CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

Acara takraw campuran tak wajib - Halim Kader

[Copy link]
Post time 29-5-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode

ISTAF tak wajibkan penyertaan acara campuran di Kejohanan Dunia Piala Raja-Raja Thailand. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Acara campuran tidak diwajibkan buat setiap negara ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) yang menyertai Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand Ke-35 dari 23 hingga 31 Julai ini.

Menurut Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader, beliau tidak akan mempertikaikan batasan agama yang ditimbulkan seorang pejuang parti politik Malaysia berkaitan pergaulan lelaki dan wanita kerana menyedari sensitivitinya.

"Pengenalan acara campuran ini sebenarnya sudah beberapa bulan lalu (sebelum Sukan SEA Vietnam yang berakhir Isnin lalu) dimaklumkan kepada semua negara ahli gabungan Istaf.

"Mereka termasuk negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan serta Oman," katanya.

Pada 25 Mei lalu, Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), Faizuddin Zai , menggesa pasukan negara memulaukan Piala Raja Thailand jika acara itu turut dipertandingkan.

Faizuddin berpendapat tiada keperluan untuk mewujudkan acara ini yang tidak sesuai dengan budaya ketimuran dan adat masyarakat Asia Tenggara selaku pewaris dan pengasas sukan Sepaktakraw.

Jelas Halim, Istaf turut memberi kebebasan kepada ahli-ahli gabungannya memilih untuk menyertai sama ada acara beregu (double) campuran atau kuadran (berempat) campuran dan tidak boleh kedua-duanya dalam Piala Raja Thailand di Bangkok.

"Jika mereka kekurangan pemain atau beranggapan tidak mampu bersaing dalam acara itu, penganjur Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) menawarkan lima lagi acara kategori lelaki dan wanita iaitu regu berpasukan, antara regu, beregu, kuadran dan gelung untuk mereka sertai.

Istaf amat menghormati pandangan Pengarah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkaitan bantahan cadangan Istaf untuk memperkenalkan acara regu campuran pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Julai nanti.

"Untuk makluman, Istaf sedang dalam usaha untuk membawa Sepaktakraw ke Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan bantuan semua negara anggota termasuk Malaysia.

"Selaras dengan perkembangan dan program pembangunan sukan lain yang telah bertapak di Sukan Olimpik, Istaf juga perlu bersifat proaktif mempelbagaikan acara Sepaktakraw agar bersifat universal membabitkan atlet lelaki dan wanita," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-wajib-halim-kader

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042051 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list