CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 3

[Dunia] Israel tidak lulus permit jual peluru berpandu kepada Ukraine

[Copy link]
Post time 27-5-2022 10:12 PM | Show all posts |Read mode

Israel hanya akan membekalkan senjata tidak membawa maut kepada Ukraine bagi mengelakkan konfrontasi langsung dengan Rusia. - EuroSpike

Israel tidak lulus permit jual peluru berpandu kepada Ukraine

TEL AVIV – Israel tidak akan membenarkan Jerman menjual peluru berpandu anti kereta kebal Spike kepada Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Peluru berpandu itu dihasilkan di Jerman di bawah lesen Israel dan Tel Aviv perlu meluluskan eksportnya.

Pentagon meminta kelulusan penjualan tersebut daripada pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan Israel semasa lawatannya ke Washington awal bulan ini tetapi telah ditolak.

Ini berikutan kebimbangan bahawa askar Rusia terbunuh oleh senjata buatan Israel yang mungkin akan membawa kepada Moscow bertindak menjejaskan  kepentingan keselamatan Tel Aviv di Syria.

Isu tersebut timbul dua minggu lalu apabila Ketua Pengarah Kementerian Pertahanan Israel, Amir Eshel melawat Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Setiausaha Dasar Pentagon, Colin Kahl, telah meminta kebenaran untuk Jerman mengeksport Spikes ke Ukraine.

Eshel menolak dengan memberitahu Kahl bahawa Israel hanya akan membekalkan Kiev dengan peralatan ketenteraan yang tidak membawa maut. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... ndu-kepada-ukraine/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 01:06 AM | Show all posts
Eshel menolak dengan memberitahu Kahl bahawa Israel hanya akan membekalkan Kiev dengan peralatan ketenteraan yang tidak membawa maut. – Agensi
peralatan ketenteraan yang tidak membawa maut tu macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Peralatan pemukul lalat agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 28-5-2022 01:06 AM
peralatan ketenteraan yang tidak membawa maut tu macam mana ?

Botol air, topi helmet baju celoreng kasut boots kut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.037127 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list