View: 560|Reply: 0
|
Erry akui cabaran getir di Sukan Komanwel
[Copy link]
|
|
ERRY ketika beraksi dalam pusingan akhir acara angkat berat lelaki 73 kg di Sukan Sea. FOTO Eizairi Shamsudin
Hanoi: Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat memberi bayangan bakal menerima persaingan sengit dengan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Remaja 2021 dari India, Achinta Sheuli di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, Julai ini.
Erry yang menghadiahkan gangsa di Sukan Sea Vietnam Hanoi dengan melakukan angkatan keseluruhan 316 kilogram yang juga rekod kebangsaan baharu berkata, Sheuli mempunyai catatan angkatan peribadi yang lebih kurang sama dengannya.
Katanya, pesaing berusia 20 tahun itu mempunyai angkatan rekod peribadi 141 bagi angkatan snatch dan 172kg clean&jerk untuk menjadikan jumlah angkatan keseluruhan kepada 313kg.
Ini katanya hampir menyamai catatan angkatan peribadinya 143kg snatch dan 173 clean&jerk dengan jumlah angkatan keseluruhan 316kg.
"Sukan Sea ini adalah medan pemanas badan untuk membuat angkatan dan sudah tentu saya akan cuba memperbaiki apa juga kesilapan yang ada dan bersiap sedia untuk Sukan Komanwel nanti," kata Erry.
"Angkatan kami lebih kurang sama dan saya akan cuba untuk bersiap sedia dalam tempoh yang berbaki kira-dua bulan sebelum Sukan Komanwel ini."
Pingat emas kategori 73kg lelaki di Sukan Sea Vietnam dimenangi atlet Indonesia, Rahmat Erwin Abdullah yang juga pemenang gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan angkatan keseluruhan 345kg.
Rahmat turut berjaya mempertahankan emas dimenanginya di Sukan Sea Filipina 2019 manakala Anucha Doungsri dari Thailand meraih perak, 321kg.
"Perlawanan tadi sangat sengit dan daripada senarai awal lagi, kami sudah dapat mengagak saingan sangat sukar memandangkan sebelum ini Thailand tiada kerana masalah doping.
"Untuk kali ini ada pesaing dari Thailand, jadi banyak perancangan yang diaturkan dan kami terus berusaha untuk memberikan saingan. Jadi saya dapat kalahkan Vietnam namun gagal tewaskan Thailand.
"Apapun, saya berbangga dapat hadiahkan gangsa untuk Malaysia, ibu bapa dan juga kepada semua yang banyak membantu mempersiapkan saya untuk menyertai Sukan Sea kali ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... r-di-sukan-komanwel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|