CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1077|Reply: 18

[Tempatan] Lif rosak: 5 bulan 'panjat' tangga flet 13 tingkat

[Copy link]
Post time 26-5-2022 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2022 01:58 AM

5 bulan 'panjat' tangga flet 13 tingkat[size=14.399999618530273px][size=0.8]Mei 25, 2022 @ 1:37pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




PPR Sri Sena di Kangar - Foto ihsan Facebook SWCorp Perlis



KANGAR: Leceh dan memenatkan - itu antara rungutan diluahkan penghuni Blok A Pangsapuri Sri Sena di sini, yang terpaksa memanjat tangga lebih 13 tingkat bangunan itu setiap hari sejak lima bulan lalu.

Semuanya disebabkan kerosakan lif yang berlaku di satu daripada blok pangsapuri terbabit yang sehingga kini belum dapat diperbaiki.
Seorang penduduk, Chau Tek Kau, 70, berharap masalah berkenaan dapat segera diselesaikan kerana ia membebankan penduduk.

"Amat memenatkan, lebih-lebih lagi buat warga emas seperti saya. Namun saya tiada pilihan dan terpaksa menggunakan tangga dua kali sehari untuk pergi dan balik kerja," katanya kepada pemberita hari ini.

Tek Kau yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah restoran berkata, masalah kerosakan lif itu bukan satu perkara baharu dan pihak komuniti sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali Abdullah, 54, berkata beliau difahamkan kerajaan negeri sudah pun meluluskan peruntukan bagi membaiki lif itu.
"Entah di mana silapnya kami masih menunggu, namun masih belum ada kerja pembaikan dilakukan pihak kontraktor hingga hari ini.

"Keadaan bertambah buruk apabila pangsapuri ini mengalami masalah bekalan air semalam, jadi kami terpaksa naik turun tangga beberapa kali untuk mendapatkan bekalan air," katanya yang memiliki empat anak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM333,120 kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi kerja penyelenggaraan secara berkala lif di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Sri Sena.

"Kita mengambil berat kesusahan rakyat dan peruntukan sudah diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Mac lalu.
"Saya difahamkan oleh JKR bahawa tender dan lantikan kontraktor sudah dibuat pada pertengahan April lalu," katanya.

Azizan berkata beliau difahamkan kontraktor dilantik menghadapi masalah teknikal bagi mendapat alat ganti dari luar negara, namun masalah itu dijangka dapat diselesaikan dalam masalah terdekat. – BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Chau Tek Kau
Huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:20 PM | Show all posts
Kesiannya dah berbulan masih tak selesai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:36 PM | Show all posts

"Hmmmmmmm" sungguh nama orang tua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:39 PM | Show all posts
Kesiannya..cabut lutut pa masa sampai umah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan diperbaiki..biarkan agar penghuninya lebih sihat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 26-5-2022 06:36 PM
"Hmmmmmmm" sungguh nama orang tua ni.

Kan..

Tp kesian juga dia..naik turun tangga mmg penat woo
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:42 PM | Show all posts
shernazz replied at 26-5-2022 06:41 PM
Kan..

Tp kesian juga dia..naik turun tangga mmg penat woo

Umur 70 tapi kerja lagi. Dasat juga la orang tua ni. Confirm slim je badan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 06:52 PM | Show all posts
ok la tu

tapayah exercise dah... harus smuer yg duk situ kuruih.. lg tinggi, lagi kuruihh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mana mana alasan sama, spare part
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu sparepart dari luar negara ke duit dah masuk tempt lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Spare parts from China ketteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah duduk PPR dengan sewa yang murah setakat token tu, lagi mau banyak bunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik..motif ada rumah ppr bertingkek tingkek kat perlis??? Bukan perlis 8 org jah yg duduk...buat apa bina rumah ppr tinggi2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjat tingkat 4 pun dah gigil lutut wei. Longgar segala skru rasa. Moga cepatlah lif tu siap. Kesian warga emas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:10 AM | Show all posts
kalau lif ppr rosak susah nak husnuzon...selalunya rosak angkara kelahanatan penduduk..

tapi dari gambar atas tu nampak bersih pprnya..tak nampak macam ppr pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sangka perlis ada ppr. ingatkan semua dok landed bak kata kwn iols ape guna dok ujung sipi2 nak terkeluar msia kalau dok umoh takde laman

btw, cepat2 la baiki lif tu. sian org tua.
rumah ppr ni ada bayar maintenance fee dak bulan2?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 05:54 AM | Show all posts
Mesti ada yang dah kurus...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya lah hai
Ppr ni sblh pasar besar kangar
Tgk dr luar cam ok je, ada lif problem la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.059883 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list