CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 1

[Politik] Desak segerakan undang-undang antilompat parti

[Copy link]
Post time 28-5-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Desak segerakan undang-undang antilompat parti


Sejak PRU-14, sudah 40 Ahli Parlimen bertukar parti.

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus mendesak agar kerajaan menyegerakan penggubalan undang-undang antilompat parti bagi mengekang lebih ramai Ahli Parlimen dan wakil rakyat 'beralih' kepada parti atau gabungan lain sehingga boleh menggugat kestabilan dalam negara.

Menurut mereka, undang-undang antilompat itu penting bagi mengelak berlaku krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik serta memperkukuhkan pentadbiran negara.

Ia susulan keputusan terbaharu Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin Khamis lalu yang mengumumkan keluar BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ini menjadikan Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sudah dua kali bertukar parti selepas 'Langkah Sheraton' apabila sebelum ini bertindak keluar PKR dan menyertai BERSATU dan kini keluar BERSATU untuk sertai PBM.

Berikutan itu, Pemuda UMNO dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan yang senada berikutan keputusan Zuraida berkenaan yang mahu pelaksanaan undang-undang anti lompat wajar dipercepatkan.

Ketidakstabilan dalam negara berpunca Ahli Parlimen lompat parti

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, malah mendakwa ketidakstabilan dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berpunca daripada tindakan lompat-melompat dalam kalangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat, namun mengkhianati mandat rakyat.


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Sejak PRU-14, sudah 40 Ahli Parlimen melompat," katanya yang turut menyenaraikan 40 Ahli Parlimen yang didakwanya melompat parti pasca PRU-14 yang dimuat naik menerusi Facebook, semalam.

Bagaimanapun, daripada 40 Ahli Parlimen yang disenaraikan Asyraf itu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah menukar parti dengan menubuhkan parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menukar parti menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

UMNO paling terkesan dengan lompat parti

Malah, menurut Asyraf sejak PRU-14 UMNO adalah parti yang paling terkesan apabila 16 Ahli Parlimennya melompat ke BERSATU.

"Alhamdulillah, hikmah kekalahan memberi pengajaran besar kepada UMNO untuk mengenali siapa sebenarnya yang ikhlas dan jujur pada perjuangan.

"Sama ada perjuangan berpaksikan kepada kebendaan atau sebaliknya," katanya.

Gesa sidang khas RUU Antilompat Parti

Terdahulu, Majlis Presiden PH menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen secepat mungkin bagi membahaskan rang undang-undang (RUU) anti lompat parti.

Dalam kenyataan itu, Majlis Presiden PH berkata, Perdana Menteri sebelum ini sudah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU di Dewan Rakyat, namun ia belum dilaksanakan lagi.

"Selain RUU, sidang khas Parlimen ini juga harus membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.

"Juga harus dibincangkan adalah mengenai pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesan beberapa pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik COVID-19 melanda, terpalit dengan rasuah.

"Justeru, Majlis Presiden menggesa Perdana Menteri bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Madius Tangau.

Nada sama juga ditegaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man bahawa pelaksanaan RUU Anti Lompat Parti sangat diperlukan pada waktu ini bagi memastikan tiada lagi wakil rakyat mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, sememangnya ada keperluan untuk ke arah pelaksanaan Akta Antilompat Parti namun ia memerlukan undi dua pertiga daripada Ahli Parlimen untuk merealisasikannya.

"Saya mengharapkan undang-undang yang dikemukakan ini kelak dapat diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, seterusnya diwartakan sebagai satu undang-undang dan berkuatkuasa," katanya pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar Perlis Peringkat Parlimen Arau, di Arau, semalam.

RUU Antilompat Parti mungkin tak berjaya

Bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, RUU Antilompat Parti yang akan dibentangkan di Parlimen Julai ini, tidak akan berjaya kerana ia tidak selari dengan hak kebebasan dalam Perlembagaan.


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah

"Akta yang dibuat di Parlimen untuk menegah lompat parti tak akan berhasil kerana dalam perlembagaan, hak seseorang memilih pandangan dan parti yang dikehendakinya tidak boleh diusik.

"Jika tiba-tiba parti kita terbubar, di mana kita nak pergi apabila ada akta tidak boleh lompat parti, tidak ada logik dari segi perundangan.

"Dia (kerajaan) tak boleh buat halangan dan sekatan macam itu, kalau tiba-tiba berlaku 'emergency', tetap akan berlaku lompat parti untuk tubuh kerajaan baharu atau (nak keadaan) huru-hara," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) 2, di sini, semalam.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ng-antilompat-parti

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2022 02:17 PM | Show all posts
acuan asal, kita pangkah berdasarkan parti walaupun calon nya badut.
selepas tu (sebelum trend katak muncul), kita pangkah berdasarkan calon walaupun parti haprak.
sekarang ni, entah relevan ke tak lagi demokrasi malaysia.

kalau nak tegah lompat parti, mudah rakyat pangkah berdasarkan parti. (tahi dalam parti jangan gebang ke rakyat, rakyat tak ada masa nak tahu, akhirnya semua nya tahi juga selepas emas kamu ambil)

kalau taknak tegah lompat parti, baik rakyat pangkah berdasarkan calon, dah menang, pandai2 korang deal sesama politaik bentuk alliance (rakyat tak nak tahu, akhirnya tetap emas kamu ambil tinggalkan rakyat tahi jua)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.507107 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list