View: 590|Reply: 0
|
Esther, Nani Sahirah cemerlang olahraga KPT
[Copy link]
|
|
Atlet triatlon negara yang mewakili UNITAR, Esther Joy Chen Hong Li (kiri) bersaing dalam acara 3,000 meter wanita Kejohanan Olahraga KPT di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, hari ini. - Foto ihsan Kementerian Pengajian Tinggi.
KANGAR: Atlet triatlon negara, Esther Joy Chen Hong Li tidak berdepan masalah menjuarai acara akhir 3,000 meter wanita dalam Kejohanan Olahraga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sirkit kedua di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini hari ini.
Atlet berusia 19 tahun yang mewakili Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) tidak menghadapi masalah apabila menjuarai acara berkenaan dengan merakam catatan masa 11 minit 07.04 saat bagi merangkul pingat emas.
Beliau yang baru pulang dari menyertai Sukan SEA ke-31 di Hanoi, berjaya meninggalkan peserta lain ketika larian memasuki 100 meter terakhir untuk menjuarai acara itu.
Pingat perak dimenangi B Rammiyah dari Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dengan mencatatkan masa 11 minit 27.82 saat manakala gangsa milik atlet Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Puspa Letchumy Jaintheran dengan catatan masa 11 minit 40.01 saat.
Bagi acara lontar peluru akhir wanita pula, bekas pemenang acara berkenaan dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) ke-10 di Kuala Lumpur pada 2018, Nani Sahirah Maryata merangkul emas bagi kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila catatan jarak balingannya, 13.10 meter jauh meninggalkan enam lagi pesaing.
Pingat perak pula berjaya diraih atlet Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nurdini Shahira Abdullah dengan jarak balingan 10.97 meter manakala pingat gangsa pula dimenangi Nurul Hidayah Lukman dari UPM.
Kejohanan yang berlangsung dari Jumaat lalu sehingga hari ini menghimpunkan pelbagai atlet profesional dan amatur dari 29 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej komuniti.
Malah, penyertaan beberapa atlet yang baru selesai menjalani pertandingan di Sukan SEA 2021 di Vietnam seperti pemenang pingat emas lompat bergalah wanita dan pingat gangsa acara lari 4x100 wanita, Nor Sara Adi dan pemenang pingat perak acara lempar cakera wanita, Queenie Ting turut memeriahkan kejohanan kali ini.
Kejohanan ini adalah sirkit kedua selepas di Johor Bahru pada Januari lalu manakala bagi sirkit ketiga pula, ia akan dilangsungkan di Miri, Sarawak pada Oktober ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... erlang-olahraga-kpt |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|