CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6014|Reply: 110

[Tempatan] Hentikan budaya bagi hadiah pada Hari Guru. Amalan sejak dulu lagi - netizen

[Copy link]
Post time 24-5-2022 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Forum
Tak perlu bagi hadiah Hari Guru
    Oleh Mohd Nizam Mohamad Yatim
    24 Mei 2022, 9:00 am

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini ditularkan semula kisah sedih seorang murid ponteng sekolah di negara ini kerana tidak mampu bawa hadiah untuk guru yang berlaku pada 2016.

Kisah tersebut memang menarik perhatian kerana pada masa sama, ada guru berkongsi dalam laman Facebook mereka gambar hadiah yang diterima daripada anak-anak murid dengan disertai ucapan terima kasih.

Di Malaysia, pemberian hadiah memang menjadi satu rutin yang dinantikan oleh ‘sekumpulan guru’ setiap kali tiba sambutan Hari Guru pada 16 Mei.

Namun di China, kerajaan negara itu mengeluarkan notis larangan aktiviti pemberian hadiah kepada guru jika ia dibiayai oleh dana awam dan berlaku pembaziran wang sekolah.

Mungkin agak memalukan sistem pendidikan secara keseluruhan jika Hari Guru menjadi tarikh ibu bapa dan murid ‘pening’ memikirkan hadiah yang perlu diberikan kepada guru untuk memastikan anak-anak mereka mendapat ‘layanan istimewa.’

Dalam pada itu, tinjauan yang dijalankan dalam internet melibatkan ibu bapa kaum Cina di negara ini menunjukkan majoriti mereka menghadapi dilema setiap kali menjelang sambutan Hari Guru.

Selain bunga, buah-buahan, jam tangan serta beg tangan mahal, barang kemas dan baucar beli-belah, ada ibu bapa turut menghadiahkan wang tunai kepada guru. Beberapa ibu bapa yang kaya juga mengaturkan lawatan ke luar negara untuk guru.

Pengkomersialan pemberian hadiah kepada guru telah menjadi masalah sosial yang besar sehinggakan ada sesetengah ibu bapa mengadakan kempen menerusi internet untuk mencadangkan dimansuhkan sama sekali sambutan Hari Guru pada setiap tahun. Cadangan itu disokong oleh 94 peratus responden.

Dalam perkembangan berkaitan, ada sesetengah guru yang menolak hadiah diberikan oleh ibu bapa dan murid.

Pada 2012, terdapat 10 sekolah rendah dan menengah terkenal menggunakan laman web Kementerian Pendidikan untuk membuat kenyataan merayu guru di seluruh negara supaya menolak hadiah daripada ibu bapa dan murid. Kenyataan itu disambut baik oleh ramai ibu bapa.

Secara tradisinya, guru sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat Cina. Kebanyakan orang Cina masih percaya dengan pepatah, seorang guru untuk sehari adalah bapa untuk seumur hidup.

Kita juga telah lama melihat guru sebagai ‘tukang kebun’ yang rajin membantu ‘bunga’ berkembang untuk tanah air.

Kita juga tahu bahawa negara tidak dapat maju dan berkembang tanpa dedikasi daripada guru-gurunya yang mendidik dari satu generasi ke generasi lain. Oleh itu, seluruh masyarakat harus menghormati guru.

Dan sememangnya boleh difahami dan diterima bahawa pelajar memberikan hadiah kepada guru untuk menunjukkan rasa hormat dan terima kasih mereka.

Tetapi hubungan suci antara guru dan murid tercemar apabila pelajar memberi hadiah dengan motif tersembunyi untuk mendapatkan layanan istimewa.

Dengan penciptaan teknologi baharu bagi memberi dan menerima hadiah seperti e-baucar, e-kad dan peket merah WeChat, penyelewengan pemberian hadiah dengan niat mendapat layanan istimewa sukar untuk dikesan.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah lebih tegas untuk menambah baik sistem pendidikan secara keseluruhan bagi memastikan tiada ruang berlakunya rasuah. – UTUSAN

AZIZI AHMAD, Bekas pendidik

sumber: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat zaman sekolah sambutan hari guru ada sesi bg hadiah, ada satu cikgu tu langsung x dpt hadiah dari mana anak2 murid dia. Sedihh giler bila i fikir blk. Apalah dosanya...mesti dia rasa rendah diri tgk guru2 lain mendapat pelbagai hadiah dari anak murid
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekolah dulu mak I plak gigih bagi hadiah. I suggest je nama cikgu. Selalu nya bagi pasu bunga siap ada ukiran lagi. Tapi tak payah lah jadi budaya benda ni, cikgu pun mesti ikhlas je sebenarnya mengajar/menjaga anak murid. Dedulu I sayang betul dengan cikgu2 sekolah rendah, maybe sebab kanak2 lagi, hati pun suci bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 iols xnak bg hadiah, tp i paksa juga dorg bagi. Tp iols tukang balut je..hadiah murah2 je cth pen marker, pen merah...asalkan useful...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku plak just belikan hadiah utk guru kelas sahaja. Guru subjek tak bagi sbb ramai sgt, blum masuk ustaz/ustazah sek agama. Budget bawah rm 30 je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang kalau org kata hentikan amalan raya sakan sebulan mesti sentap netizen acah2 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman i in the 80s dulu rasanya tak pernah school or my parents ckp pasal pressies for tracher's day.  Yg i ingat kitarang ada potluck je makan dgn class teacher dlm class lepas tu pergi hall ada performance for teachers.  Tahun ni sbb cuaca panas i buatkan refreshen up kit untuk cikgu2 dia, semua travel size benda2 macam facial spray, listerine, eye masks tak dela mahal kalau beli kat watson.
Tapi betul tu benda2 yg teacher boleh guna and tak kena beli sendiri macam pens, markers tu very usefuk and helpful for them.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni budaya kat Malaya saja rasanya. Kat sekolah aiol tak wujud pun benda ni. Kat tadika anak pun ai tengok, sapa nak bagi, bagi. Sapa tanak, dok dendiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama dengan duit raya/angpow. Tempat aiol tak wujud kewajiban memberi duit raya ka angpow semasa Raya/CNY. Cina totok ja kot bagi angpow masa CNY.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:10 AM | Show all posts
Melampau sgt bg jam mahal, pakej melancong. Ok je kalau nk ban bg hadiah. Iols ikut jer

Tp entahlah iols bg hadiah eco je pn kt cg ank2 koh2.. anak2 pn ok jer nak bg, xde rasa malu pun even hadiah bajet gila
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:15 AM | Show all posts
karang mak2 terpaling yg rengsa sb tak dapek show off bg hadiah mahal2..

for me mcm ni la.. tahun pkp elok ja xde isu pasal ni kan..

ni dh start sekolah bersemuka balik, jadi balik.. so elok xyah bg la kan?

karang ada ja isu anak2 stress sebab parents tak mampu la, parents stress la, cikgu x dpt stress la... eh mcm2 la..

buat ja jamuan makan...buat no gift policy...senang cerita
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:18 AM | Show all posts
kan dah cakap semua isu nak jadi bitter tak bertempat

aku suruh je anak aku bagi semua cikgu

skool @ kafa, semua sama, semua dapat




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh bg sebab?? Nk jg hati b40 lg?? Tgk cikgu2 byk viralkan hadiah dari org susah sbb rare n nmpk ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak ingat langsung hadiah hari guru. Sibuk mikir menu jamuan raya kelas anak2 je. Kik3. Dorang sambut sekali kan.
Dulu2 hadiah hari guru aku selalu bagi tissu yang kotaknya segi empat tepat. Comey je..balut cantik2. Haha. Kadang bagi kad. Semua inisiatif sendiri la. Tu pun sekolah menengah dah pandai ckit. Sekolah rendah xreti lagi..mak iols orang kampung mana reti hadiah2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
iola tatau bila sek anak iols celebrate hari guru ni sbb bertembung dgn jamuan hari raya. pastu plak almost everyday ada jamuan. last2 i order benda sama je utk 4 jamuan berbeza. anak iols pun ckp takyah la hadiah2 bagai malu abg nak bwk byk2.koh3 anak teruna iols dah ada sifat malu
sng keje mak ko, bwk je la makanan tu

kesian plak, smpai ponteng sek bdk tu. dasat betul kesan emosi budaya bg hadiah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:37 AM | Show all posts
naina replied at 25-5-2022 08:21 AM
Aku tak ingat langsung hadiah hari guru. Sibuk mikir menu jamuan raya kelas anak2 je. Kik3. Dorang s ...

Kan.. Sepatutnya hari-hari pun adalah hari guru..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik tade bagi cikgu adiah masa Hari guru pun. Mak apak jenis bagi cikgu hadiah sepanjang tahun..buah cempedak la durian la beras pulut la
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:39 AM | Show all posts
biarla. abis xkan politician je dapat hadiah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:52 AM | Show all posts
Kat sini tak glamer hari guru..

Yang cikgu dapat hadiah, akhir tahun.

Cam my daughter tahun ni masuk darjah satu..

4 hadiah
Cikgu
Penolong cikgu
Tukang buka pintu masa pergi school daycare
Assistant yang panaskan makanan my daughter kat microwave..

gift card  shopping mall aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 25-5-2022 08:18 AM
Xboleh bg sebab?? Nk jg hati b40 lg?? Tgk cikgu2 byk viralkan hadiah dari org susah sbb rare n nmpk  ...

Ini betul you.  Masa time i jamuan potluck with class teachers, the b40 parents lagi showed effort with their potluck dish, beehoon goreng, home made cakes, watermelon juice.  Working parents mcm my parents bagi benda beli dr supermarket je ie sebungkus sugus or kacang menglembu tu hahahaha.  I think one year ada la my mum baked a cake.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.176542 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list