan kon.... Pro dia mmg tinggi, tp kon dia benda ni kontrak.....
Sbb tu biarpun nurse di ...
Ada lagi satu sudut bekerja oversea ni bila dah lama bermewahan (tak beringat menyimpan), is bila depa balik malaysia, depa tak dapat tonedown lifestyle... so lepas balik setahun dua, terpaksa merantau balik utk sustain life mcm jadi expatriate overseas...
Sebagai contoh, anak2 dah biasa syllabus International school, tetiba balik malaysia kena maintain skolah di International school yuran plak mahal 60-70k setahun per kid.. masa expat, benda ni tak rasa sbb company tanggung (family package)...
Lagi satu ramai orang balik haritu kes talentcorp je ke apa nama program tu.. depa ramai2 dapat grant rm80k beli mercedes/bmw CKD... so depa balik la... then baru sedar tak dapat balance commitment and income di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 19-5-2022 11:01 PM
Better kerja di amerika walaupun bukan citizen... Cukup time layak dapat 401k(if company bagi this scheme) 401k.. epf amerika version but company yang bayar bukan pekerja dan SSN.. Pension version...dapat both
Walaupun di potray di forum negara capitalis lahanat |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 20-5-2022 02:15 PM
Ada lagi satu sudut bekerja oversea ni bila dah lama bermewahan (tak beringat menyimpan), is bila ...
Dlm kes nurse ni aku x rasa masalah bermewah wujud, at least org sekeliling yg aku tau pergi merantau mmg dorg aim nk kumpul dan simpan sebyk mungkin duit bawa balik....
Ibaratnya mcm org indon dtg msia lah, nk cari sebanyak mungkin simpanan |
|
|
|
|
|
|
| |
|