View: 2608|Reply: 40
|
[Tempatan]
Badan Dipijak, Dipukul, Kepala Anak Ditendang Macam Bola- Bapa Tak Puas Hati Dengan Cikgu Dan Pengetua Sekolah!
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Seorang bapa mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya diserang di sebuah sekolah menengah di daerah ini, baru-baru ini.
Lelaki berusia 52 tahun itu, berkata, anaknya, 16, diserang sekumpulan pelajar di padang sekolah berkenaan jam 9.40 pagi, 11 Mei lalu.
"Ada pelajar memaklumkan mahu bertemu anak saya di padang sekolah itu dan apabila sampai, dia dikelilingi kira-kira 10 pelajar lain.
"Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Foto: Harian Metro
Dia berkata, anaknya ditumbuk di bahagian muka dan cuba mempertahankan diri namun terjatuh.
"Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya.
"Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka," katanya.
Katanya, anaknya berjaya melepaskan diri dan pergi ke pejabat pengetua untuk membuat aduan.
"Apabila saya bertemu pengetua, dia memaklumkan bahawa masalah ini boleh diselesaikan dan ia menyebabkan saya terkedu. Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.
"Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri," katanya yang memaklumkan anaknya masih belum sembuh sepenuhnya.
Menurutnya, dia sudah membuat dua laporan polis berhubung kejadian itu dan mahu tindakan diambil terhadap sekumpulan pelajar berkenaan.
"Ini bukan kejadian pertama anak saya menjadi mangsa buli. Pada 2019, dia turut dibuli dan apabila saya pergi ke sekolah, guru memaklumkan mereka (anak dan pembuli) sudah berbaik.
"Malah pada tahun sama, seorang daripada pelajar berkenaan mengugutnya menggunakan pisau tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya sehingga April 2020 menyebabkan saya menghubungi pihak sekolah supaya tindakan diambil.
"ada Julai (2020), saya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar berkenaan tidak lagi datang ke sekolah. Itu bukan alasan untuk tiada tindakan diambil terhadapnya," katanya.
Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuli dan pihak sekolah sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu berkenaan.
"Saya sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dalam isu ini dan berhasrat tidak mahu menghantar anak ke sekolah berkenaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Kami sudah mengambil keterangan mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenape sekolah nak senyap....nak sorok bawah karpet?...mmg patut report polis |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kaki probok probok. Reportje la polis nak buat camne kalau sekolah pun mcm tak nak masuk campur. Cuma nak ckp je lah rumah kau tak de nail clipper ke sampai kuku anak kau panjang mcm tu jantan lak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila pihak sekolah...'diam'...mana la kita tau samada kes ni kes buli atau 'kes samseng kampung entah'. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..asyik jd target pembuli ..pindahkan sekolah la tengok ok ka tak.
Pembuli memang syok buli org lagi2 yg tak reti melawan. Selagi x mati anak org memang syok membelasah |
|
|
|
|
|
|
|
16 tahun takkan tak reti berdikari ketip kuku sendiri...
Nak tengok gambar mak ayah gangster sekolah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-5-2022 06:47 PM
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kak ...
Detailnya mata u..macam detektif conan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bdk2 gangster tu uncle john crammer nk jumpa. Mari kita tgk siapa lg pailang.
Msia ni da terlalu bnyk sampah. Kena ks clear skit. |
|
|
|
|
|
|
|
kes buli...kuku jugak yg dikomennya.ahahaha
sek mmg suke diamkan kes2 gini lagi2 kalau sek ternama sikit/ada pangkat (cemerlang, prestasi tggi, dll). rela membiakkan samseng dari nama sek tercemar.
utk bdk dibuli...cuba la jaga kebersihan diri ketip kuku tu. acik2 dlm ni rengsa tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 19-5-2022 06:47 PM
Tak nak comment pasal anak dia kena belasah sbb kadang2 kita ingat anak kita baik padahal dia yg kak ...
Ingat akk sorang jer yg ckp camtu. Dah npk cam jari pompuan plak |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 19-5-2022 08:45 PM
Detailnya mata u..macam detektif conan.
Idok le detail, terperasan kuku jari kelingking tu c tokey cina lak panjang..hehe then baru ternampak jari2 lain.
Dulu2 time i sekolah dulu mesti ada spot check, kuku lebih sikit dr. hujung jari dah kena ketip time tu pengawas kasi nail clipper. Pelik la budak lelaki kuku leh panjang camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
umie replied at 19-5-2022 09:25 PM
Ingat akk sorang jer yg ckp camtu. Dah npk cam jari pompuan plak
Kulit pun cerah. Boleh jadi model tangan ni kalau tak kena blasah sampai lebam hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika berlaku gejala buli dalam kalangan remaja untuk mengelakkan daripada kecederaan yang serius. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika berlaku gejala buli dalam kalangan remaja untuk mengelakkan daripada kecederaan yang serius. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes.cmni.selain report polis blh buat apa lg ye utk push pihak sekolah amik tindakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Chinese ke?.....
Chinese memang suka simpan kuku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes dekat sekolah anak dulu
guru2 suka peram kes, sebab taknak nama sekolah naik
tapi 1 kes sebiji macam ni, anak orang tu demam badan blue black sebab bruise
pergi doctor, dapat pula doctor perempuan
dia angkat phone, terus talipon ibu pejabat polis negeri dan juga jabatan pendidikan negeri
kecoh 1 sekolah nak sorok kat mana ustaz ooooi masa tu
tapi masih gigih harass family budak yang kena buli..sampai family kena potong land line. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawarkemboja replied at 19-5-2022 10:19 PM
Kena belajar seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika ...
buek jer cam omputeh...amik senapang...kebabomkan pembuli...sambil dgr lagu...'pumped up kicks'....... |
|
|
|
|
|
|
|
Mawarkemboja replied at 19-5-2022 10:19 PM
Kena belajar seni mempertahankan diri seperti Muay Thai,silat Dan taekwando sebagai persediaan jika ...
Biasanya yang belajar bela diri pulak jadi pembuli,jadi taiko. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak jelas dan nyata tidak bersalah ... upah jer bebudak keluaran Henry Gurney kasi pukul 10 budak itew. :-) |
|
|
|
|
|
|
| |
|