CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8289|Reply: 132

[Jenayah] Amerika Berkabung: 18 kanak-kanak terkorban, remaja bunuh nenek sendiri sebelum 'naik hantu' di sekolah

[Copy link]
Post time 25-5-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 25-5-2022 03:44 PM

Houston: Seorang penembak remaja melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas Selatan pada Selasa, menyebabkan 18 kanak-kanak terbunuh dan tiga dewasa.

Menurut pihak berkuasa, suspek kemudian juga maut.

Kejadian berlaku di Robb Elementary School di bandar Uvalde, Texas, kira-kira 128 kilometer di barat San Antonio.

Gabenor Greg Abbott berkata, suspek dikenal pasti sebagai Salvador Ramos, 18, dipercayai ditembak mati oleh polis yang bergegas ke lokasi kejadian.

Dua anggota polis lain turut cedera.

Pihak berkuasa berkata, suspek bertindak sendirian.

Motif kejadian, masih belum diketahui.

Abbott berkata, suspek dipercayai meninggalkan kenderaan di sekolah, sebelum memasuki sekolah dengan senjata api yang kemungkinan besar adalah raifal, sebelum melepaskan tembakan.

Penyiasat percaya bahawa Ramos menembak dan membunuh neneknya sebelum pergi ke sekolah berkenaan, lapor CBS News, yang memetik sumber pasukan penguatkuasaan undang-undang.

"Dilaporkan bahawa suspek menembak neneknya sebelum pergi ke sekolah itu," Abbot memberitahu wartawan.

"Tetapi saya tidak maklumat selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Hospital Universiti di San Antonio, menerusi Twitter berkata, pihaknya menerima dua individu dari kejadian tembakan di Uvalde iaitu wanita berusia 66 tahun dan budak perempuan berumur 10 tahun.

Kedua-duanya dikatakan kritikal.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Boden mengarahkan supaya bendera diturunkan di separuh tiang sehingga matahari terbenam sehingga 28 Mei sebagai memperingati tragedi itu.

Difahamkan, murid di sekolah berkenaan berusia antara tujuh dan 10 tahun.

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/05/845372/remaja-lepas-tembakan-di-sekolah-18-murid-maut





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
This is real terrorist. Kesiannya budak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:42 AM | Show all posts
US ni makin sakit. The consequences of the right to bear arms
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh la US ni. Kes remaja tembak2 orang kat Bufallo shopping mall awal bulan ni belum reda, dah hada kes baru.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2022 09:43 AM
Bodoh la US ni. Kes remaja tembak2 orang kat Bufallo shopping mall awal bulan ni belum reda, dah had ...

US ni sibuk nak jadi polis kat negara lain..negara sendiri tak terjaga...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya ditembak mati saja. Celaka punya mahkluk. Senang2 saja bunuh 21 nyawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
senang sangat nak dapat pistol. lainlah sini, aku dapat tengok pun sebab famili aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:47 AM | Show all posts
asik sebokkan negara org padahal negara sendiri pun haukkk..budak lg dh pandai bunuh2 org

RIP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 25-5-2022 01:45 AM
US ni sibuk nak jadi polis kat negara lain..negara sendiri tak terjaga...

Aiol hada tengok tiktok ummah belia US bagi testimoni rasa lagik selamat dok negara orang lain banding negara sendiri. Antara testimoni ai ingat is this girl (yang masa tu tengah study kat Europe) kata ada satu hari tu sheol panik bila dengar macam bunyi tembakan (a loud bang katanya) kat luar rumah then sheol terus panik. Tapi sheol rasa pelik tengok housemates sheol lek2 ja siap kehairanan tengok sheol yang sedang panik. Rupa2nya bunyi tu datang dari construction site ka apa (tak ingat, tapi harmless la). Terus sheol menangis mengenangkan betapa pathetic ngan messed upnya sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya bdk2 tu. ape ke jahat beno penembak ni. yg kat buffalo aritu pun 18thn kan? korang obsess dgn apa smpai pantang nmpk org nak bunuh. aihhhh celaka sgguh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ulang lagi bulan depan...dah lali dah cite mcm ni dari us..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:05 AM | Show all posts
biden tersenyum sinis
nanti dpt push 2nd amendment di cancelkan atau bperang dgn puak2 redneck 2nd amendment ( white terrorist)
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly mental..dah byk kes kat us bunuh budak2 sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 25-5-2022 09:46 AM
senang sangat nak dapat pistol. lainlah sini, aku dapat tengok pun sebab famili aku

Awat family hg ada lesen simpan pistol ka senjata api ka
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2022 09:53 AM
Aiol hada tengok tiktok ummah belia US bagi testimoni rasa lagik selamat dok negara orang lain ban ...

Kiranya that girl trauma la kan bila dgr bunyi mcm ala2 tembakan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya kanak2 pula tu jd mngsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 10:28 AM | Show all posts
texas ni punya guns law mcm maner?semua org boleh ada senjata ke apa?dan apake  babi biarkan org keluar masuk sekolah rendah sesukati?setiap sekolah caprut kat msia pun ada pak guard taww
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 25-5-2022 02:12 AM
Kiranya that girl trauma la kan bila dgr bunyi mcm ala2 tembakan...

Iya. Ada beberapa tiktok video ai tengok, belia lelaki/perempuan, bagi testimoni sama dengan macam budak perempuan ni. Ye la. Negara2 lain mana hada normal school shootings ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 25-5-2022 10:09 AM
Awat family hg ada lesen simpan pistol ka senjata api ka

ramai gak yang ada lesen sebab dorang masuk pertandingan menembak ke apa tapi suku dari keluarga aku dr atuk dua belah famili, ayah pakcik makcik termasuklah mak tiri polis
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:31 AM | Show all posts
pengganas sebenar dunia adalah warga USA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.071220 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list