CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Tempatan] Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

[Copy link]
Post time 24-5-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi


Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi malam tadi. - Foto JBPM

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di sini terbakar semula malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.34 malam berhubung insiden itu.

"Kebakaran membabitkan keluasan seluas 200x200 kaki persegi (18.5 meter persegi) dan kerja pengawalan menggunakan kaedah 'fire break' dilaksanakan bagi mengelak merebak lebih luas.

"Tiada mangsa dalam kejadian ini dan usaha memadam serta pengawalan masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Operasi pemadaman turut dibantu BBP dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang berdekatan ditamatkan jam 3 pagi.

Pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah Pulau Burung dilaporkan terbakar seluas 11.3 hektar sehingga menyebabkan kualiti udara di kawasan sekitar terjejas dan memberi risiko terhadap kesihatan.

Kebakaran terbabit juga menyebabkan kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, penduduk dua kampung berdekatan tapak pelupusan sampah itu diarah mengosongkan kediaman mereka dan berpindah ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka akibat kawasan kediaman mereka tercemar dengan udara tidak sihat.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... urung-terbakar-lagi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.043976 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list