CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1762|Reply: 30

[Tempatan] Hapus subsidi, beri rakyat bantuan tunai, kata bos Mydin

[Copy link]
Post time 22-5-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pengarah Urusan Mydin, Amer Ali Mydin berkata, kerajaan tidak menstruktur skim subsidinya dengan betul.

PETALING JAYA: Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak pernah meminta subsidi, kata ahli perniagaan terkemuka, Ameer Ali Mydin mengulas pemerhatian banyak subsidi kerajaan memanfaatkan golongan itu.

Ameer berkata, skim subsidi kerajaan tidak distruktur dengan betul.

Sebaliknya, beliau menggesa kerajaan menghapuskan semua subsidi dan memberi bantuan tunai secara terus kepada rakyat.

“Kami (T20) tidak pernah meminta subsidi. Anda (kerajaan) menstruktur subsidi dengan tidak betul. Ia perlu disasarkan,” kata pengarah urusan rangkaian pasaraya Mydin itu.

Ulasan itu menyusul kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengenai golongan T20 yang mendapat manfaat daripada pemberian subsidi.

Rabu lalu, beliau berkata, subsidi kerajaan lebih RM15 bilion memberi manfaat kepada kumpulan T20, termasuk sebahagian besar subsidi petrol yang berjumlah RM4 bilion.

Bagaimanapun, Ameer berkata, kerajaan tidak patut campur tangan dalam ekonomi dan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga barangan serta perkhidmatan.

“Apabila anda memindahkan wang secara terus kepada rakyat, wang itu akan kembali ke dalam ekonomi. Ia akan memberi kesan berganda. Percayalah kepada rakyat untuk menguruskan wang itu sendiri.”

Katanya, peranan kerajaan sepatutnya menyediakan jaringan keselamatan kepada golongan paling rentan.

“Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, harga minyak tinggi, tetapi kerajaan tidak memberi subsidi. Sebaliknya, mereka memberi bantuan (kepada golongan miskin) dalam bentuk baucar makanan.”

“Tiada siapa yang kata kerajaan tidak perlu bantu, tetapi perlu bijak bagaimana kita membantu rakyat supaya tiada wang dibazirkan.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dan saya juga berharap kerajaan...memberi baucar..yg HANYA boleh 'ditunaikan' kat KEDAI SAYA SAHAJA-AKU.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 11:37 AM | Show all posts
benda lama dok ulang2 sebab KERAjaan penakut nak jadi sangat populis di mata rakyat... memang kena hapuskan segala bentuk subsidi.. bagi card ka apa kaa with certain amount.. contoh kad petrol RM100 untuk B40... lebih tu tanggung sundri..

KERAjaan buleh buat anggaran berapa banyak keperluan sebenaq.. untuk p/balik keje ka apa ka.. nak jalan2 p bercuti kaa apa kaa... guna duit poket sundri... subsidi ni policy lapok unless KERAjaan perkenalkan tax yang tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku elok bg subsidi dari bg brim.....

Klu subsidi semua golongan dapat rasa.....rakyat pun tak terbeban....
Klu bg duit, barang mahal....yg dpt duit pi beli phone & jalan jalan.....

Pastu menyalak lg kata kerajaan zalim harga brg mahal

Benda ni akn berulang & ulang sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash is king
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 22-5-2022 01:29 PM
Cash is king

King itu rakyat bak kata najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2022 01:41 PM | Show all posts
Subsidi minyak tu wujud pada tahun 1983. Sudah tentu situasi waktu itu tidak sama macam sekarang. Bilangan kenderaan pun tak sebanyak sekarang.Masalah di Malaysia ni adalah rakyat menjadi 'mampu' memiliki kereta walaupun pada hakikinya mereka sebenarnya tidak mampu.Apa yang terjadi kemudian adalah banyak duit dihabiskan untuk bina highway dan sistem pengangkutan awam diabaikan. Orang akan guna alasan ini untuk beli kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 01:43 PM | Show all posts
Yang boss Mydin cakap tu ialah amalan negara kapitalis. Let harga barang naik selagi ada orang kaya yang sanggup bayar, orang miskin dapat cash untuk survive.

Malaysia ni mana naknya macam tu. Dorang nak semua barang nampak murah lepas tu wujud budaya bermewah2 pakai kereta tak ingat dunia pada hal... mana maunya tiba2 nak suruh ramai2 naik angkot macam indon atau bertenggek di belakang pick up truck macam Thailand.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2022 02:09 PM | Show all posts
Ada terbaca komen-komen netizen di satu FB post pasal subsidi minyak ni. Rata-rata nampak puak T20 ni mengeluh yang mereka dah bayar banyak tax, mereka sepatutnya entitled juga untuk subsidi minyak. Sampai begitu sekali mentaliti subsidi di kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la food stamp cam kat overseas tu. Voucher can only be used on certain food items
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Flake123 replied at 22-5-2022 02:16 PM
Buat la food stamp cam kat overseas tu. Voucher can only be used on certain food items

Bijak mcmni.
Rakyat kite bg cash die g beli iphone lah...g makan kedai western lah...beli baju anggerik cotton lah. Bukan boleh caye....lpstu salahkan kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-5-2022 10:51 AM
dan saya juga berharap kerajaan...memberi baucar..yg HANYA boleh 'ditunaikan' kat KEDAI SAYA SAHAJA- ...

KRIM tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 22-5-2022 02:57 PM
Bijak mcmni.
Rakyat kite bg cash die g beli iphone lah...g makan kedai western lah...beli baju ang ...

Bila lagi B40 nk melaram mcm T20, habis joli duit cash blh mintak gomen lg....bkn ke b40 ni ansk emas gomen
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:36 PM | Show all posts
ultra78 replied at 22-5-2022 06:09 AM
Ada terbaca komen-komen netizen di satu FB post pasal subsidi minyak ni. Rata-rata nampak puak T20 n ...

T20 ni ada dua. kalau T20 malay sebab famili member ramai.
kadang satu rumah sumbat 4 famili duduk. 4 famili tu bukan 4 beranak ya.
kalau T20 cina diorang ni meniaga tauke kilang bagai.
Malay ramai B40 sebab banyak tanggungan.
Cina B40 kurang sebab cina anak @ adik beradik mana ramai.


zaman moden ni pun ada malay beranak sampai 10
tapi bukan duduk lembah klang la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-5-2022 07:46 PM
KRIM tersenyum sinis

KR1M dah lama ke kuburan.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek buat baucar. Baik ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak baucer2 ni eh untuk beli barangan dapur
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Subsidi ni semua orang dapat termasuk warga asing. Jadi aku sokong sangat kalau kerajaan hapuskan. Kalau nak bagi subsidi pun elok untuk barang/perkhidmatan yang kerajaan boleh kawal macam bayaran klinik,hospital, pengangkutan. Senang nak pantau dan takda la sampai warga asing pun dapat harga subsidi.

Sapa pakai lebih, kena la bayar lebih. Bukan mcm skrg pakai lebih, lagi banyak subsidi dpt. Secara tak langsung akan didik rakyat lebih berhemah dan tak membazir
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bab bantuan tunai tu aku belum sesuai nak dipraktikkan di malaysia. Nnt byk yg habiskan untuk benda-benda bodoh dan tak berfaedah. Rakyat malaysia ni tak ramai yang cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 23-5-2022 10:54 PM
Subsidi ni semua orang dapat termasuk warga asing. Jadi aku sokong sangat kalau kerajaan hapuskan. K ...

warga asing pon manusia jugak...-Acik kepam forumer cari.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050882 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list