View: 494|Reply: 0
|
Satu emas sah milik kem badminton negara
[Copy link]
|
|
TANG Jie (kiri) dan Yen Wei menewaskan pilihan utama dari Indonesia. FOTO BAM
Kuala Lumpur: Kem badminton negara bakal mengakhiri kempen Sukan Sea Hanoi di Vietnam dengan senyuman lebar apabila akan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia selepas dua pasangan beregu campuran mengesahkan slot di pentas final esok.
Walaupun tidak diletakkan sebarang harapan untuk memenangi pingat emas, ternyata pasangan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See beraksi cemerlang menumpaskan lawan masing-masing di separuh akhir sekali gus mengesahkan kedudukan satu dan dua milik Malaysia.
Tang Jie-Yen Wei melakar kemenangan menundukkan pilihan pertama dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18 pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang.
Jelas sekali momentum kemenangan itu meniup semangat Pang Ron-Yee See untuk turut menempah slot final dalam acara berkenaan apabila mencatat kemenangan terhadap satu lagi pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso 18-21 21-16 21-17.
Mengikut rekod, kali terakhir pasangan beregu campuran memenangi emas di pentas sukan Sea adalah pada 1999 di Brunei menerusi gandingan Chew Choon Eng- Chor Hooi Yee.
Sementara itu, beregu wanita negara Cheah Yee See-Cheng Su Hui pula membawa pulang pingat gangsa selepas kecundang kepada pasangan adik beradik dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-16,21-6 di separuh akhir.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kem badminton tidak pernah pulang hampa apabila tetap menjadi antara penyumbang emas untuk kontinjen Malaysia.
Terdahulu, perak menjadi milik kem badminton negara menerusi acara berpasukan lelaki selepas tewas kepada Thailand 3-0 di pentas final.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|