View: 646|Reply: 4
|
[Tempatan]
Lagi kes terjun Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh 12 jam
[Copy link]
|
|
Lagi kes terjun Jambatan P. Pinang dalam tempoh 12 jam
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... alam-tempoh-12-jam/
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
24 Mei 2022, 8:11 am
Sebuah kereta dipercayai milik mangsa ditemui di atas Jambatan Pulau Pinang dekat George Town awal pagi tadi.
GEORGE TOWN – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai dekat sini awal pagi tadi.
Mangsa berusia 22 tahun dikatakan telah meninggalkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna jingga bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.39 pagi tadi dan tiba ke lokasi kurang 10 minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati wanita terbabit telah bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
“Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.
“Tindakan anggota bomba membuat pemantaun dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuartiri telah dihanyutkan oleh arus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jurucakap itu memberitahu lagi, operasi tersebut ditangguhkan sementara dan akan disambung pada pukul 8 pagi ini. Laporan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, seorang wanita muda berusia 27 tahun ditemui selamat oleh nelayan pantai selepas bertindak terjun dari kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau di sini kira-kira pukul 2.40 petang semalam.
Mangsa juga telah meninggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 di tepi tembok jambatan terbabit. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
port bunuh diri of the year |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita lagi, semua org membebankan wanita kah |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok. Orang yang nak bunuh diri, betul2 nak mati, memang tiada masa berdrama tunggu bomba la polis la pi pujuk dia. |
|
|
|
|
|
|
|
So sekadar Sajat ka Sapi yang mengadu domba di socmed bilang depressed nak mati tu usah la pircaya. Kuat mencapub saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|