View: 2998|Reply: 30
|
[Politik]
Bukan petik anggur, bekas pegawai polis Malaysia 'mendonia' di Australia menang pilihanraya
[Copy link]
|
|
PERTH: Seorang bekas pegawai polis Malaysia yang pernah menjadi pelatih ikan lumba-lumba, memenangi kerusi Parlimen Tangney di Perth.
Sam Lim, yang dilahirkan di Johor dan juga anak sulung daripada lapan beradik, menewaskan Ben Morton dari parti Liberal dengan margin 9.5 peratus dalam keputusan yang dianggap mustahil berlaku di barat Australia.
Sam membuat kejutan dengan menyingkirkan orang kuat bekas Perdana Menteri, Scott Morrison, daripada kerusinya di Tangney, di pinggir bandar pedalaman Perth.
Morton memenangi kerusi itu dengan margin 9.5 peratus pada 2019 dan sebagai pembantu menteri kepada perdana menteri, beliau adalah salah seorang teman rapat dan orang kepercayaan Morrison.
Berdasarkan keterangan di laman sesawang Parti Buruh yang dianggotai Sam, beliau adalah bekas pegawai polis di Malaysia yang berkhidmat selama dua tahun dan kemudian memilih untuk berhenti kerana gaji yang rendah.
Beliau kemudian menjadi pelatih ikan lumba-lumba di sebuah taman safari di Johor, yang terpaksa ditutup dan kesemua haiwan dilepaskan semula ke laut.
"Itu adalah tempoh terburuk dalam kerjaya saya pada waktu itu, namun kami dapat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka (ikan lumba-lumba).
"Pada masa sama, kami gembira mereka dapat pulang ke rumah," katanya.
Membesar dalam keluarga yang miskin tanpa bekalan elektrik atau air, Sam berkata beliau terpaksa bergelut dengan kemiskinan sepanjang 15 tahun pertama hidupnya.
Bagaimanapun, kesukaran itu membina dirinya dan mempersiapkan beliau untuk menghadapi kesusahan.
Selepas kehilangan kerja sebagai pelatih ikan lumba-lumba, Sam menceburi bidang perniagaan kecil sehingga cukup berjaya dan mampu berhijrah ke Australia bersama isteri dan tiga anaknya pada 2002, seterusnya menyertai Akademi Polis Australia Barat pada 2006.
Beliau dianugerahkan Pegawai Polis Terbaik pada 2020 keranan kerjanya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ketika pandemik COVID-19.
"Menjadi pegawai polis adalah tugas hebat. Saya cintakan baju biru ini," katanya yang turut fasih bertutur dalam sembilan bahasa.
https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2022/05/958346/seorang-lagi-anak-kelahiran-malaysia-menang-pilihan-raya-umum
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam gambar dibawah banyak muka yang kelihatan malaysian sangat... adakah yang mengundi beliau ini ramai immigran dari malaysia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masyukk. Dapatlah merasa pencen ahli parlimen Australia nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Asian mendonia kat perth. Pegi perth tak mcm pegi OZ. Ramai asians. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kali dah baca tentang dia ni. Orang Muar kalau tak silap. Berhijrah bila dah cukup persiapan tidak hairan lah can make it big. Yang mula berangan pergi nak petik buah tu boleh teruskan berangan je lah.
Sorang lagi Penny Wong. Anak kelahiran Sabah dilantik jadi menteri luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kita ni slalu sgt glorifiedkan orang yang bukan warganegara malaysia dah
asal lahir malaysia jer...terus keluar satu artikel..dah mmg depa tinggal sana..apa yang nak dibanggakan
cukup2 lah...depa pun dah bukan warganegara...I mean cam mana depa boleh jadi menteri dan dapat kerusi parlimen kan...ada kah PR yg dapat semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 23-5-2022 01:14 PM
kita ni slalu sgt glorifiedkan orang yang bukan warganegara malaysia dah
asal lahir malaysia jer... ...
Bangga lah, malaysia berjaya menghasilkan putera puteri terbaik dunia. Sayangnya sistem & attitude kita yg.maha hauk & haprak menyebabkan depa membawa diri keluar. Sebab tu jangan mudah sangat suruh org.berambus sana sini, yg.rugi kita, yg.untung negara luar. Latest saintis Nasa kan |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 23-5-2022 09:54 AM
dalam gambar dibawah banyak muka yang kelihatan malaysian sangat... adakah yang mengundi beliau ini ...
Sam Lim ni sangat fasih berbahasa Melayu. Org. kat Konsulat M'sia di Perth sure kenal dia nih. Melayu2 kat sana cerdik2 belaka, depa takde masa nak jerit pekik Dap sana sini, Cina kehulu hilir. Depa melihat kualiti & servis yg.dia berikan |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...asian kut yang undi dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
lagi teruk after 2018. sampai 3 PM. sapa punya hal tu.
Tahniah pada MP ini. selamat berkhidmat.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko punya alasan mcm org tak sekolah, dasar totok umno/pas. Sendiri suka jatuhkan kjaan tak he ti2 lps tu tuduh org phuiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Perth kot. Dah macam serambi Malaysia. Pergi ceruk mana2 je jumpa Malaysian. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sistem kt Msia ni bagus..org tak berhijrah le...berapa ramai saintis msia pilih berkerja di US. Check what gone wrong.
Bukan non -Malays je...Melayu pun ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada di bangga kan.zaman tok nenek mengkianati tanah besar cina.cucu pulak kianati malaysia.masa depan kianati Australia pulak.ai tak suka orang yang tukar tukar warganegara ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kt perth tu bukan melayu malaysia je byk..melayu singapore pon ramai |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah uncle..mendonia di luar, apa salahnya.korang jgn la bitter, udah2 la tu mindset felda |
|
|
|
|
|
|
|
The best briani i pernah makan kat Cafe Karache, Murray St. Perth. Murah and Singaporean owner selalu selit benda free kat i..Opposite tu cafe arqam ntah apa2 ntah masakan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini biasa di USA, tempat tu mesri berselirar dengan bangsa depa atau Asians... klakar sungguh kekonon hero la sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|