View: 737|Reply: 0
|
Vettel cuba kesan beg dicuri, hanya jumpa fon telinga
[Copy link]
|
|
PELUMBA Aston Martin, Sebastian Vettel (kiri) ketika tiba di Circuit de Barcelona-Catalunya untuk perlumbaan GP Sepanyol. FOTO REUTERS
Barcelona: Pemandu Formula Satu, Sebastian Vettel menjadi detektif apabila cuba mengesan pencuri begnya di Barcelona, semalam, tetapi hanya menemui 'pod telinga' berdasarkan isyarat dijejakinya.
Jurucakap pasukan Aston Martin berkata, beg pemandu Jerman itu dicuri di bandar selepas dia menamatkan perlumbaan di Grand Prix Sepanyol pada Ahad lalu.
"Dia cuba menjejakinya dengan menggunakan iPhone untuk mengesan fon telinga yang ada di dalam beg itu.
"Bagaimanapun apabila dia mengesan lokasi fon telinga itu, ia didapati sudah dibuang menyebabkan dia tidak dapat menemui semula beg yang dicuri itu," katanya.
Tiada maklumat lanjut didedahkan kecuali tiada yang cedera dalam kejadian itu.
Media Sepanyol melaporkan kejadian berlaku pada 8 pagi waktu tempatan apabila Vettel tertinggal beg itu di dalam kereta yang tidak berkunci.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-jumpa-fon-telinga |
|
|
|
|
|
|
| |
|