View: 648|Reply: 5
|
Dua Pembantu Kesihatan Ditahan Terima Rasuah Urusan Pengurusan Jenazah
[Copy link]
|
|
Dua pembantu kesihatan di Shah Alam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM15,000 seorang bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah.
Sumber berkata, dua lelaki berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
Gambar hiasan
Katanya, kedua-dua suspek yang berkhidmat di sebuah hospital di negeri ini dipercayai meminta dan menerima suapan RM300 bagi setiap jenazah diuruskan daripada individu tertentu.
Difahamkan, ia sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan dua suspek itu untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan orang mati pun nak merasuah |
|
|
|
|
|
|
|
malangnya hidup kau hadap duit haram. apa lah agaknya nasib anak2 kau kat rumah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bdepan dgn jnazah pun xmampu cegah dr ambil rasuah...hati kau keras roy |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak minta dari jenazah. mau jenazah tu hidup balik lempang satu kali |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bertuhankan duit macam tu ler jadinya |
|
|
|
|
|
|
| |
|