View: 546|Reply: 2
|
[Tempatan]
Suami terkejut bayar bil hospital isteri 4 hari hanya RM17.
[Copy link]
|
|
Suami terkejut bayar bil hospital isteri 4 hari hanya RM17.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -4-hari-hanya-rm17/
Oleh NURUL AIN NATASHA MAZLAN
23 Mei 2022, 1:22 pm
Caj perubatan yang dikenakan selama empat hari tiga malam oleh sebuah hospital kerajaan.
PETALING JAYA – Seorang suami terkejut apabila dia perlu membayar RM17 sahaja bagi kos perubatan isterinya yang sakit selama empat hari di sebuah hospital kerajaan.
Katanya, dia menyangka kos yang perlu dibayar pastinya mahal dan telah menyediakan RM400 untuk membayar bil rawatan itu.
Bagaimanapun, individu tersebut tidak menjangkakan caj perubatan yang dikenakan oleh hospital tersebut adalah jauh lebih murah berbanding sangkaan.
“Serius lah? Empat hari, tiga malam kot.” tulisnya di Twitter.
Menurutnya, sebelum ini dia juga pernah menggunakan perkhidmatan perubatan di klinik kerajaan dan hanya dikenakan RM1 untuk setiap rawatan yang menyeluruh dan pelbagai.
Amirul bersyukur kadar kos perubatan di Malaysia lebih murah berbanding negara lain meskipun perlu menunggu lama, namun ia tetap berbaloi.
Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi pandangan yang sama di ruangan komen.
“Samalah bang, isteri saya bersalin secara pembedahan ‘caesarean’ hanya perlu bayar RM200,” komen Rostam Mohd Zairi.
“Sistem kesihatan kita agak bagus. Cuma sesetengah hospital agak sesak dan kekurangan fasiliti,” komen pengguna lain.
“Itu pun ada yang suka membandingkan Malaysia dengan negara lain. Kos rawatan di hospital kerajaan memang termurah berbanding negara-negara lain,” ujar Mohd Rizal Abdullah. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|