CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2177|Reply: 22

[Tempatan] UUM diminta bertanggungjawab jika kematian pelajar akibat kecuaian

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:06 PM | Show all posts |Read mode
UUM diminta bertanggungjawab jika kematian pelajar akibat kecuaian


LAPORAN terdahulu portal Harian Metro

Alor Setar: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menuntut pihak universiti berkenaan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecuaian sehingga menyebabkan kematian salah seorang pelajar, Sabtu lalu.

Jurucakap MPP UUM berkata, seluruh warga universiti itu masih menunggu laporan perubatan pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia berhubung punca utama kematian mangsa.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi dan UUM juga diharap dapat memaklumkan butiran lengkap kejadian kepada umum sebaik laporan perubatan berkenaan berjaya disiapkan.

"MPP UUM ingin menuntut agar pihak universiti membantu dalam memudahkan segala proses dan urusan keluarga mangsa dan juga bertanggungjawab sekiranya punca kematiannya adalah daripada kecuaian pihak universiti sendiri.

"Kami sedaya upaya membantu memudahkan proses siasatan kejadian melalui bantuan yang diberi semasa siri perjumpaan secara fizikal dan melalui panggilan telefon bersama Naib Canselor UUM dan waris mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pelajar Semester Empat Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM, R Vinosiny, 21, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di biliknya sebelum disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, siasatan awal polis mendapati pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Mengulas lanjut, beliau berharap, semua pelajar UUM dapat bersabar dan terus kekal tenang serta menunggu laporan dan maklumat sahih pihak berkuasa.

"Kami juga meminta semua pelajar agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti atau tidak benar di semua platform supaya insiden ini tidak disalah erti.

"Kami turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga manga atas insiden yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UUM turut mengeluarkan kenyataan, mengingatkan pelajarnya tidak terbabit dalam apa-apa aktiviti seperti forum atau dialog berkaitan kejadian berkenaan.

Katanya, pelajar juga diminta tidak membuat apa-apa penyataan, spekulasi, andaian atau pendapat berkaitan kejadian.

"Sekiranya UUM mendapati mana-mana pelajar melanggar arahan atau peraturan yang ditetapkan, maka UUM boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pelajar tersebut.

"Untuk makluman semua pelajar, kes itu masih dalam siasatan polis dan dalam tempoh siasatan ini, UUM berharap agar semua pelajar kekal tenang," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jar-akibat-kecuaian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 12:09 PM | Show all posts
what happened?

wow. Kalau jadi macam ni maka tak senang duduklah HEP.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Spill the tea pls... mmg pihak uni kene bertanggungjawab erk kalo kes mcm ni? mmg la berlaku di kolej kediaman, tapi ni bukan level sekolah asrama lagi yg ada warden dok pantau students bagai.. students uni dah kategori dewasa dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Reveal je klu x mcm2 speku keluar

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 03:59 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 28-5-2022 12:11 PM
Spill the tea pls... mmg pihak uni kene bertanggungjawab erk kalo kes mcm ni? mmg la berlaku di kole ...

katanya budak tu kena kejutan elektrik.bangunan tu tak selamat?jadi mmg tanggungjawab U kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 04:17 PM | Show all posts
alesandra replied at 29-5-2022 03:59 PM
katanya budak tu kena kejutan elektrik.bangunan tu tak selamat?jadi mmg tanggungjawab U kot.

Sesuatu sgt kalau MPP tiba2 demand U bertanggungjwb...students pulak disuruh zip mulut...mcm betul je

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 29-5-2022 04:17 PM
Sesuatu sgt kalau MPP tiba2 demand U bertanggungjwb...students pulak disuruh zip mulut...mcm betul ...

Bila disuruh kunci mulut tu, memang jelas lah cubaan utk.tutup sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti isu perkauman akan dimainkan, keluar lah Ltte kicap  segala bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bukan melayu..mesti melebih2 jadinya...kau masak dlm bilik ke sampai kena karen...sepanjang aku duduk situ
dan kalau nak compare dgn asrama uni lain..UUM is the best wpun dlm hutan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:30 PM | Show all posts
monreyes replied at 29-5-2022 05:32 PM
kalau bukan melayu..mesti melebih2 jadinya...kau masak dlm bilik ke sampai kena karen...sepanjang ak ...

kau punya zaman tu brape puluh tahun yg lepas?ini isu semasa...dan isu neh takde kaitan dgn kaum
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-5-2022 07:30 PM
kau punya zaman tu brape puluh tahun yg lepas?ini isu semasa...dan isu neh takde kaitan dgn kaum

bkn dia sorang student meninggal kat kampus ye..kalau melayu trus kena konsep redho..bila bangsa lain ada je sana sini x kena...uni salah..letrik salah..ko je lah btol..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 07:58 PM | Show all posts
malapetaka menimpa uum bertimpa2.. akibat daripada VC-nya yg barua umno dan taik politik,
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:00 PM | Show all posts
monreyes replied at 29-5-2022 07:49 PM
bkn dia sorang student meninggal kat kampus ye..kalau melayu trus kena konsep redho..bila bangsa l ...

sapa suruh melayu bodo redho segala benda?mengapa nak marah pulak org lain persoal itu ini.yg persoal tu pun bapak budak tu.smlm ada keluar artikel bapak budak tu nak saman.agaknya ada kena mengena lah keputusan  autopsi budak tu.yg nak bitter org  nak tuntut hak dia..keadilan utk anak dia neh aku xpaham.dlm islam pun tak bagi  kita zalim pada kapir
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 29-5-2022 08:00 PM
sapa suruh melayu bodo redho segala benda?mengapa nak marah pulak org lain persoal itu ini.yg pers ...


Betul, apsal waris bangsa melayu tu x contest & sape suruh redho memanjang, ada org letak pisau kt leher suruh redho ke…bile kaum lain contest mula la ckp perkauman bagai…dah2 la kepala otak tu nk kait semua dgn sentimen perkauman…pdhal salah keluarga yg x nak panjangkan kes…perangai suka menyalahkan org lain ni mmg dh sebati
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 09:21 PM | Show all posts
tupai replied at 29-5-2022 08:57 PM
Betul, apsal waris bangsa melayu tu x contest & sape suruh redho memanjang, ada org letak pisau kt ...

setuju melayu asal mati je dah takdir. tak dpt apa2

bangsa lain, gengster mati pun boleh menang juta2.
,mungkin pr0fit sharing kot dengan loyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 29-5-2022 09:21 PM
setuju melayu asal mati je dah takdir. tak dpt apa2

bangsa lain, gengster mati pun boleh menang j ...

Kan, I pun melayu tp I x suke konsep redho x bertempat & semua benda sbb takdir…pdhal Allah suruh kite percaya pd takdir tp sblm terima takdir bulat2, usaha la dulu, kalau kematian tu suspicious, pegi la siasat root cause. Kalau semua anggap apa yg jd dlm hidup masing2 tu takdir, baik la tuhan x yah bg otak utk berfikir….sejenis paham agama ikut sedap tekak masing2 pastu tau salah kan perkauman…grow up la weh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sebab kejutan elektrik pun kene tengok jugak penggunaan elektrik tu camne. Budak uni ni paham2 la,pakai extension sambung2 pastu dah pesan jgn bawak kettle,periuk nasi,peralatan elektrik lain tapi bawak jugak. Apepun tunggu jelah keputusan autopsi camne,sebab kalau mati sebab kejutan elektrik mesti ada kesannya. Ni sebab sawan,sawan ni kekdg kene renjat skit pun dah triggered
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 10:34 PM | Show all posts
UUM dah boleh kempen "jaga nama baik institusi" dengan menyorokkan fakta kes
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by monreyes at 29-5-2022 11:44 PM

setahu aku power point tu sejak azali ada kat study table sebelah katil...kalau kau sambung extension sampai ke katil..caj laptop caj hp atas tilam memang mendapat lah..org lain dah lama tau ko je yang lalai ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2022 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa cer sebenarnya dr mula hingga ke pangkalnya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.525200 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list