View: 5846|Reply: 102
|
Ada Yang Tak Puas Hati Nampak Stetoskop Digantung Dalam Kereta, "Nak Berlagak Dia Doktor Lah Tu"
[Copy link]
|
|
Stetoskop dan doktor memang tidak dapat dipisahkan.
Ia merupakan alat yang sering digunakan doktor untuk mendengar bunyi dalaman terutama degupan jantung dan pernafasan.
Kebiasaannya stetoskop diletakkan di leher seperti 'kalung' bagi membolehkannya dibawa ke mana-mana.
Namun tular foto memaparkan alat itu dilihat tergantung di cermin pandang belakang sebuah kereta, dengan ada yang secara sinis menyifatkan ia sengaja mahu 'menghebohkan' profesion mereka.
"Nak bagitahu dia doktor," demikian kapsyen satu posting yang tular di media sosial, menunjukkan stetoskop tergantung di cermin pandang belakang sebuah kereta Perodua Axia.
Susulan foto yang tular itu, berapa pengamal perubatan memberikan respons.
Tidak melatah, Dr Sakinah Sulong tampil memberi penjelasan mengenai stetoskop yang sering dilihat digantung di dalam kereta.
"Hahaha. Jangan la bitter sangat. Sebenarnya letak stetoskop kat situ sebab senang nak ambil. Nak keluar kereta, ambil je, sangkut kat leher.
"Kalau betul kita nak bagitahu kat orang, keluar pergi pasar pun kita bawa letak keliling kepala, biar tergantung-gantung kat depan dada," tulisnya di laman Facebook sambil berkongsi posting foto yang tular.
Dr Sakinah yang juga merupakan Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia turut bertanyakan sebab kenyataan itu dibuat oleh individu berkenaan berdasarkan foto yang dirakam dari belakang sebuah kereta, dipercayai milik seorang doktor.
"Yang awak tak suka sangat, kenapa? Ex dulu, doktor eh?" katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut membuat hantaran di Facebook berhubung foto stetoskop yang tular dengan memberikan justikasi bahawa alat itu bukan sahaja digunakan untuk mendengar paru-paru dan jantung.
Menurutnya, stetoskop merupakan alat yang amat sinonim dengan kerjaya kedoktoran.
"Selain kot putih, stetoskop dilihat sebagai salah satu elemen dalam gambaran identiti seorang doktor. Doktor biasanya bawa stetoskop ke mana-mana, kerana ia sangat penting dalam membantu doktor mengenal pasti masalah pada tubuh manusia.
"Antara fungsi stetoskop adalah mendengar bunyi pernafasan. Leloceng stetoskop diletak di dada, untuk mendengar bunyi pernafasan. Pernafasan bermasalah mungkin menghasilkan bunyi berdecit, berbuih, berkeriuk, tiada bunyi langsung dan lain-lain. Setiap bunyi ini memberi gambaran masalah yang berlaku.
"Ia mendengar bunyi jantung. Leloceng stetoskop diletak di dada, sebelah kiri untuk mendengar degupan jantung. Jantung normal menghasilkan bunyi dup-dup. Jika bunyinya berubah, ada desiran, atau ritmanya tak sekata, itu tandanya ada masalah dengan jantung," tulisnya.
Tambah Dr Kamarul, stetoskop juga bertujuan untuk mendengar bunyi usus dan menentukan tekanan darah.
"Leloceng stetoskop diletak di abdomen, untuk mendengar bunyi pergerakan peristalsis usus. Bunyi peristalsis usus yang kurang aktif (sluggish) atau terlebih aktif (hiperaktif) menandakan ada masalah dengan usus.
"Jika doktor periksa tekanan darah gunakan spigomanometer, doktor perlukan stetoskop untuk dengar bunyi salur darah di lengan. Bila ia mula berbunyi, doktor baca paras tekanan sistolik. Bila ia mula hilang, doktor baca paras diastolik," katanya.
Menurut doktor itu lagi, alat itu juga berfungsi untuk mendengar aliran darah dan dijadikan sebagai alat bantuan mendengar.
"Aliran darah yang laminar (sekata) tidak berbunyi, manakala aliran yang tidak sekata pula menghasilkan bunyi. Salur darah yang sempit, menghasilkan aliran yang tak sekata, jadi bunyinya boleh didengar menggunakan stetoskop.
"Bagi alat bantuan mendengar, bukanlah fungsi rasmi stetoskop, tetapi kadang-kadang apabila ada pesakit yang kurang pendengaran, doktor akan pakaikan pesakit dengan stetoskop di telinga, kemudian doktor akan bercakap pada leloceng stetoskop," tambahnya.
Dr Kamarul berkata, sebenarnya stetoskop bukan sahaja digunakan oleh doktor, malah banyak pekerjaan lain juga menggunakannya dalam tugas seharian seperti jururawat, pembantu perubatan, jurupulih fisioterapi, jurupulih carakerja, jurupulih pertuturan dan veterinar.
"Banyak fungsi stetoskop ni, kan? Sebab itulah doktor bawa ia ke mana-mana. Ia memang penting dalam menjalankan tugas mereka mengenal pasti masalah yang dialami pesakit," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
abis engineer yang letak safety helmet kat belakang seat kereta tak kena kecam pulak? hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk betul nerakazen.....
Klu letak situ, risiko nk tertinggal dlm keta tu kurang .....aku dulu pun gantung badge pekerja kat cermin tu....nk turun amik je... |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 24-5-2022 04:02 PM
abis engineer yang letak safety helmet kat belakang seat kereta tak kena kecam pulak? hehe
Haha.. Hat ni selalu jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
lately netizen bitter sgt dgn hal org
kesian nya hidup korang |
|
|
|
|
|
|
|
yang tulis itu tiada apa apa untuk digantung agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 skrg ni ...semua jd content eh |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 24-5-2022 04:02 PM
Teruk betul nerakazen.....
Klu letak situ, risiko nk tertinggal dlm keta tu kurang .....aku dulu pu ...
Dah namanya nerakazen uols..selagi x ikut tekak deme selagi tu la semuanya serba x kena. Tp kalau letak smiley icon ok sikit kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg bitter tu mesti bodoh.. Dulu mak bapak suh belajau tapi pemalas.. Now jeles plak org keje bagus dr dia |
|
|
|
|
|
|
|
Engineer tayang gantung safety boots.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat tanah air je selalu boleh lihat keadaan macam tu gi overc susah nak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan pinjam leher awak pun gantung stetoskop tu. Dengki lettew. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat joke asal negeri yg tny...
"kau dr mana?
kelantan...
x nmpk mcm kelantan pun
dh tu nk letak budu ats kepala ke baru nmpk kelantan?"
pnjg lg joke ni sbnrnya
mmg kelakaw mcm isu ni lah
|
|
|
|
|
|
|
|
kang ko 'ter'tengok..kondom tergantung sepi...mak hayam punya...ko nk buat haper..dek... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai netz.. sama je smua.. entah kan yg post memula tu pon berbaur joke aje.. bukan dia taktau kenapa doctor gantung stets tu kat situ.. saje dia nk cuit2..orang yang baca bitter.. viralkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu yg bitter ni jenis pentaksub ostad2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa beza dgn acik kepam yang isukan orang gantung lanyard kat leher masa pergi balik kerja. Dah tu nak suruh sorok pas kerja dalam spender kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg so-called engineer letak safety helmet kat belakang seat boot kereta tu fail bab safety |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 24-5-2022 04:02 PM
abis engineer yang letak safety helmet kat belakang seat kereta tak kena kecam pulak? hehe
Kalau helmet kuning tak letak pulak kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 24-5-2022 04:24 PM
alahai netz.. sama je smua.. entah kan yg post memula tu pon berbaur joke aje.. bukan dia taktau ke ...
Org sekarang memang tak boleh bawak gurau dah kot. Isu takkan jadi panjang2 kalau takde doktor kaki fesbuk sibuk nak membalas.
Tapi, kagum la. Kereta yg saya pakai, doktor2 pun guna |
|
|
|
|
|
|
| |
|