CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 818|Reply: 2

"Anak-anak Ini Tidak Bersalah" – Pakar Audiologis Tak Sangka Netizen 'Geli' Tengok Dia Sentuh Pesakit HIV

[Copy link]
Post time 20-5-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Shasa Aziz


Walaupun sudah tahun 2022, ternayata masih ramai rakyat di negara kita mempunyai stereotaip yang salah terhadap penghidap penyakit HIV. Seharusnya kita tidak boleh 'pukul rata' dengan menanggap penghidap itu pendosa dan 'kotor'.


Baru-baru ini, seorang audiologis yang dikenali sebagai Shasa Aziz telah berkongsikan video terbaru aktiviti CSR yang dilakukan di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, Shasa telah mengunjungi rumah kanak-kanak penghidap pesakit HIV di Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).


  



Menurut Shasa, dia bersama pasukannya sering membuat kunjungan ke anak-anak yatim untuk memberi sumbangan, tetapi kali ini, Shasa telah menukar perancangan untuk melawat rumah kanak-kanak HIV.


Dalam video itu, kelihatan Shasa sedang berborak sambil memegang salah seorang penghuni di rumah itu bersama pengasas rumah kebajikan iaitu Mama atau nama penuhnya Datin Norlina.


Namun siapa sangka, terdapat segelintir netizen yang sanggup memberikan respon bahawa mereka jijik dan takut dengan cara Shasa menyentuh pesakit tersebut tanpa memakai sarung tangan. Individu tersebut juga bertanya adakah Shasa tidak takut sekiranya dijangkiti penyakit itu. Memang mulut tiada insuran betul!


  



Walaupun 'diserang' oleh individu itu, Shasa dengan tenang telah menjelaskan bahawa niatnya cuma mahu bersedekah. Shasa juga berkata dia sudah membuat pemeriksaan badan, dan pada ketika itu juga tiada luka di badannya yang boleh menyebabkan jangkitan.


Sumber: Instagram Shasa Aziz





Tambah Shasa, dia tidak mahu memakai sarung tangan ketika menyentuh pesakit itu kerana mahu menjaga hati kanak-kanak di rumah kebajikan itu. Sudahlah orang di luar sana melabel mereka sebagai 'jijik', sudah semestinya Shasa tidak mahu membuatkan mereka terasa terasing. -CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar hipokrit wal munafik...cikgu2 tak beksin boleh pulak ko sumbat dalam stor..walaupun sihat ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lady Di okay jee peluk2 anak2 yang kena HIV
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.625037 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list