CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4316|Reply: 61

4 Jam Sangkut 'Jam' Atas Jambatan Penang, 20 Biji Kek Cair Dalam Bonet

[Copy link]
Post time 25-5-2022 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Setiap peniaga atau usahawan pasti melalui pelbagai detik sukar bagi menggapai kejayaan dalam sesebuah perusahaan.


Seperti yang dikongsikan di Facebook Afif Fahimi, seorang peniaga kek dipercayai adiknya reda menerima dugaan apabila 20 biji kek jualannya telah rosak akibat terkandas di dalam kesesakan selama hampir empat jam.


Difahamkan, jualan tersebut yang dibuat untuk konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah cair kesemuanya dan tidak dapat dijual.




Foto: FB




“Dugaan adik perempuan saya hari ini, terkandas empat jam kerana trafik sesak di Jambatan Pulau Pinang. 20 biji kek jualan untuk konvokesyen USM habis rosak.


“Tetapi dia kental walaupun nampak je mata dia merah nangis dalam kereta tadi. Air mata tu bukan putus asa, tapi itu lah air mata kekuatan cabaran berniaga,” katanya dalam satu hantaran hari ini.


Tambahnya, sebagai abang, perkara tersebut turut menyentuh hatinya apabila melihat hasil seni dan kerja keras ahli keluarganya itu tidak menjadi seperti yang direncanakan.


“Kesian juga apabila lihat usaha adik perempuan saya macam itu, tetapi saya percaya bahawa setiap kejayaan yang diraih dalam perniagaan bukanlah satu perkara mudah,” ujarnya.


Susulan daripda itu, rata-rata orang ramai mendoakan agar urusan wanita berkenaan dipermudahkan dan semoga bertambah maju pada masa hadapan.


“Bertabahlah adik, dugaan buatmu. InsyaAllah ada hikmah di atas apa yang berlaku. Kuat kan semangat dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan selepas ini,” kata Ar-Rozzy Esmael.


“Saya percaya semua ini akan menguatkan diri kita lagi. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anda semua,” seloroh Nazar Yamat.


“Allahu. Semoga perniagaan bertambah maju dan ada rezeki yang lebih baik selepas ini,” ujar Sheada. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 10:05 AM | Show all posts
tak boleh ye turunkan seat then full blast aircond?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 10:33 AM | Show all posts
Letak dalam bonnet memanglah cepat cair!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyaaaa... Letak lah dalam bekas polesterin kemudian letak gel pack yang dah frozen awal2. Kemudian full blast aircond. Tu pun tak boleh fikir je dekkkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:18 AM | Show all posts
Aiyoh dalam bonet memang laa.. kek sebijik pun aku buh depan kasi aircond.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:25 AM | Show all posts
JunkMail replied at 25-5-2022 11:14 AM
Haiyaaaa... Letak lah dalam bekas polesterin kemudian letak gel pack yang dah frozen awal2. Kemudian ...

tahu buat kek je kot tpi ilmu psal penyimpanan kurang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 11:31 AM | Show all posts
awok ni meniaga tapi kek bubuh kat bonet...adoyai iollss beli kek pun tala depan aircond dalam kete yachh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-5-2022 03:14 AM
Haiyaaaa... Letak lah dalam bekas polesterin kemudian letak gel pack yang dah frozen awal2. Kemudian ...

Kos bertambah, huntong kurang. Customer tamau beli jika rega kek terlalu mahal untuk cover kos penyimpanan. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 25-5-2022 11:18 AM
Aiyoh dalam bonet memang laa.. kek sebijik pun aku buh depan kasi aircond.

Letak kat kaki kan seat dpn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:35 AM | Show all posts
Aduhaii....ko letak belakang ofkos la mencair dengan cuaca panas skrg ni. Letaklah dalam kotak polisterin dgn ice pack mcm Baskin Robbin buat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:53 AM | Show all posts
jadinya nak kena simpati n viralkan ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 25-5-2022 11:53 AM
jadinya nak kena simpati n viralkan ke ni?

Biasala trend jual makanan skrang style raih simpati
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 11:57 AM | Show all posts
jfq replied at 25-5-2022 11:56 AM
Biasala trend jual makanan skrang style raih simpati

itu lah pasal
nanti berdedai2 la komen jom sapot adik ni
jom bantu dia ni  bla bla bla

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:03 PM | Show all posts
Bila nak jual ko letak kek2 tu kat meja dan biar terdedah. Pastu ko dok main hp. Aku dah banyak tengok budak2 jual kek dan memang tak beli kek camni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:16 PM | Show all posts
tak tau lah. sebagai pembeli pun, tak penah terpikir simpan kek kat bonet belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:19 PM | Show all posts
dlm masa 4 jam tala depa air cond pon rosak juga cake kalau takda proper packaging. stakat 1/2 - 1 jam dlm kereta mmg takda apa. kena bubuh dlm gel ice pack tu stakat aircond je mmg rosak cake. i pernah order cake dari kl hantar ke jb, cake tu mmg di pack dalam insulation bag + gel ice pack sampai jb gel tu dah cair kena simpan balik dalam peti sejuk 1-2 jam baru boleh makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adik dia ni kira ada cafe kan tp buh kek dlm bonet keta emmm
Guna fresh cream plak tu,brownies yg tahan suhu bilik tu pun kalau masuk keta iols tak buh dlm bonet.
Padahal brownies tahan lama, mmg biasa letak kat luar je pun dan tahan sampai 2 minggu or lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:38 PM | Show all posts
sama ada bodo atau marketing taktik zizang miki semang..nexttttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:53 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-5-2022 11:34 AM
Kos bertambah, huntong kurang. Customer tamau beli jika rega kek terlalu mahal untuk cover kos pen ...

box stereofoam tu blh simpan utk kegunaan kek akan dtg. bukan bagi seketul seketul kat customer. box tu utk hold the cake supaya jgn cair cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 12:56 PM | Show all posts
jfq replied at 25-5-2022 11:56 AM
Biasala trend jual makanan skrang style raih simpati

trend skrg kena berhiba hiba, meratap bersendu utk buat jualan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.654350 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list