View: 4203|Reply: 63
|
[Tempatan]
Prestasi negara hambar di Sukan SEA, tercorot teruk dalam tempoh 40 tahun
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-5-2022 12:10 PM
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu harus dipersalahkan dan bukannya atlet negara berhubung prestasi hambar negara di Sukan Asia Tenggara (SEA), kata bekas timbalan menteri belia dan sukan Steven Sim.
Sim menegaskan bahawa di bawah teraju Ahmad Faizal, atlet bergelut dengan pemotongan peruntukan yang tinggi.
"Kenyataan Faizal bahawa dia berasa kecewa kerana kontinjen Malaysia tidak berada di kedudukan lebih tinggi di Sukan Sea Hanoi mencerminkan kegagalan berterusan pihak menteri untuk memimpin sektor sukan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, kata ahli parlimen Bukit Mertajam itu, kenyataan Faizal itu tiada beza dengan sikap menyalahkan atlet Malaysia.
"Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah Menteri Belia dan Sukan sendiri bukan para atlet Malaysia yang terpaksa berjuang di bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.
"Contohnya, atlet Malaysia terpaksa bertempur dalam keadaan kekurangan dana berikutan tindakan Menteri memotong hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa dalam Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2018," katanya.
Selain itu, kata Sim, elaun latihan untuk 253 atlet turut ditamatkan manakala mereka yang terus menerima elaun menyaksikan pemotongan drastik sehingga 60 peratus.
"Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telahpun memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan," kata Sim yang juga setiausaha penganjur DAP kebangsaan.
Sim berkata beberapa cadangan untuk menyelamatkan keadaan juga tidak didengari.
"Menteri belia dan sukan sepatutnya memohon maaf kepada para atlet dan semua peminat sukan Malaysia.
"Sudah tiba masanya menteri belia dan sukan mengakui kegagalan kepimpinannya dan mengambil langkah-langkah membina semula kekuatan sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet yang lebih baik bagi mencungkil dan mengekalkan lebih ramai bakat sukan Malaysia," katanya.
Ahmad Faizal sebelum ini berkata "semua rakyat Malaysia kecewa" selepas Malaysia menduduki tempat keenam dalam Sukan SEA walaupun mencapai sasaran negara untuk 36 pingat emas.
Malaysia berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina, yang juga merupakan kedudukan terendah dalam tempoh hampir 40 tahun.
https://www.malaysiakini.com/news/622051
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menteri sekarang ni semua bodo2.. rupa memang tak nampak inteluktual. dan terbukti memang betul. taik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak disebabkan berita ni mmg tak ingat dah siapa menteri belia & sukan. Awal2 dulu je nama disebut2 tu pun sbb gosip. Peh tu ghaib terus. Menteri2 yg lama2 ada gak berita berkaitan jawatan masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
memotong hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa dalam Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2018
Biar btol pemotongan 80%?
Btw maybe pemotongan tu disalurkan kat golongan yg lebih memerlukan mcm bantuan rakyat ker.... Bajet sukan xder lah penting sgt pasca pandemik
Dan kena tgk gak Sukan Sea ni acara tu biasa hos akan atur bagi advantage kat dorg. Maybe sukan tradisi kita x byk yg dipertandingkan.
Kita powerhouse acara terjun papan anjal, berbasikal pecut dan hoki, acara subjektif dh tentu milik hos...
Byk faktok nk kena scrutinize |
|
|
|
|
|
|
|
tengok la menteri nya sapa... |
|
|
|
|
|
|
|
taji2906 replied at 23-5-2022 08:19 AM
Menteri sekarang ni semua bodo2.. rupa memang tak nampak inteluktual. dan terbukti memang betul. tai ...
X fair lah nk kata rupa, benda tu xleh ubah...
Abis tu rupa mcm mana nk dikata intelek?
Kalau tgk rupa, Albert Einstein pun nmpk muka mcm bodoh jer dgn rambut serabut, hidung besar pipi labuh, dan artis2 yg segak nmpk mcm intelek padahal ramai yg bimbo |
|
|
|
|
|
|
|
adudu, sila jawab...sebagai muntri mesti dijelaskan dgn rakyat marhein sebab ketidakperforman dalam pentas antarabangsa.
iol tak leh move on dengan bola sepak semalam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 23-5-2022 09:09 AM
eh jangan melatah.
sungguhpun i tak lah sokong Faizal ni tapi ini bukan salah dia.
cuba tengok dan perhati kronologi bebetul.
sejak 09052018
siapa yg pegang portfolio KBS selepas KJ?
dan at present , Faizal ketika ni dah temu dan buat meeting dgn MOF as he said masa inetrview astro arena unti kpulihkan finacing sector dalam sukan. so pertanyaan umum apa yg ber;aku pada 2018?apa yg dilakukan ?dan apa yg berlaku dalam arena politik yg affect admin level atas? dalam usaha nak bangunpulihkan sektor sukan?
dan soalan kedua , sukan sea manila dah nampak teruk dan pertanyaan umum : apa jadi KAT PROGRAM PODIUM ketika mneteri baru KBS ambik teraju?
tanya je.
Thenpandemic....atlet kita dah hambar di Tokyo - then tak dengar ape ape cuma kali ni kita
- ketengahkan atlet pelapis- mmg elok benar pun...
- Sukan Sea vietnam ni, turan rumah cukup teruk, scoreorad terjun pun teruk, nampak fasiliti pun persediaan so and so, bayangkan badminton tak leh buat challenge digital. Vietnam hanya senaraikan acara sukan yg depa berpotensi untuk menang, dep agugurkan banyak acara sukan yg Msia ade peluang.
- sukan yg i nampak kena ada penambahbaikan ialah bole sepak ( tapi good fighting spirit) tang bab pertahanan and mentaliti sampai - lawan - dapat 1 baru gelabah sikit, itu masih ditunjukkan sedikit sebanyak. Memanah ? macam tu je. sepak takraw memang mental resliient ni ..hmm..., badminton promising double haikal Junaidi - depa tak nampak pun main banyak events tapi depa bagus.lagi satu Lee Shun Yang nampak ade fighting spirit ...
= renang - kena buat serious work , singapore bolot banyak renang...terjun muka familiar di arena cuma SEA level okaylah...perfromance depa kat birm i think yg jadi pengukur...
= program PODIUM diteruskan kata faizal till 2027?? ke ape taks lah saya?
persoalannya siapa fight ? ada orang figt tak program podium idea KJ? or team KBS ketika tu diteruskan juga masa 2018????? hmm? itu SIM kena jawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke berita baik utk rakyat zaman kjaan tak guna ni..hari2 berita buat rakyat murung ja |
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain ada yang menang gold medal tiada dapat financial support gomen pun... Ini semua perlu minat.. Skills and talent... Dan spirit untuk menang... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu we look forward sea games ni, ingat kecik kecik bersorak bagai nak rak ikut pakcik makcik fokus...badminton lagilah...now apa pun out...feel upset looking back now and then, dah la menteri semua totaly out asyik cakap pasal si polan itu ini, duk defend diri and team sendiri je....malaysia ni all leaders totally dah lupa diri, we need new names, leaders yg ada excellent ideas for the country. sigh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Abahmung at 23-5-2022 10:59 AM
'Menteri patut salahkan diri sendiri, bukan atlet Sukan SEA'
Diterbitkan: May 22, 2022 7:17 PM
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu harus dipersalahkan dan bukannya atlet negara berhubung prestasi hambar negara di Sukan Asia Tenggara (SEA), kata bekas timbalan menteri belia dan sukan Steven Sim.
Sim menegaskan bahawa di bawah teraju Ahmad Faizal, atlet bergelut dengan pemotongan peruntukan yang tinggi.
"Kenyataan Faizal bahawa dia berasa kecewa kerana kontinjen Malaysia tidak berada di kedudukan lebih tinggi di Sukan Sea Hanoi mencerminkan kegagalan berterusan pihak menteri untuk memimpin sektor sukan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, kata ahli parlimen Bukit Mertajam itu, kenyataan Faizal itu tiada beza dengan sikap menyalahkan atlet Malaysia.
ADS
"Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas prestasi paling buruk Malaysia di Sukan SEA dalam 40 tahun ialah Menteri Belia dan Sukan sendiri bukan para atlet Malaysia yang terpaksa berjuang di bawah keadaan serba kekurangan disebabkan kegagalan kepimpinan menteri.
"Contohnya, atlet Malaysia terpaksa bertempur dalam keadaan kekurangan dana berikutan tindakan Menteri memotong hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa dalam Belanjawan 2022 berbanding Belanjawan 2018," katanya.
Selain itu, kata Sim, elaun latihan untuk 253 atlet turut ditamatkan manakala mereka yang terus menerima elaun menyaksikan pemotongan drastik sehingga 60 peratus.
"Kekecewaan yang kononnya disuarakan menteri tidak boleh diterima sama sekali, sedangkan banyak pihak termasuk saya sendiri telahpun memberikan amaran di Parlimen pada November 2021 bahawa sektor sukan negara bakal berdepan kemerosotan berikutan kegagalan kepimpinan menteri belia dan sukan serta pemotongan mendadak peruntukan sukan," kata Sim yang juga setiausaha penganjur DAP kebangsaan.
Sim berkata beberapa cadangan untuk menyelamatkan keadaan juga tidak didengari.
"Menteri belia dan sukan sepatutnya memohon maaf kepada para atlet dan semua peminat sukan Malaysia.
"Sudah tiba masanya menteri belia dan sukan mengakui kegagalan kepimpinannya dan mengambil langkah-langkah membina semula kekuatan sukan negara melalui dasar perlindungan kebajikan atlet yang lebih baik bagi mencungkil dan mengekalkan lebih ramai bakat sukan Malaysia," katanya.
Ahmad Faizal sebelum ini berkata "semua rakyat Malaysia kecewa" selepas Malaysia menduduki tempat keenam dalam Sukan SEA walaupun mencapai sasaran negara untuk 36 pingat emas.
Malaysia berada di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina, yang juga merupakan kedudukan terendah dalam tempoh hampir 40 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
If there is such a thing as toxic positivity, laporan SEA Games is one. Dok puji2 capai sasaran pada hal kedudukan B40 ja. Setakat dok atas Timor Leste pun nak bangga ka? |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 23-5-2022 08:50 AM
memotong hampir 80 peratus peruntukan untuk penyediaan sukan antarabangsa dalam Belanjawan 2022 berb ...
Acara subjective terjun dan gimnastik malaysia tetap pegang kan?
Acara tak subjektif tetap kalah gak |
|
|
|
|
|
|
|
Rasamya kan klu bab2 belia dan sukan bagilah kat cina..kita melayu ni bab2 sukan mmg lemah...bg org yg ada semangat kompetitif ckit dan jgmlah bg org tua pegang portfolio ni..nama pun belia |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 23-5-2022 09:01 AM
eh jangan melatah.
sungguhpun i tak lah sokong Faizal ni tapi ini bukan salah dia.
Vietnam ni tak kisah pun nak buat fasiliti tahap dunia yg penting dia dapat makan babi dan menang.
Setakat puji2an penganjuran terbaik segala jadah dia senyum sinis ja lah
|
|
|
|
|
|
|
|
memang dari wal dah set target 36 emas. pencapaian dah lebih target, dapat 39 emas. kalau nak ranking tinggi lagi, why target 36 emas ? siot la. gangsa boleh dpt bnyk pulak tu. utk next, why not focus pemenang perak dan gangsa ni supaya dpt improve utk menang emas. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-5-2022 11:41 AM
Acara subjective terjun dan gimnastik malaysia tetap pegang kan?
Acara tak subjektif tetap kalah ...
Terjun tu subjektif yg kita bleh nilai sket2... Mmg layak kita menang terjun tu sbb level kita dh dunia dlm acara tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan spore pun kena kitai .....pasal bola x dpt gangsa tu tb3 ka asreruk ka blh ckp terus terang x yg team msia ni mmg haukkk nk cover keempunan la nk ckp player masih budak2 la, habistu ko nk suruh soh chin aum main balik?, bwk coach real madrid pun coach tu terus bersara bila tgok team kita main |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 23-5-2022 02:29 PM
yups. ini i setuju, at least gimrama and terjun kita tahap tinggi daripada SEA level jadi juri tak leh nak tampered banyak sbb bayangkan if kita dapat markah rendah daripada depa , tak ke pelik.
lagi satu , gimrama kita , banyak ke pertandingan dengan negara eropah timur dah pun dan pencapaian depa bukanlah sipi sipi , bagus juga. so kalau juri SEA level dok bagi rendah nampak bias.
cuma Vietnam ni tak senaraikan acara banyak lagi yg kita boleh dapat emas..saja velodrome pun tak der...
dan SEA ni MSN memang dah cakap untuk atlet muda
yg program PODIUM tu zaman KJ lah mulanya dan diteruskan idea itu sekarang walhal 2018 disenyapkan je, itu SIM tu tak cakap pulak dan dia tak cakap sapa yg fight pulak...ini yg kena tanya mamat ni balik apa dia buat kat PODIUM...
tapi serious sukan memanah kena cari muka barulah, tokyo ke SEA games ke, kena ade bakat yg konsisten. .sepak takraw pun sama, renang memang lemah sikit ye , SIngapore bolot tapi kita berjaya atasi depa dalam 1 acara 4x P meter tu , renang ni kena banyak buat post mortem.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|