View: 450|Reply: 2
|
[Dunia]
Beras Indonesia lebih murah berbanding negara lain-Jokowi
[Copy link]
|
|
SEORANG petani Indonesia sedang bekerja di sebuah kawasan sawah padi di Sidoarjo. - AFP
Beras Indonesia lebih murah berbanding negara lain-Jokowi
JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan bahawa harga beras di Indonesia dijual lebih murah berbanding di negara-negara lain, lapor program berita Liputan 6.
Perkara tersebut dimaklumkan beliau selepas harga beras Indonesia dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Tambah Jokowi, Indonesia tidak akan lagi mengimport beras seperti sebelum ini di mana kira-kira 1.5 juta hingga 2 juta tan beras dibawa masuk ke negara itu setiap tahun.
Bagaimanapun, beliau mengakui Indonesia masih mengimport beras-beras khas dari luar negara seperti beras Jepun, Korea dan India untuk penduduk negara itu.
“Walaupun ada mengimport, jumlahnya adalah kecil dan ia adalah beras khas,” katanya.
Menurut Jokowi, harga beras di Indonesia juga berada di bawah paras purata iaitu 10,700 rupiah (RM3.20) sekilogram.
Beliau membandingkan harga beras per kilogram di Korea Selatan pada harga 53,000 rupiah (RM15.86), 52,000 rupiah (RM15.56) di AS, dan 18,000 rupiah (RM5.39) di Filipina.
“Ini yang patut kita syukuri dan kita sudah tiga tahun tidak mengimport beras,” ujarnya. – Agensi
Sumber;https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... negara-lain-jokowi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Banding Korea and US....
Thailand, Malaysia, Vietnam dll mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Beras gred apa indon punya ni kalau murah katanya berbanding dgn negara lain? Kenalah apple to apple kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|