CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 13

[Tempatan] KKM belum terima laporan kes cacar monyet dalam negara.

[Copy link]
Post time 25-5-2022 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 25-5-2022 02:03 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima notifikasi berkenaan kes membabitkan individu yang dijangkiti virus cacar monyet (monkeypox), di negara ini.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata, ini termasuk kes membabitkan kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus cacar monyet seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

"Sekiranya gambar itu benar, waris kepada kanak-kanak berkenaan dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan," katanya menerusi entri di Facebook hari ini.

Orang ramai pula, katanya, dinasihati tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris yang didakwa dijangkiti itu untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu, jika berkaitan penyakit atau masalah kesihatan lain.

Satu gambar kanak-kanak tular di media sosial hari ini yang dikaitkan kononnya kes dijangkiti virus cacar monyet di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini menjelaskan, risiko virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah, kecuali jika seseorang individu itu ada sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti atau kontak langsung dengan pesakitnya.

Beliau berkata, kemungkinan transmisi jangkitan virus itu dari manusia ke manusia adalah terhad.

Media melaporkan wabak cacar monyet direkod di beberapa negara benua Eropah seperti United Kingdom (UK), Sepanyol, Portugal, Belgium, Perancis, Itali dan Jerman, selain Amerika Syarikat (AS), Kanada serta Australia.

Setakat semalam, lebih 100 kes dilaporkan sama ada yang disahkan mahupun disyaki, kebanyakan jangkitan tidak melaporkan sejarah perjalanan ke negara yang diketahui endemik penyakit itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959079/tiada-notifikasi-cacar-monyet-di-malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 02:00 PM | Show all posts
eh i haraplah  jgn lah dok buat fake news hal2 serious sebegini. yg sebar tu kalau benar pi la buat pemeriksaan, ni tidak kau tular then kau senyap, very irresponsible.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:33 PM | Show all posts
eh aku baca semalam org komen owner pic tu cakap actually budak tu hfmd

then bg main pasir kena infection

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 02:35 PM | Show all posts
dejavu

perasaan yang sama sebelum covid mendunia dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:04 PM | Show all posts
mak pak boleh tak bawah gi spital dulu dptkan rawatan rather than so dem cibai sibuk nak viral kat socmed? omg. nanti kang kata kkm pi sorok cerita la hidden agenda la... sedangkan ko sendiri tak pi spital untuk org pi cek.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:12 PM | Show all posts
Monkey see monkey do
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2022 03:21 PM | Show all posts
dh spread kt sini br meroyan nk tutup epot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:24 PM | Show all posts
@ipes2 boleh doc buat thread pasal bende nie x....bg clear skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2022 03:25 PM | Show all posts
monkeybone


Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 25-5-2022 02:33 PM
eh aku baca semalam org komen owner pic tu cakap actually budak tu hfmd

then bg main pasir kena in ...

Haah baca gak komen tu katanya budak tu anak asuhan pengasuh dia kan.
Kena HFMD tapi main pasir jadi infection, bintik2 tu jd besar.

Iols baca pasal cacar monyet dia mcm sukar ditemui di Asia tp tahun bila tah bbrp tahun lepas la penah sampai kat singapore kira mcm rare la juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 04:24 PM | Show all posts
Suchi replied at 25-5-2022 03:53 PM
Haah baca gak komen tu katanya budak tu anak asuhan pengasuh dia kan.
Kena HFMD tapi main pasir ja ...

hopefully tak sampai sini la @ at least under control

tak larat nak berkuarantin bagai dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 06:06 PM | Show all posts
Ala......baru fikir nak delete apps MySejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 11:20 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 25-5-2022 06:06 PM
Ala......baru fikir nak delete apps MySejahtera.

Haritu pergi alamanda tak payah scan tapi dia nak tengok mysejahtera..tak tau naper.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 04:27 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 25-5-2022 03:24 PM
@ipes2 boleh doc buat thread pasal bende nie x....bg clear skit

Saya rasa @adila39  ada nak buat
ini bidang dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051209 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list