CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2224|Reply: 13

[Dunia] Panik Malaysia henti eksport ayam, rakyat Singapura jual hidangan KFC RM3.8 juta 'online'

[Copy link]
Post time 27-5-2022 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-5-2022 02:54 AM

SINGAPURA – Singapura menjadi bahan ketawa media sosial apabila rakyatnya bertindak menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam goreng dan nuget di platform jual beli barangan terpakai, Carousell, antaranya pada  harga mencecah S$1.2 juta (RM3.8 juta), lapor portal Coconuts.

‘Kegilaan’ itu susulan pengumuman Malaysia yang akan menghentikan eksport ayam segar bagi memastikan bekalan domestik terjamin.

“Disebabkan permintaan yang meningkat dan bekalan rendah, ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati hidangan ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang,” tulis ikalna dalam akaun @Nuclearbeast.

Tawaran berharga  RM3.8 juta itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang menyenaraikan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai barang ‘terhad’ dan sangat jarang didapati.

Satu lagi hidangan iaitu ayam popcorn sejuk beku edisi terhad turut tersenarai pada harga lebih S$60,000 (RM1.9 juta).

Senarai itu diteruskan dengan penyenaraian sepinggan nasi ayam Hainan berharga lebih S$1,000 (RM3,195), sepinggan ayam goreng pada harga S$20,000 (RM63,916) dan juga sekotak McNuggets berisi empat ketul nuget yang memiliki harga S$500 (RM1.597).

Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura,  Desmond Tan bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.
Beliau berkata, rangkaian pasar raya NTUC mempunyai stok ayam selama berbulan-bulan dan lebih banyak lagi akan diterima dalam masa terdekat.

Singapura mengimport kira-kira 34 peratus  bekalan ayamnya dari Malaysia dan mendapatkan yang lain dari Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/05/27/panik-malaysia-henti-eksport-ayam-rakyat-singapura-jual-hidangan-kfc-rm3-8-juta/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh..bkn ku li kata spore mknan terjamin sampai 6 thn.. awat gelabah bila msia henti eksport ayam..blm lg klu putus bekalan air lg... tapi menteri2 biol msia tlg berfikir dan bertindak dgm bijak utk rakyat msia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ronald McDonald tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo....msia eksport ayam ke spork....
Patut le ayam naik harga.....
Pastu import lak dari telend.....

Apa kata ayam dari telend tu di jual ke spork....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke si bodoh nak membeli? Kalau kfc lebih sedap texas atau arnold..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Panik kulu panik kilir..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2022 07:58 AM | Show all posts
soalan aje.. berapa ramai rakyat singapore yang jual ayam berjuta ringgit tu?

masih ada ayam dari negara lain..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
parking berduit, tanam ubi betik merata2 semua x boleh, apa brg bertanah semua berduit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 08:41 AM | Show all posts
hina sungguh rakyat singapura ni....nak beli air dr malaysia pun nak harga murah2...cilaka punya apek
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 08:52 AM | Show all posts
pasni jgn jual air. jgn jual tanah. biarlah beraulat skit. dgn temasik pun asyik kena bully.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sing dollar $60,000= RM1.9 million?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 03:36 PM | Show all posts
eh?? Singapore import ayam dari Brazil?
wow , kita cam ne itu hari masuk news?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 27-5-2022 11:12 PM
Eh..bkn ku li kata spore mknan terjamin sampai 6 thn.. awat gelabah bila msia henti eksport ayam..bl ...

Tp den Ragu2 la dgn permintaan uols supaya berfikir utk msian .SBB Dr pandangan Mata rabun den.. pemimpin2 Msia ni lbh suka utamakan org luar Dr msian..tgkla..brapa byk Kaum Sekarang Ada kat Msia..lps ni dlm borang..bhgn bangsa..dulu..melayu India Cina dll..akn dtg..mgkin Rohingyak..indon..abangla..menyammar..nepal epal..dan sewaktu dgnnya..ape blh buat..nak nampak baik Ati kut...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 28-5-2022 03:36 PM
eh?? Singapore import ayam dari Brazil?
wow , kita cam ne itu hari masuk news?

They cannot be  idiots to rely only dari satu sumber....kheunz?

Thats why their ministers are being paid millions..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042226 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list