CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 1

[Dunia] Victoria's Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat

[Copy link]
Post time 29-5-2022 09:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-5-2022 05:24 PM

Victoria's Secret bayar AS$8.3 juta pekerja Thai yang dipecat[size=14.399999618530273px][size=0.8]Mei 28, 2022 @ 11:24am

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Victoria's Secret mengesahkan persetujuan mengenai pampasan telah dicapai, tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar. - Foto REUTERS



BANGKOK: Lebih 1,000 pekerja pakaian dalam Thailand untuk sebuah kilang membekalkan pakaian dalam gergasi Victoria's Secret, yang dipecat telah menerima pampasan bernilai AS$8.3 juta (RM36.345 juta).

Victoria's Secret dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai, tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar.
"Selama beberapa bulan kami telah berkomunikasi secara aktif dengan pemilik kilang untuk memudahkan penyelesaian.

"Kami kesal mereka akhirnya tidak dapat menyelesaikan perkara ini sendiri, jadi untuk memastikan pekerja menerima jumlah pemberhentian penuh, Victoria's Secret bersetuju untuk memberi dana pemberhentian kepada pemilik kilang," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Brilliant Alliance Thai menutup kilangnya di Samut Prakan pada Mac 2021 selepas muflis, tetapi 1,250 pekerja yang diberhentikan tidak menerima bayaran pemberhentian yang dimandatkan di bawah undang-undang Thailand.

Kilang itu juga mengeluarkan seluar dalam untuk jenama Amerika bersaiz besar, Lane Bryant dan Torrid, yang dimiliki oleh Sycamore Partners, tetapi hanya Victoria's Secret menyumbang kepada penyelesaian melalui perjanjian pinjaman dengan pemilik kilang.

Bagaimanapun, Sycamore Partners tidak memberi sebarang komen lanjut. Menurut kumpulan hak pekerja antarabangsa, Solidarity Center, perjanjian itu adalah jumlah penyelesaian terbesar kecurian gaji di kilang pakaian individu.

Pengarah Negara Solidarity Center Thailand, David Welsh, berkata perkara ini tidak pernah berlaku. Kami mahu lebih banyak jenama melakukan perkara yang sama, tapi malangnya ini bukan yang terakhir kerana akan ada banyak lagi kes seperti ini," katanya.

Laporan Konsortium Hak Pekerja sejak April tahun lalu menjelaskan, ia telah mendokumenkan kes kecurian gaji yang sama di 31 kilang pakaian di sembilan negara.

Pengarah Eksekutif Konsortium Hak Pekerja, Scott Nova, berkata isu kecurian gaji dalam industri pakaian berlaku dengan teruk semasa pandemik apabila tempahan pakaian menurun.
Katanya, dianggarkan pekerja pakaian di seluruh dunia berhutang AS$500.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2022 03:01 PM | Show all posts
kecurian gaji????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.036633 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list