View: 910|Reply: 7
|
[Tempatan]
Pelanggan hulur minyak masak gara-gara kedai makan kehabisan stok
[Copy link]
|
|
Tangkap layar memaparkan seorang wanita menghulurkan satu botol minyak masak kepada pekerja pekerja kedai makan yang kehabisan stok minyak masak.
Pelanggan hulur minyak masak gara-gara kedai makan kehabisan stok
PETALING JAYA – Tindakan seorang pelanggan menghulurkan minyak masak yang baru sahaja dibelinya kepada tukang masak sebuah kedai makan telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Rakaman yang dimuat naik seorang pengguna media sosial, Iskandar Zamuel, memaparkan gelagat ibunya itu tanpa segan silu menghulurkan satu botol minyak masak kepada salah seorang pekerja di kedai makan berkenaan.
Menurut Iskandar, dia dan keluarganya baru sahaja selesai membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya dan kemudiannya membuat keputusan untuk menjamu selera di kedai makan berkenaan.
Namun, ibunya itu berasa terkilan kerana pada mulanya kedai tersebut sudah ingin ditutup kerana kehabisan minyak masak.
Kemudian, ibunya itu terus mengambil stok minyak masak yang dibeli dari dalam troli dan memberi kepada pekerja tersebut untuk digunakan.
“Kita pula malu, memang tiada alasan la kalau dengan mak-mak,” tulisnya.
Di hujung rakaman tersebut, dapat dilihat pekerja di kedai makan berkenaan menyerahkan semula lebihan minyak yang telah digunakan kepada ibunya itu.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berasa terhibur melihat aksi spontan wanita tersebut dan memuji usahanya untuk dapat makan di kedai berkenaan.
“Memang ‘level’ lain la mak cik ini, peniaga mesti terkejut, tak boleh bagi alasan nak tutup kedai sebab tak ada minyak, sekali pelanggan sediakan sendiri,” ujar seorang pengguna.
“Punya nak makan juga dekat situ, terus bagi stok sendiri, mungkin memang dah penat dan lapar, tak larat nak cari kedai lain,” komen pengguna lain.
“Aku pun pernah macam ini, sanggup beli telur dekat kedai runcit sebab nak makan telur bungkus kat kedai makan, alasan stok telur habis, terus aku carikan,” kongsi Fatihah. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... kan-kehabisan-stok/
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak aku nak bawa beras sendiri? Tapi masak nasi lama lah pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-5-2022 05:45 PM
Boleh tak aku nak bawa beras sendiri? Tapi masak nasi lama lah pulak
Tak lama pung kalau takat 2 3 pot...
Sambil2 tu makan kepok ikan dolu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia dah biasa makan disitu nampak pun macam kawasan food court dalam pasaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai makan melayu memang kurang menitik beratkan kualiti nasi. Asal boleh ja. Tapi kedai cina nasi dia memang pakai beras mahal la.
Kalau kat Siam jgn cakaplah, boleh beli nasi ja siap ada pilihan nak nasi biasa ka nasi mahal, harga lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-5-2022 08:12 PM
Kedai makan melayu memang kurang menitik beratkan kualiti nasi. Asal boleh ja. Tapi kedai cina nas ...
Kalau gi kedai cina mmg beras koman2 yang sunwhite tu..
Baru sedap makan..bau dia wangi je..
Berbaloi2 lah |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 26-5-2022 05:45 PM
Boleh tak aku nak bawa beras sendiri? Tapi masak nasi lama lah pulak
Kau kena bawak maggi.....
Mana tau tetiba kedai tu kehabisan maggi bila kau nk mkn maggi goreng
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok next time bila pergi ChaPisac saya nak bawak avocado. Lately memanjanggggggggggggggg je avocado tak de bila nak beli avocado vanilla |
|
|
|
|
|
|
| |
|