CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2404|Reply: 31

[Politik] Penunggang Bahasa Melayu tidak akan berjaya, kerja yang sia-sia

[Copy link]
Post time 26-5-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-5-2022 04:23 PM

Oleh Faisal Tehrani....

Sekali lagi saya dihadapkan soalan mengenai kedudukan bahasa Melayu di Asia Tenggara. Ini ekoran gesaan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim yang mengharapkan Wisma Putra memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia ‘untuk memperjuangkan bahasa Melayu’ dengan negara jiran, iaitu Indonesia.

Apabila Rais menyebutkan Wisma Putra, dan peranannya di Indonesia; tentulah saya terbayangkan pula betapa kelamnya usaha itu kerana terlihat-lihat di retina mata wajah Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Apabila saya disoal mengenai kebolehdayaan bahasa Melayu untuk diketengahkan, dengan membujuk Indonesia, saya terbayangkan jalan jauh yang panjang itu. Sebetulnya apa yang disaran dalam Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Negara-Negara ASEAN baru-baru ini telah pun diutarakan, sejak tahun 2000. Ini bermakna, sudah 22 tahun usaha memartabatkan bahasa Melayu ini dilakukan dan sudah dua dekad juga kita tidak bergerak ke mana-mana.

Dalam erti kata lain, apa yang ingin dibuat oleh Ismail Sabri ini sudah pun diterokai oleh orang sebelumnya dengan kadar sia-sia.

Saya tidak pasti adakah Ismail Sabri dan kabinetnya tahu atau tidak yang pada tahun 1995 sudah ada Pelan Tindakan Pelaksanaan Sasaran Kerja Utama bagi tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) yang berhasrat menjadikan “Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.” Kononnya akan ada institusi dan gerakan sosio budaya untuk menggerakkan peningkatan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perdagangan di ASEAN dan Asia Pasifik. Konon akan diterbitkan banyak kamus-kamus bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Thai dan Vietnam.

Selepas hampir tiga puluh tahun adakah sudah terlihat bayang semua itu?

Kemudian, ambil sahaja cadangan-cadangan yang dilemparkan oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Abdul Aziz Deraman, seperti yang pernah disebut-sebut oleh beliau dalam bukunya pada tahun 2000 dengan judul ‘Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia’ (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka).

Dalam salah sebuah kertas yang kemudian diangkat menjadi bab dalam bukunya itu, Aziz sudah menyarankan agar bahasa Melayu dikembangkan ke peringkat antarabangsa dengan cara antara lain menubuhkan agensi pengembangan bahasa Melayu persis British Council, Goethe Institute dan Alliance Francaise. Angan-angan itu ialah agensi bahasa ini akan dinamai Institut Za’ba.

Dalam khayalan penuh sensasi ini kesusasteraan Melayu dimimpikan akan menongkah arus globalisasi dan diterima sebagai kesusasteraan tinggi dunia. Bahawa karya pengarang kita dikipas-kipaskan seagam dan sehebat karya Kenzaburo Oe, Gabriel Garcia Marquez dan Nadine Gordimer.

Ini bukan saya yang main sebut, tetapi sebetulnya memang datang daripada Aziz Deraman. Hari ini sasterawan Indonesia sudah lebih ke hadapan. Sasterawan kita terperosok. Lihat sahaja nasib malang Dewan Sastera, bagaimana kamu melayan majalah tersebut?

Makanya dendangan sama yang dilagukan ketika Sidang Meja Bulat Wakil-Wakil ASEAN untuk Pengembangan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Negara-Negara ASEAN baru-baru ini bukan perkara baru melainkan sudah menjadi perkara purba.

Akan tetapi sudah makan dekad usaha itu dikerjakan, disawah dan dibaja tetapi belum dapat dituai. Soalnya, mengapakah ia macam tidak berbuah atau berbutir untuk dinikmati? Adakah kita tidak serius membajak? Adakah kita sudah disabotaj oleh pengkhianat? Atau adakah kerja memartabatkan bahasa Melayu di rantau Asia Tenggara ini kerja karut? Mungkin juga itulah puncanya kita tidak berhasil melakukannya meskipun sudah dipasak dan direntakkan dansanya sejak puluh tahun lalu.

Sebetulnya gerakan mengangkat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa tidak akan berjaya. Mengapa?

Kerana bahasa Melayu tidak merdeka. Ia bukan sebuah bahasa yang bebas untuk dinikmati semua orang. Seperti mana bangsa Melayu didefinasikan secara legal, iaitu perlu berbudaya Melayu, dan beragama Islam; bahasa Melayu juga telah diIslamkan oleh Syed Naquib Al-Attas yang menyebabkan bahasa ini terkongkong sebagai sebuah bahasa Islam.

Untuk bahasa Melayu ada ejen penyebarnya yang setanding British Council dan dinamai Institut Za’ba, kita perlu melihat bagaimana bahasa Inggeris tidak diberi nilai agama tertentu. Hari ini tanggapan bahawa bahasa Inggeris itu bahasa Kristiani sama sekali tidak timbul. Zaman Munshi Abdullah dulu mungkin ada ulasan sedemikian, tetapi itu pun ternyata meleset.

Bahkan hari ini saban tahun yang memenangi hadiah-hadiah sastera berpangkalan di United Kingdom seperti Booker Prize kebanyakannya ditulis oleh rakyat Komanwel atau penghijrah dari negeri jajahan ke London. Jika bahasa Inggeris dijadikan bahasa Kristiani, tentu sahaja ia tidak terguna pakai untuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Masalah kita ialah ‘Melayu’ itu dilekatkan dengan adat Melayu dan bahasa Melayu, dan mesti Islam; yang menjadikan bahasa Melayu ini satu bahasa eksklusif dan terpenjara. Padahal bahasa tidak mengucapkan syahadah untuk beriman.

Jika demikian halnya bagaimana kita ingin membujuk negeri Indocina seperti Laos, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja menggunakan bahasa Melayu. Budaya, adat istiadat dan kepercayaan kita saling berbeza. Asia Tenggara bukanlah sebuah rantau seperti mana Eropah yang berkongsikan tradisi Judeo Kristian.

Asia Tenggara juga ada populasi Kristian seperti Filipina dan Timur Timor, dan populasi Buddha seperti negara yang telah saya sebutkan di awal perenggan ini. Bagaimana bahasa Melayu dapat dinikmati oleh mereka jika sudah awal-awal didinding dengan Islam?

Bagaimana pula kita ingin membujuk Indonesia yang kononnya bahasa tersebut berakar dari bahasa Melayu? Ini kerana bahasa Indonesia sangat merdeka, dan boleh digunakan untuk menyampaikan khutbah di mimbar, atau di dupa pemujaan Hindu Bali.

Masalah bahasa Melayu ialah ia tidak merdeka kerana kita ada orang yang tak ikhlas dengan bahasa Melayu. Masalah bahasa Melayu ialah ia akan ditunggang dan dipaksakan dengan cemeti. Padahal pemaksaan tidak menyuburkan bahasa. Masalah bahasa Melayu akan timbul apabila penganut selain Islam memulai menggunakan terma kepercayaan anutan mereka dalam bahasa yang mereka selesa.

Masalah bahasa Melayu ialah identiti yang telah diciptakan untuknya, bahawa konon bahasa Melayu itu perlu menjauhi pengaruh Hindu-Buddha yang mana terbit ketika era Srivijaya. Masalah bahasa Melayu ialah kerana ada pengamal dan penuturnya yang jumud, dan kelak tidak boleh menerima penutur bahasa Melayu dari Jerman (katakan sebagai contoh) yang merujuk kata iman dengan faham Katolik; adakah Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju? Masalah bahasa Melayu ialah ia beroleh penunggang dan penenggek dengan hujah agama ini yang mengepung dan mengehadkan fungsi dan kebolehdayaan bahasa Melayu itu sendiri.

Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki penutur yang belum cukup percaya kepada kemampuannya. Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki tokoh bahasa yang menunggang isu bahasa ini untuk agenda setanjak dan sebilah kerisnya yang sendiri-sendiri. Adakah Rais Yatim tahu itu? Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki penunggang bahasa yang menyundalkan nama baik bahasa Melayu untuk dijadikan bahan lacur demi menghindar pertanyaan rakyat tentang kehidupan seharian seperti harga petrol, kehilangan jaminan makanan seperti daging ayam dan masalah inflasi.

Jadi gerakan untuk mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysia ‘untuk memperjuangkan bahasa Melayu’ dengan Indonesia ini sangat hampa sifatnya. Ini kerana kita tidak betul-betul ikhlas. Kita tidak berjujur. Kalau Ismail Sabri betul serius ingin ‘memperjuangkan bahasa Melayu dengan Indonesia’ dia tidak akan melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman (74 tahun) sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Sebab, adakah Tajuddin dapat menjadi pejuang bahasa Melayu di Indonesia?

*Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/05/26/penunggang-bahasa-melayu/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 12:43 PM | Show all posts
Satu dunia tahu Malaysia ni tanah bekas jajahan British orang akan lebih respek kalau ko fasih BI mampu berhujah dengan baik dipersada antarabangsa.

Bila ko memilih guna bahasa sendiri yang tak ada siapa faham orang boleh conclude satu ja, ko memang tak reti BI.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 12:58 PM | Show all posts
tgk cara Mail dok jaja nak martabat bm kehulu hilir pun dah tahu menunggang.dia ngn anak beranak urban dia kat rumah tu pun sah2 la ckp bahasa rojak jah pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat di bawah ni, sindir siapa agaknya?

"Masalah bahasa Melayu ialah ia memiliki penunggang bahasa yang menyundalkan nama baik bahasa Melayu untuk dijadikan bahan lacur demi menghindar pertanyaan rakyat tentang kehidupan seharian seperti harga petrol, kehilangan jaminan makanan seperti daging ayam dan masalah inflasi."
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia kena maju dulu seperti Korea, barulah orang luar minat nak belajar bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 01:30 PM | Show all posts
hahahaah..


u know , pada I , bahasa tu alat komunikasi dan bersamanya ada nilai, cer ambik contoh KJ, Rais Yatim, Najib, Aniffah Aman, etc.,
depa guna BI, dalam konteks yg amat sesuai dengan peranan  and role depa yg banyak pi ke persidangan and ucaptama antarabangsa. kan Mudah ? sebab semua org faham.

i rasa buat apelah tulis surat dalam BM then buat lampiran BI sebab lagi satu kalau surat tu dalam soft copy tak pelah kalau dalam bentuk hard copy , terfikir tak membazirkah kertas? baik tulis surat yg jelas maksud dan mesejnya. Jimat masa and kos.



yg lain lain tu i have no isssueslah. Tang nak buat jalan in BM, tang nak kukuhkan penguasaan BM dalam kalangan rakyat Malaysia, sebb i think kalau Ryanmyhowlett tu dok 4 thn je boleh cakap BM bahasa basahan dengan baik, so malulah rakyat malaysia yg tak boleh bercakap satu perkataan BM lisan dengan fasih . tak ada alasan tak leh kuasai bahasa pertuturan BM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2022 03:03 PM | Show all posts
Kena mula dari dalam bukan dari luar kedalam kalau dari mula yang dalam pun fail macam mana nak dapat hasil hebat luarnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 03:10 PM | Show all posts
hapuskan dulu bangsar bubble. gittew! Ramai je geng BB ni dalam kalangan vvip kita, sebab tu usaha memartabat BM persis mencurah air ke daun keladi jah. Bapak si dafi ni lebih kepada nak ada satu gelaran yang boleh dikaitkan dengan heols sebagai PM, mungkin boleh kata bapa bahasa ke apa ke gitulah. Setidak2nya ada satu sumbangan yang heols buat sebagai PM gituh. Iols tak berapa gemar cara ini namun menyokong usaha ini jika dilakukan dengan tegas dan berterusan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 26-5-2022 03:03 PM
Kena mula dari dalam bukan dari luar kedalam kalau dari mula yang dalam pun fail macam mana nak dapa ...

Betul tu, make sure semua rakyat malaysia fasih bahasa melayu, ni tak, cina tak fasih cakap melayu, india tak fasih cakap melayu, melayu totok acah2 cakap melayu tak fasih sebab bangga nak cakap omputih agar nampak urban
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeti akhtar pernah calap melayu tak?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:17 AM | Show all posts

Some words are even forbidden to some citizen.
In the same breath, demand excellence from them
meh!!blue bloods sendiri tak fasih, anak2 t20 pun merangkak cakap
berzaman wajibkan credit bm SPM level,  private dan international schools  ada impose these requirement kah?
sudah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
True dat!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 02:24 AM | Show all posts
Bagus juga untuk memertabatkan bahasa Melayu..tapi realitinya bersediakah kita...banyak bahan ilmiah semuanya dalam bahasa inggeris..dan perlu penterjemahan serta kajian kesesuaian ayat..mungkin 10 tahun akan datang..bukan cuba memaksa sebegini...contoh..upper limb human body..ikut terjemahan dbp menjadi Tungkai atas badan ( ramai yang tidak tahu tungkai tu apa)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju dengan gerakan untuk perkasakan bahasa melayu. Tapi aku tidak setuju perkasakan ahli politik bodoh dan penunggang agama yang guna kuasa dictate apa yang boleh diterjemah ke bahasa melayu dan apa yang tak boleh. Atas alasan nak jaga akidah kononnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu pun cakap melayu tak betul, korang kitorang korang kitorang kehulu hilir. Sesah nau ke nak guna ANDA, KAMI tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 09:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 26-5-2022 03:10 PM
hapuskan dulu bangsar bubble. gittew! Ramai je geng BB ni dalam kalangan vvip kita, sebab tu usaha m ...

Sapalah punahsihat piiemm nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:35 PM | Show all posts
pyropura replied at 4-6-2022 03:46 PM
Melayu pun cakap melayu tak betul, korang kitorang korang kitorang kehulu hilir. Sesah nau ke nak gu ...

motif sister pembaris? iols anggap chuols bersinikal yach korang kitorang tu bahasa pasar, anda kami tu bahasa formal. Mana2 bahasa dalam dunia ni pun ada bahasa pasar dan formal. Kalau bahasa pasar forum pulak, chuols meols heols sheols heshe dan chuolszahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik betul laras bahasa faizal tehrani ni..tulis kolum pun mcm baca cerpen ja.x jemu baca

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Piyem pun pakai baju Burberi-beri bagai lagi mau sembang memperkasakan bahasa sendiri. Pooodahhhhh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.086863 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list