CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 991|Reply: 5

Rakyat India Makin Gemuk, Obes

[Copy link]
Post time 26-5-2022 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Satu tinjauan terbaharu kerajaan India mendapati bahawa penduduk negara itu semakin gemuk dan bilangan individu mengalami obesiti bertambah dengan kadar ketara, lapor Badan Penyiaran British (BBC), semalam.


Pakar kesihatan tempatan memberi amaran bahawa keadaan tersebut boleh mencetuskan situasi kecemasan sektor kesihatan sekiranya tidak ditangani dengan tegas dan pantas.




Gambar hiasan/Alamy




Pakar bedah dan pengasas Yayasan Obesiti India, Dr Ravindran Kumeran menyalahkan gaya hidup yang tidak aktif, tabiat mengambil makanan segera, murah dan tidak berzat sebagai penyebab obesiti semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 25 atau lebih dianggap sebagai berat badan berlebihan.


BMI yang dikira dengan mengambil kira ketinggian dan berat individu adalah ukuran yang paling diterima di seluruh dunia untuk mengklasifikasikan seseorang kepada kategori normal, berat badan berlebihan, obes dan obes yang teruk.








Namun, Ravindran dan ramai pakar kesihatan lain percaya bahawa untuk populasi Asia Selatan, ia perlu diselaraskan sekurang-kurangnya dua mata lebih rendah pada setiap peringkat kerana masyarakat di rantau itu terdedah kepada obesiti berpusat.


Ia bermaksud bahawa badan mereka mudah menghasilkan lemak di perut dan ia merupakan titik paling tidak sihat berbanding lebihan berat di mana-mana bahagian badan.


“Jika anda mengambil 23 sebagai paras untuk berat badan berlebihan, saya fikir separuh penduduk India akan dikategorikan berlebihan berat badan” jelasnya.




Gambar hiasan/Getty Images




Menurut WHO, terlalu banyak lemak badan meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit, termasuk 13 jenis kanser, diabetes jenis 2, masalah jantung dan paru-paru.


Pada tahun lepas, obesiti menyumbang 2.8 juta kematian di seluruh dunia.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah makan berlemak dan manis2..
Mmg le naik badan...
India darul gundu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:30 PM | Show all posts
Kurus kena kutuk family tak cukup bagi makan katanya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 06:32 PM | Show all posts
apapun malaysia menarik napas lega, masih juara negara tergemok di asia
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara kita apa kurangnya. Yg muda2 byk obese. Sedeh aku tgk generasi pelapis bdn tak fit, berpenyakit & obese.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermakna india dah semakin maju.....
Hidup lebih mewah.....

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046133 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list