IPOH – Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.
“Saya nasihatkan kepada anak muda semua supaya mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajarkan dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.
“Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui, jadi perkara yang mengarut dan pelik ini diminta supaya laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas yang dihadiri Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Baru-baru ini tular satu trend memuat naik video, khususnya di aplikasi TikTok, yang menunjukkan individu, rata-rata berstatus bujang, berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.
Sementara itu, ditanya mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk yang bertujuan untuk kepentingan peribadi, Naib Presiden Pas itu menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim.
“Janganlah mengambil kesempatan buat perkara begini terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dangan perbuatan mereka.
“Pihak yang terkena diharapkan membuat laporan polis supaya pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.
Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin Al -Ghari dilaporkan berkata antara penipuan itu termasuklah kempen derma, wakaf dan pakej umrah yang menggunakan pelbagai tarikan seperti penginapan di Tanah Suci termurah dan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. – Bernama
Post time 29-5-2022 03:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aah, ada nampak baru2 ni, BBNU yg jantan, letak kipas dipakaikan telekung. Pastu acah2 bagi Salam kanan kiri, then ngam2 kipas tu pun oscillates kanan kiri gak. Yg BBNU betina pulak duk berimamkan kipas kat depan. Kipas oscillates kanan kiri, dia pun acah2 bagi Salam ikut kipas tu. Gila budak2 zaman sekarang.
lah.. igt kan time solat pasang kipas pon jadi isu.. rupanya kipas jadi prop imam /makmum. pelik2 jaman now, despressed bebenor ke mengenangkang bakalan forever alone sampai jadi mcm ni
memang lahanat sungguh yachh. apa ke noreen perangai dibubuh nya hiasan pakai kain kain baju tu lepas tu dok pelok salam cium kipas tu serupa berhala dah ko buat hah noreen?
Post time 29-5-2022 08:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 29-5-2022 06:28 AM
Demi content dan like
Akak lagi jijik kat ummah yang sakan suka like content orang sis. Persis enabler sebegitu sis. Kalau tak ada yang like, diorang pun tak hegeh buat konten bodoh sis.