View: 413|Reply: 0
|
[Tempatan]
Ops Bersepadu elak kemalangan babit haiwan ternakan
[Copy link]
|
|
Ops Bersepadu elak kemalangan babit haiwan ternakan
Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu
KUANTAN: Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam Ops Bersepadu berkaitan kes haiwan ternakan berkeliaran terutama membabitkan keselamatan pengguna jalan raya di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata ini berikutan haiwan ternakan iaitu lembu dan kerbau, khususnya di Beserah menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya.
Katanya, berdasarkan statistik, sebanyak 157 kes kemalangan membabitkan haiwan ternakan tahun lalu dan 37 kes direkodkan dari Januari hingga April lalu.
"Tiada kes kematian dilaporkan tetapi kemalangan itu menyebabkan kerosakan kenderaan
"Baru-baru ini, seorang pemandu kenderaan merempuh haiwan di tengah jalan pada waktu malam dan sudah tiba masanya untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata demikian selepas sesi perjumpaan dan dialog antara polis dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan penternak lembu kawasan Beserah di Balai Polis Beserah, di sini, semalam.
Katanya, sesi itu bertujuan menerangkan kepada penternak haiwan dalam soal keselamatan kepada pengguna jalan raya dan penduduk taman perumahan jika haiwan mereka tanpa pengawasan.
"Dalam kes ini, langkah menanganinya perlu lebih pantas sebelum pemandu atau mereka yang terbabit dalam kemalangan dengan ternakan itu mengambil tindakan sendiri.
"Perkara boleh menjadi di luar kawalan terutama apabila kenderaan rosak disebabkan kemalangan dengan haiwan terbabit," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... bit-haiwan-ternakan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|