CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Tempatan] Fitnah Tabung Haji: Asyraf Wajdi tarik balik kenyataan terhadap Mujahid

[Copy link]
Post time 26-5-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 26-5-2022 04:41 PM

Fitnah Tabung Haji: Asyraf Wajdi tarik balik kenyataan terhadap Mujahid
N Faizal Ghazali
Diterbitkan:  May 24, 2022 5:16 PM




Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menarik balik kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mujahid Yusof.

Perkara itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Akhtar Tahir, melalui prosiding penghakiman persetujuan membabitkan kes saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf Wajdi.

Peguam yang mewakili anggota Parlimen Parit Buntar itu, Noorazmir Zakaria, memberitahu Malaysiakini, Asyraf Wajdi bersetuju untuk memadam dan menarik balik hantaran tersebut.

Ia merupakan hantaran dibuat bekas timbalan menteri di JPM itu di Facebook pada 30 Sept 2019 bertajuk “Tabung Haji Jual RM 2.6b Ekuiti: YB Mujahid Harus Segera Beri Penjelasan”.

Selain itu kata Noorazmin, turut direkodkan di mahkamah ialah Asyraf perlu membuat hantaran bertulis di akaun Facebook miliknya berhubung dengan persetujuan untuk menarik balik kenyataan sebelum ini.

"Saman fitnah Mujahid terhadap Asyraf yang difailkan pada 19 Nov 2019 berhubung dengan tuduhan Asyraf Wajdi di Facebook miliknya bahawa wujudnya penjualan saham Tabung Haji (TH) di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika Mujahid menjawat jawatan sebagai menteri agama," katanya.

Selain Noorazmir, Mujahid juga diwakili peguam Atiqa Azmi, manakala Asyraf Wajdi diwakili peguam Wan Muhammad Hafiz Wan Zawawi dan Aimi Shazwani Yaakob.

Ambil berkat jalan nabi

Sementara itu Asyraf Wajdi dalam kenyataan di Facebook hari ini tampil menjelaskan naib presiden Amanah itu telah membuat penjelasan kepadanya yang tiada pelupusan saham TH dalam TNB ketika itu dan mereka sudah mencapai kesefahaman.

"Memandangkan isu berkenaan saham TH di dalam TNB telah diperjelaskan Mujahid dan juga selaras dengan perkembangan mutakhir yang mana isu-isu lain berkenaan aset-aset TH sedang di siasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), saya dengan ini menarik balik hantaran tersebut dan berharap agar Hantaran tersebut dan/atau isu pelupusan saham TH dalam TNB yang dibangkitkan di dalam hantaran tersebut tidak lagi dibangkitkan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu Mujahid dalam reaksinya berkata, dia berharap tiada lagi pihak yang mencetuskan kebencian serta kemarahan dalam isu Tabung Haji, termasuk ke atas Asyraf Wajdi.

Kata Mujahid semua pihak perlu menghormati prisip yang lebih besar iaitu perdamaian sebagai jalan yang lebih baik.

"Pilihan itu harus menjadi benchmark (penanda aras), bukannya berterusan dalam kebencian dan permusuhan selamanya.

"Semoga semua kita menyusuri jejak Rahmatan Lil Alamin mengambil berkat jalan Rasulullah," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066439 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list