View: 2153|Reply: 24
|
[Tempatan]
KKM tak galak guna serbuk kunyit, daun semambu rawat HFMD
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 22-5-2022 05:02 PM
TAIPING – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggalakkan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, sebaliknya orang ramai diminta berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan.
KKM memang tidak galakkan rawatan alternatif kerana ia tidak ditentukan kesahihannya lagi dari sudut sains malah tiada rawatan khusus dari sudut sains bagi merawat penyakit tersebut.
"Kita juga bimbang gejala dehidrasi. Jadi kanak-kanak yang terkena HFMD perlu dipastikan minum air secukupnya. Jika langsung tidak boleh minum air, memang perlu diberikan secara intravenous (suntikan ke dalam salur darah) dan dibawa ke hospital," katanya yang ditemui pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri di kediamannya di sini pada Ahad.
Pada 17 Mei lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor berkata, jumlah kes HFMD di negara ini meningkatkan pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.
Dr Noor Hisham berkata, 7,526 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 yang berakhir pada 14 Mei lepas yang menunjukkan peningkatan sebanyak 349 peratus berbanding ME sebelumnya dengan hanya 1,676 kes di seluruh negara. – Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pokok semambu iols ada berapa helai daun je. Tak taulah kenapa merajuk.sebegitu. Padahal dah letak baja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Serbuk kunyit ni lebih afdal dilumurkan pada ayam dan ikan sebelum digoreng.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahu manfaat disegi saintifik.. gi la tanya biomedikel dokterr.. biokemis dokterr.. virologist dokterr |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya beksin jer yang paling berkesan..![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk guna kunyit jgk better guna kunyit hiduplah. Tumbuk2 then sapu |
|
|
|
|
|
|
|
Kunyit ni bagus untuk sakit sendi selain ambil glucosamine.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bende2 tak jelas ni memang kegemaran Melayu lar. Contoh terbaik tentang "ancaman" DAP parti 40+ kerusi dari bangsa minoriti 20%. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam la bangsa ko bagus sangat kan
tengok la sri lanka tu acaner dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
semua nak masuk bab politik... ko indon x leh mengundi ko mesti geram khuenz?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak ubat penyakit alih2 dapat penyakit lain. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 22-5-2022 08:07 PM
Kalau nk guna kunyit jgk better guna kunyit hiduplah. Tumbuk2 then sapu
Kawan iols dia dietian ada ajar kat fb cara betul kalau nak guna kunyit ni rawat hfmd tu.
Takleh sapu terus je kulit anak sbb kunyit ngn daun semambu ni katanya leh menyebabkan first degree burn.
Kalau sapu terus boleh menyebabkan gatal giler kat budak2.
Kena campurkan serbuk tu dgn minyak zaitun/minyak masak dan dibiarkan semalaman. Guna pun tak byk dlm 2 sudu je.
Kira cara ni lebih mild laa.
Tp nak selamat better ikutlah nasihat yg diberi doktor, takleh nak try test kat anak2 yg sakit.
Sbb yg menanggung budak2 tu takut lain plak jd. Lotion calamine tu ok dah menyejukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-5-2022 01:14 PM
Kawan iols dia dietian ada ajar kat fb cara betul kalau nak guna kunyit ni rawat hfmd tu.
Takleh s ...
Ohh betul jgk sbb kunyit tu panas. Takut melepuh kulit |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 23-5-2022 01:18 PM
Ohh betul jgk sbb kunyit tu panas. Takut melepuh kulit
Yup, kulit budak kan lembut je. Iols pun tak berani nak try sebarangan kat anak2.
Sedangkan ubat pun kena ikut dos yg diberikan takleh mandai2 nak main agak2.
Kebanyakkan petua yg org bg takde sukatan dan biasanya org kita ni semua jenis nak cepat sembuh so bantai la amik byk2 mcm nak sembuh covid dgn cepat amik megadose vit c sampai tercirit.
Makan panadol setiap sejam walau suhu tak tinggi.
Minum berjug2 air cengkih bagai.
Bagi la masa kat tubuh tu melawan virus tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 23-5-2022 06:46 AM
macam la bangsa ko bagus sangat kan
tengok la sri lanka tu acaner dulu
Kat bawah post ko kata aku indon. Kejap cina kejap keling kejap indon, mana satu yg.betul nih? ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ohh ? u mean Nigel ni Sri LAnkan ke????![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
owh okay...
|
|
|
|
|
|
|
|
pasni cacar monyet pun rawat guna cara ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan pentaksub rawatan modern.
Anak aku sekarang kena hfmd. Day 4. Day 1 kena sebab sarapan pagi dia makan terkulat2 padahal dah masa nak ke sekolah. Aku suruh la dia makan cepat2 jangan main. Dia cakap dia bukan main2, tapi mulut dia sakit. So aku tengok mulut dia terkejut tgk lelangit penuh blister yang belum pecah, merah2 dan ada ulser. Check tangan ada bintik2. Dah syak kena hfmd. Bawak g klinik sah hfmd. Dapat mc 7 hari.
Ada orang suruh sapu kapur makan lah kunyit la pd blister tu. Memang taklah aku nak buat wei. Pedih anak aku kang, tak pasal2. So jaga je kebersihan. Blister pd tangan dia sehari je. Esok dah kecut.
Day 3 tumbuh blister pada kaki. Harini dah kecut. Ulser masih ada tp dh kurang. Awal2 haritu ulser kat pipi kiri kanan, atas lidah, pada lelangit, pd gusi n pada bibir. Harini y pd lelangit n lidah dah clear dah.
Apa aku buat, tiap2 pagi, cabut cadar n sarung bantal dia. Rendam sekali dengan tuala dan baju dia dlm dettol. 1penutup+2 liter air. Rendam lbh kurang setengah jam then cuci. Tilam, bantal, katil, pintu bilik, pintu toilet, kerusi dan meja dlm bilik dia sembur dengan dettol. Mainan dia hari2 aku rendam dettol n jemur. Lantai mop dengan dettol tiap pagi. Cuci toilet dengan dettol gak tiap pagi.
Dia aku mandikan 3x sehari at least. Guna sabun berubat. Siap mandi sapu calamine lotion. Utk ulser dlm mulut, sembur je ubat mulut beli kat farmasi. Bagi dia vitamin c 100mg dua tablet sehari.
Makan dia aku bg benda lembut macam bubur dan roti. Make sure dia minum air banyak. Tu je aku buat. Y penting jaga kebersihan je. Asingkan dari budak lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk sakit tekak pun boleh... kumur garam letak kunyit hujung camca teh.
Kalau utk campak ..daun mampu bukan utuk sembuh tp hilang miang2 gatal2.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|