CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 731|Reply: 2

Pelajar Direnjat Elektrik Dipindah Ke ICU Hospital Sungai Buloh

[Copy link]
Post time 27-5-2022 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar lelaki cedera selepas terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan pada Rabu kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB).


Mangsa berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.




Sinar Harian




Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Tanjong Karang (HTK) dengan bantuan alat pernafasan.


"Mangsa berusia 19 tahun itu kemudian segera dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut pada hari sama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.


Pada Rabu, Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.08 petang pada Rabu.


Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian.


Ketika kejadian, kawasan Giat Mara Sekinchan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter dan pihak bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh serta meminta pihak pengurusan menutup semua bekalan elektrik.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 02:08 PM | Show all posts
jap.. corong peniup tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 04:26 PM | Show all posts
talapia replied at 27-5-2022 02:08 PM
jap.. corong peniup tu apa?

Macam hand blower tu kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.040719 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list