|
NUR Azmi ketika sidang media pencapaian atlet Sukan Sea 2021 di The Hanoi Club. FOTO Eizairi Shamsudin
Hanoi: Ketua kontinjen Sukan Sea Vietnam 2021, Datuk Nur Azmi Ahmad secara perkiraan awal menyifatkan sasaran 36 pingat emas di Hanoi sepatutnya dicapai Isnin lalu berbanding pada Jumaat.
Katanya, Malaysia secara keseluruhan mampu mencapai 45 emas dengan sumbangan kilauan pingat 'bonus' daripada sukan seperti golf, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnas.
Begitupun, perkiraan itu sedikit 'lari' dan menyebabkan kontinjen perlu menampung defisit kutipan emas menerusi pingat bonus yang diraih bagi membolehkan Malaysia mencapai sasaran berkenaan.
"Sukan seperti renang sepatutnya dapat dua emas tetapi hanya menyumbang satu emas. Memanah sepatutnya memberikan tiga emas tetapi hanya dua dicapai. Silat sepatutnya tiga emas tetapi dapat dua. Petanque sepatutnya dapat dua emas tetapi tak dapat apapun.
"E-sukan sepatutnya memberikan satu emas tetapi tak dapat dan selainnya seperti tenpin boling wanita, mereka pada awalnya menyasarkan satu emas," kata Nur Azmi ketika sidang media merumuskan pencapaian kontinjen di temasya edisi ke-31 itu.
"Sebenarnya, kalau dikirakan sasaran 36 emas itu, ia sepatutnya dicapai pada Isnin lalu. Bermakna, kalau dijumlahkan antara 36 emas itu dengan sumbangan yang kita dapat bonus daripada lapan sukan termasuk gold, karate, wushu, taekwondo, menembak, berbasikal dan gimnastik, kita sudah meraih 45 emas.
"Namun memandangkan sumbangan isasarkan daripada enam sukan yang gagal tadi, kita terpaksa menggunakan bonus yang kita ada. Sembilan emas itu menampung untuk meyakinkan terutama rakyat Malaysia bahawa sasaran 36 emas tercapai. Pada akhirnya, kita cuma ada tiga atau empat emas (bonus) saja dan menutup tirai dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa dengan jumlah keseluruhan 174 pingat."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dicapai-lebih-awal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|