View: 519|Reply: 4
|
[Tempatan]
Beberapa kawasan diramal alami hujan lebat akibat ‘monsoon break’
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Beberapa kawasan diramal alami hujan lebat akibat ‘monsoon break’
PETALING JAYA – Situasi ‘monsoon break’ (monsun melemah) boleh menyebabkan ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, meskipun negara sedang mengalami monsun barat daya (MBD), namun hujan lebat dan ribut petir masih boleh berlaku akibat kejadian garis badai di perairan negara.
“Secara amnya, keadaan atmosfera semasa adalah lebih stabil dan kering, menyebabkan kebanyakkan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih tinggi daripada bilangan hari hujan.
“Bagaimanapun, situasi ‘monsoon break’ akan berlaku beberapa kali sepanjang MBD dimana keadaan angin barat daya melemah dan keadaan ini kondusif untuk pembentukan awan hujan dan ribut petir terutama pada waktu petang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Sementara itu, Helmi berkata, MetMalaysia juga tidak menjangkakan MDB yang ekstrem pada tahun ini yang akan menyebabkan keadaan panas yang berpanjangan.- KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ibat-monsoon-break/
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap hujan lah tempat i ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah beberapa hari panas berdenting ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah mula hujan dah beberapa minggu asyik panas berdenting pokok banyak yang menunduk layu daunya nak mula kering jenuh nak kena alih2kan pasu sebab cuaca panas |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan sehari ja ritu..pastu panas membahang semula
Cepatlah hujann |
|
|
|
|
|
|
| |
|