View: 517|Reply: 0
|
[Dunia]
Askar Rusia pertama mengaku salah bunuh orang awam
[Copy link]
|
|
Askar Rusia pertama mengaku salah bunuh orang awam
VADIM Shishimarin. FOTO AFP
Kyiv: Seorang askar Rusia mengaku bersalah, pada Rabu, atas pertuduhan membunuh orang awam Ukraine pada peringkat pembukaan pencerobohan Moscow.
Vadim Shishimarim, 21, membuat pengakuan itu dalam prosiding yang pertama kali diadakan sejak perang Ukraine- Rusia.
Dia yang hadir dengan memakai hoodiebiru dan kelabu, dengan rambutnya dicukur, memandang ke bawah ketika pendakwa raya membacakan pertuduhan terhadapnya dalam Bahasa Ukraine.
Perbicaraan di bilik mahkamah penuh sesak itu adalah yang pertama dalam siri prosiding dibawa oleh Ukraine terhadap askar Rusia yang didakwa melakukan kekejaman oleh Kyiv dan sekutu Baratnya.
Ia juga adalah ujian awam terhadap sistem kehakiman Ukraine pada masa institusi antarabangsa menyiasat secara serentak penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh tentera Rusia.
Mengikut pertuduhan, Shishimarin didakwa membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun di timur laut Ukraine pada 28 Februari, empat hari selepas pencerobohan Rusia.
Lelaki berasal dari wilayah Siberia di Irkutsk dekat timur Rusia itu didakwa atas jenayah perang dan pembunuhan terancang berdepan kemungkinan hukuman penjara seumur hidup.
Ditanya di mahkamah sama ada dia bersalah membunuh orang awam warga emas itu, sarjan itu mengiyakannya.
Kremlin berkata awal Rabu bahawa tiada maklumat mengenai kes itu.
"Keupayaan Moscow untuk memberikan bantuan kerana kekurangan misi diplomatik kami di sana juga sangat terhad," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada pemberita.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... ah-bunuh-orang-awam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|