CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1008|Reply: 13

[Tempatan] Tambang naik melampau-lampau, syarikat e-hailing dipanggil Kementerian Pengangkutan

[Copy link]
Post time 23-5-2022 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-5-2022 11:59 AM

KUALA LUMPUR - Pengurusan syarikat e-hailing yang terbabit dengan kenaikan harga tambang akan dipanggil Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi memberikan penjelasan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, setakat ini belum ada kesahihan berhubung perkara itu, bagaimanapun kementeriannya akan memanggil pengendali e-hailing berkenaan untuk menjawab aduan pengguna.

"Syarikat e-hailing itu kena jawab dan bagi justifikasi kenapa berlaku kenaikan harga, kita (Kementerian Pengangkutan) akan teliti sama ada jawapan mereka masuk akal atau tidak.

"Kalau katakan (tambang) RM20, tiba-tiba naik RM70 dalam keadaan sekarang, ia dilihat membebankan rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park pada Ahad.

Ka Siong berkata, perkara itu perlu bagi memastikan tidak ada pihak yang 'menangguk di air keruh'.

"Sebagai pembuat dasar, kita tidak mahu melihat ada pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.

"Pihak syarikat terbabit perlu menerangkan justifikasi sekiranya mereka berbuat demikian. Saya melihat perkara ini dari sudut pengguna di mana ia boleh dianggap sebagai kenaikan mendadak sebab sebelum ini tidak berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau sudah pun mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk meneliti semula isu ini dan meminta penjelasan daripada syarikat berkenaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... mbang-dipanggil-MOT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 08:59 AM | Show all posts
Selain grab, apa lagi e-hailing yg ada yea? (sejak uber gulung tikar)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot je....masing2  beli motor...basikal( kalau x brp jauh)...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:42 AM | Show all posts
Food Panda dengan Grab pun dah naik harga jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Food panda mmg charge delivery tinggi gila2. Sejak bulan puasa lg. Bila kerajaan nak panggil mengadap juga.
Yg ai tahu payment utk budak ridernya pun dah dipotong
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 01:10 PM | Show all posts
ally9970 replied at 23-5-2022 08:59 AM
Selain grab, apa lagi e-hailing yg ada yea? (sejak uber gulung tikar)

boleh try Indriver  ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Charge tinggi pun driver ke rider ke gitu jugak pendapatan nya. Ntah apa dia dok charge mahal2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
blazzard replied at 23-5-2022 01:10 PM
boleh try Indriver  ..

Sekarang InDriver dah mula nak ikut jejak lahanat macam GRAB kenakan harga YAHUDI
Kalau kita letak harga RM 10 so jenuh nak tunggu driver untuk accept tapi kalau kita letak harga tinggi berdesup macam pelesit driver2 berpusu nak accept
Driver InDriver ramai yang dari GRAB sebab tu perangai lahanat terbawa-bawa ke InDriver
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 03:19 PM | Show all posts
Kete Grab Myvii dlm KL during peak hours RM 20 skg apppoooo??

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:42 PM | Show all posts
ally9970 replied at 23-5-2022 08:59 AM
Selain grab, apa lagi e-hailing yg ada yea? (sejak uber gulung tikar)

kawan iolss bagitau kat Kota Kinabalu (tempat lain kat Sabah tak sure) ada Maxim.
kat semenanjung iolss ada nampak bunting Maxim kat Paroi/Seremban kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu mahal jangan laa order. Naik teksi atau bas.

Demand versus supply. Basic economy
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:47 PM | Show all posts
ally9970 replied at 23-5-2022 08:59 AM
Selain grab, apa lagi e-hailing yg ada yea? (sejak uber gulung tikar)

i pakai airasia ride last week..

lepas a grab driver cakap ramai driver2 kena banned dari grab hijrah ke situ..

beza rate dia significant la juga.. grab RM15, airasia dpt RM10..takle murah tp kurang la

2 kali i pakai, dua2 cepat dpt driver..both pun baik.. so tak rasa sgt bab2 kena buang grab tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 23-5-2022 03:43 PM
Dah tahu mahal jangan laa order. Naik teksi atau bas.

Demand versus supply. Basic economy

Ada kawasan susah nak dpt teksi & ada yg bas tak lalu. Org2 tua ramai gak yg tinggal sendirian guna khidmat  deols utk gi memana terutama utk rutin hospital
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 23-5-2022 03:43 PM
Dah tahu mahal jangan laa order. Naik teksi atau bas.

Demand versus supply. Basic economy

Takde makna nye deman supply. It is called a price haggling.

Market manipulations based on pricing strategy! Understood?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063959 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list