View: 1249|Reply: 18
|
[Tempatan]
Kerajaan ada bukti untuk ‘usir’ UNHCR jika beri kad kepada bukan pelarian, kata Hamzah
[Copy link]
|
|
Hamzah Zainudin berkata, terdapat juga bukti di mana UNHCR dengan kerjasama pihak lain kononnya menggunakan nama persatuan Rohingya memberikan kad perlindungan itu kepada warganegara Indonesia dan India yang bukannya terdiri daripada pelarian. (Gambar Facebook)
KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai bukti untuk “mengusir” Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia selepas terdapat kesalahan- kesalahan dikesan dilakukan dalam mengeluarkan kad kepada pelarian berlindung di Malaysia.
Menterinya Hamzah Zainuddin, berkata terdapat juga bukti di mana UNHCR dengan kerjasama pihak lain kononnya menggunakan nama persatuan Rohingya memberikan kad perlindungan itu kepada warganegara Indonesia dan India yang bukannya terdiri daripada pelarian.
“Saya nak bagi satu contoh bagaimana seorang warga Indonesia boleh mendapat kad UNHCR, jadi sebab itu kita nak beritahu kepada UNHCR, ini negara kita, negara Malaysia, jangan mengeluarkan kad dengan sewenangnya atas persetujuan persatuan Rohingya.
“Ini menunjukkan mereka seolah-olah ada kerjasama, mana boleh satu persatuan yang tidak tertubuh dan tidak didaftarkan di Malaysia melakukan sesuatu dengan mengeluarkan satu surat mengatakan warga Indonesia ini patut diberikan perlindungan melalui UNHCR.
“Saya nak maklum sudah nampak ada bukti-bukti untuk mencari kesalahan yang dilakukan semua pihak termasuk UNHCR,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersama Jabatan Imigresen di Pasar Besar Meru, di sini malam ini,
Hamzah turut tidak menolak kemungkinan wujud sindiket dalam mengeluarkan kad UNHCR.
“Saya lihat tempat tinggal mereka (pelarian) amat sedih sekali, ini membuktikan mereka tidak ada jalan lain selain terus tinggal.
“Kerja di kawasan sebegini dan melahirkan anak, dan saya perhatikan bila lahir anak-anak ini mereka secara automatik diberi kad UNHCR, ia akan membebankan kita,” katanya.
Hamzah berkata, pihaknya akan memanggil wakil UNHCR dan menunjukkan bukti kesalahan yang dikesan Jabatan Imigresen termasuk menyertakan dokumen yang telah disalah guna dan diberikan kepada warga asing yang tidak layak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 kerajaan akan bertegas dlm hal ini..halau terus unhcr..jangan percaya dengan mereka lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Mase tunM jadi pm katanya dah tak boleh renew kad unhcr tapi sampai skrg ramai je lagi warga myanmar/vietnam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
We want action la no talking2 la. Dok cerita tapi org2 tu dah 3-4 generasi dah pun tak buat apa2. Yg hairan paling senang dpt ic merah ni indon yg terang2 bukan legit kat malaysia. Anak2 terus dpt ic biru. Situation sama je dgn foreigners/expat lain ie kawin malaysian tapi bertahun2 apply pr asik kena reject je. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh sgt statement ni. benda dah berlaku berbelas malahan pulhan tahun. bukti semuanya nyata. action memang takde langsung from the govt.
shame on u! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lagi satu muntri bodoh. Halau je la pati ni semua. Perabih tax rakyat je. Semak. |
|
|
|
|
|
|
|
turun padang cakap berdegar2 10 minit lepastu blah. Ulang2 sampai AJM. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadangkala akak teringin mahu pohon kad UNHCR
Tetapi akak terikat dengan negara asal akak juga |
|
|
|
|
|
|
|
sembang je ni. benda bkn baru. dh kalau announce gini, serupe bgtau penjenayah strategy yg dh diatur |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nk sembang jer..baik citer..."atok aku dulu...dia bunuh 10 orng komunis dgn silat gayung dia jer". |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap jer bukan buat apa pun.
Sebelum lockdown, aku suka jalan ke lrt. Jam 10 pagi, 2 lelaki Rohingya tido atas jejambat depan Menara Tan & Tan. Badan dedua sado. Seram tau.
Bila balik jam 12, depa dah siap pakai baju melayu & songkok nak pegi mintak sedekah.
Kat lrt Ampang plak toksah cakap lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu back 2015 ada sorang x sure either melayu ke indon yg suka tido situ. u bayangkan kol 8, 9 pagi orang nk g keje lalu atas tu nmpk dia tido. skrg rohingya pula takeover
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamzah bodoh. Kau pun kaut skli ke untung meniaga org? Punde. Halau jela. Rakyat sendiri xkesian. Patu celaka ni plk nk dikesiankan |
|
|
|
|
|
|
|
halau je lah. secara teknikal pun, unhcr tak patut dirikan opis kat Msia nih. |
|
|
|
|
|
|
|
sembang pungpangpung dr hr tu lg.. halaunya x.. stakat jaguh kuarkan statement |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 29-5-2022 06:41 PM
Cakap jer bukan buat apa pun.
Sebelum lockdown, aku suka jalan ke lrt. Jam 10 pagi, 2 lelaki Rohingy ...
Rohingya ni memang malas takmo kerja berat buruh kontrak atau kebun sawit. Kalau Indon Bangla rajin la kerja berat2 sanggup. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp la Msia ni suka sgt jadi tong sampah pelarian2 ni..kalo kat singapo jgn harap la rohinya pati sume nk membiak mcm tikus,mintak sedekah bebas kesana kemari mcm kat kl..kl skrg dah jadi bandaraya low class sbb ramai sgt puak2 ni dok bergelendangan di setiap ceruk ibukota.sakit mata tengokk |
|
|
|
|
|
|
| |
|