CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Dunia] Penyampai berita wanita di Afghanistan diwajibkan pakai tudung, niqab

[Copy link]
Post time 24-5-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Penyampai berita wanita di Afghanistan diwajibkan pakai tudung, niqab

https://www.utusan.com.my/luar-n ... pakai-tudung-niqab/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
24 Mei 2022, 10:00 am


PENYAMPAI berita Tolo News, Thamina Usmani menutup wajahnya ketika bersiaran secara langsung di stesen televisyen di Kabul.-AFP

KABUL: Pemimpin Taliban mewajibkan semua penyampai wanita di saluran berita televisyen menutup wajah mereka ketika bersiaran.

Kementerian Kebudayaan dan Maklumat mengumumkan polisi tersebut adalah ‘muktamad dan tidak boleh dirunding’.

Jelasnya, selain niqab, penyampai wanita juga dibenarkan memakai pelitup muka perubatan bagi menutup wajah mereka di kaca televisyen.

Sebelum ini, penyampai wanita di saluran berita televisyen mengingkari arahan Taliban dengan tidak menutup wajah mereka ketika bersiaran buat hari pertama.

Bagaimanapun, kesemua mereka akur mematuhi arahan itu selepas diberi kata dua sama ada akur atau berhenti kerja, serta stesen siaran boleh diarah tutup.

Kesemua penyampai wanita yang bersiaran menerusi semua saluran utama seperti TOLOnews, Ariana Television, Shamshad TV dan 1TV, bertudung dan memakai niqab.

Saluran media tempatan mengesahkan stesen penyiarannya menerima arahan Taliban itu minggu lalu, dan wajib melaksanakannya bermula Ahad lalu.

Penyampai berita di TOLOnews, Sonia Niazi berkata, arahan itu menyebabkan dia berasa tidak selesa semasa menyampaikan program.

“Arahan ini adalah tidak munasabah bagi penyampai wanita kerana Islam sendiri tidak mewajibkan untuk menutup muka.

“Ini adalah budaya luar yang dilaksanakan terhadap kami dengan memaksa pakai pelitup muka yang boleh mendatangkan gangguan ketika mengendalikan rancangan,” katanya kepada Al-Jazeera.

Sebagai tanda solidariti terhadap arahan itu, penyampai berita lelaki turut menutup wajah mereka dengan pelitup muka ketika ke udara.  

Awal bulan ini, Taliban mengarahkan semua wanita di khalayak ramai memakai pakaian yang menutup kepala hingga kaki, dan hanya bahagian mata sahaja dibenarkan kelihatan.

Golongan wanita hanya boleh keluar rumah apabila perlu dan ahli keluarga lelaki akan berdepan hukuman seperti disaman, dibawa ke mahkamah dan penjara sekirnaya melanggar kod pakaian wanita yang ditetapkan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.586047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list