CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3931|Reply: 45

[Tempatan] Beratur 7 pagi demi nak "renew" pasport sistem Jabatan Imigresen dikritik.

[Copy link]
Post time 23-5-2022 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-5-2022 09:01 AM

Kuala Lumpur: Seawal jam 7 pagi, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, sudah 'diserbu' orang ramai yang mahu berurusan di kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memperbaharui pasport masing-masing.

Biarpun kaunter JIM di premis itu hanya mula beroperasi jam 9 pagi, orang ramai sudah beratur panjang malah sanggup menunggu lama untuk memastikan hasrat mereka memperbaharui pasport dapat dilakukan.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di UTC Kuala Lumpur, Saiful Ridwan, 37, berkata, orang ramai sudah 'berkampung' di kawasan berkenaan sejak jam 7 pagi.

"Pagi ini, kira-kira 40 orang mula beratur di depan pintu masuk UTC awal pagi lagi sedangkan kita mula beroperasi pada 9 pagi.

"Kasihan juga tengok anak-anak kecil yang turut beratur bersama ibu bapa mereka tapi apakan daya, terlalu ramai orang ingin memperbaharui pasport mereka sejak sempadan negara dibuka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika tinjauan dilakukan wartawan, puluhan individu dilihat masih beratur panjang dan bersabar sementara menunggu giliran masing-masing untuk memperbaharui pasport.

Seorang pelanggan, King Chian, 37, berkata, dia beratur di UTC itu sejak jam 10 pagi.

"Empat jam menunggu, giliran saya masih belum tiba namun tetap bersabar kerana mahu pastikan pasport dapat diperbaharui.

"Mulanya saya cuba memperbaharui pasport secara dalam talian, tetapi tiada sebarang maklum balas selepas lima hari tunggu.

"Jadi saya buat keputusan untuk untuk 'walk-in'. Saya terkejut lihat ramai orang sudah beratur di sini sejak awal pagi lagi," katanya yang mahu melancong ke Filipina.

Menurutnya, proses memperbaharui pasport mengambil masa sangat lama dan merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem digunakan JIM kini.

"Saya tidak tahu mana silapnya, sistem JIM ke apa tetapi ia (proses perbaharui pasport) sangat lama. Banyak masa dihabiskan untuk menunggu.

"Saya harap supaya sistem JIM ditambah baik lagi supaya proses berkaitan dapat dilakukan dengan jangka masa yang lebih pendek," katanya.

Seorang lagi pelanggan di UTC Kuala Lumpur, Danieyll Zaidi, 25, juga mengakui proses memperbaharui pasport mengambil masa yang sangat lama dan baginya, sistem digunakan kini kurang efisen.

Menurutnya, sistem dalam talian JIM perlu dinaik taraf ke arah yang lebih baik selaras dengan teknologi terkini.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa bersabar untuk menunggu dan 'menghabiskan' banyak masa untuk memperbaharui pasportnya.

Katanya, dia dan ahli keluarga merancang untuk melancong ke luar negara dalam masa terdekat dan memerlukan pasport.

"Lama pun kena tunggu jugalah," katanya yang hadir ke UTC Kuala Lumpur seawal jam 9 pagi.

-Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 09:37 AM | Show all posts
Kaya nye orang Malaysia, renew passport nak gi mana tewwww?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:04 AM | Show all posts
bahagian passport buka sampai malam kau nak kelam kabut datang sebelum orang buka office kenapa..
UTC bukan ada satu je kat kl..
main office pun ada..
ni jenis minggu depan nak fly hari ni baru nak buat passport ke apa..
pastu sendiri kecoh kena tunggu lama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:06 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-5-2022 10:04 AM
bahagian passport buka sampai malam kau nak kelam kabut datang sebelum orang buka office kenapa..
UT ...

org kl takde masa nak bayar parking 2x..datang 2 x..yg naik grab ...menunggu lagiiiii...ko paham ke isunye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:25 AM | Show all posts
stingerkaypoh replied at 23-5-2022 10:06 AM
org kl takde masa nak bayar parking 2x..datang 2 x..yg naik grab ...menunggu lagiiiii...ko paham k ...

sapa suruh datang 2 kali?
as i said, now imigresen bahagian passport buka sampai 10 malam monday to friday, sabtu separuh hari (ni main office.. UTC time biasa)
so pandai-pandai la adjust hari and time untuk pergi..
untuk renewal, buat online..
lepas 3 4 hari, pergi office untuk buat/collect..
so celah mana kena datang 2 kali?

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak kritik JIM?bukan salah depa org beratur ramai2 mcm tu. Yg beratur tu plak mmg jenis last minute baru nk buat ke. Kalau aku nampak gitu aku balik je terus buat hari lain sbb tak urgent pun.baik masuk opis je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2022 10:48 AM | Show all posts
aku baru je book appointment nak renew passport
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 10:57 AM | Show all posts
Edited by judicata at 23-5-2022 02:32 PM

buat passport online tu ok ke tak skrg ni? aritu aku buat untuk mak ayah aku online... siap ada msg suruh collect the next day kat utc. alih2 mak ayah aku kena amik gambar balik, isi borang bagai kat utc sebab katanya dorang tak dpt pakai yg aku buat kat sistem online tuh. membazir ja bayar softcopy gambar* passport kot? nasib la mak ayah aku kata utc time tu tak ramai orang... ni kes in januari ya. time online tu baru introduce.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 11:06 AM | Show all posts
judicata replied at 23-5-2022 10:57 AM
buat passport online tu ok ke tak skrg ni? aritu aku buat untuk mak ayah aku online... siap ada msg  ...

ikut kata org imig, gambar kena amik balik sebab tak ikut spec..takde apa yang bazir pun..
passport mana ada softcopy..
semua hardcopy..
bayar pun sekali je..



Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:30 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 23-5-2022 11:47 AM
judicata replied at 23-5-2022 10:57 AM
buat passport online tu ok ke tak skrg ni? aritu aku buat untuk mak ayah aku online... siap ada msg  ...

ada dengar juga org merempan pasal ni
maybe spec for photo tak menepati

tapi ada member buat online elok je collect aman2 setelah siap


aku buat masa hujung april sbb nak fly awal may
UTC keramat hanya yg buat appointment, walk in pulak ikut mood officer dia
so aku pegi UTC sentul, tak banyak cekadak org dtg walk in
tapi waktu walk in hanya pagi & nombor hanya keluar sebanyak 200


sekarang tak tau le
lantak kome


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:35 AM | Show all posts
Aku renew passport 29/2/2020, pastu esoknya dikhabarkan PKP 1.0. Rugi tol.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 11:56 AM | Show all posts
pernah pegi renew passport kat utc beberapa tahun lepas. ambil no. giliran dlm pukul 8.45 pg, org lain dah start ambil pukul 8 pg lagi masa utc dibuka. staff tu cakap, en punya no giliran maybe pukul 3 baru dipanggil. hahahaha.  so, pergi tengok wayang dulu 2 movie, singah makan, masjid, lepak2 lepas tu dtg balik, mmg tepat 315 baru dipanggil staff tu mmg dah dpt estimate. proses renew laju je, isi borang, ambil gbr dan tunggu siap serta bayar, semua seklai dpm setengah jam je. menunggu yg lama. ahhhaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:02 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 23-5-2022 12:03 PM

So far my experience dgn UTC boleh lah, i pergi Jalan Duta punya sebab dekat office.  Buat passport tapi kena pau buat IC sekali sebab dia kata IC old version.  Alang2 buat je la, sementara tunggu siap, minum le kat SF yg sebesar kangkang I ni, masuk laga buntut.
Edit: Opps sorry yg jalan duta bukan UTC but KDN.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg yg berebut ni sbb nak ambil no giliran. No giliran ada had. Siapa yg lambat dtg no giliran habis mmg kesian lah. Sama kes dgn jpj punya tempat. Kalau nak senang g putrajaya, aman2 je tp jauh sikit lah hehe. Parking kat putrajaya pon banyak free lg tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:43 PM | Show all posts
Beribear replied at 23-5-2022 12:17 PM
Dorg yg berebut ni sbb nak ambil no giliran. No giliran ada had. Siapa yg lambat dtg no giliran habi ...

Parking tepi jalan mungkin free dan kena tow, parking kat Putrajaya dah la cashless, setengah orang tak tau, bila masuk tak boleh kalau tak de debit or credit card dah yg belakang horn bukan main panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 12:49 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-5-2022 10:25 AM
sapa suruh datang 2 kali?
as i said, now imigresen bahagian passport buka sampai 10 malam monday t ...

Nombor giliran ada had nyer....certain tempat.
Ko duk kat kg mana ni babe?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 23-5-2022 10:57 AM
buat passport online tu ok ke tak skrg ni? aritu aku buat untuk mak ayah aku online... siap ada msg  ...


Patut sistem kena cerdik sikit check gambar tu. Kalau tak ikut spec reject.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 01:16 PM | Show all posts
stingerkaypoh replied at 23-5-2022 12:49 PM
Nombor giliran ada had nyer....certain tempat.
Ko duk kat kg mana ni babe?

logic la dorang limit no giliran..
kalau dah kapasiti satu hari boleh buat berapa ratus passport kat satu office takkan nak bagi no giliran unlimited..
karang bagi unlimited hujung-hujung tak sempat sampai nombor dah mengaruk lagi..
kalau nak cepat tak mau beratur, pi utc or office kat neighbourhood state/bandar kecik..


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-5-2022 11:06 AM
ikut kata org imig, gambar kena amik balik sebab tak ikut spec..takde apa yang bazir pun..
passpor ...

Gmbar passport yg kena submit tu dia nk in softcopy. Dkt situ sistem boleh detect gmbar tu pass ke x. Then kena tick kriteria gmbar. Mmg pelik bila ramai kena gmbar xlepas. Xtau la sistem apa immi pakai sgt cokia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 02:25 PM | Show all posts
bottombikini replied at 23-5-2022 11:30 AM
ada dengar juga org merempan pasal ni
maybe spec for photo tak menepati

tak boleh guna gambar yang pasport muka lama ke? muka sama jew

penat2 je amik gamba ikut spec sekali kena tangkap balik kat situ jgk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062081 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list