View: 730|Reply: 0
|
Kawasaki Tak Berminat Ganti Suzuki Di MotoGP
[Copy link]
|
|
Kawasaki telah dikaitkan dengan penyertaan di MotoGP susulan Suzuki disahkan mahu meninggalkan perlumbaan kejuaraan dunia itu hujung musim ini.
Senario itu juga dianggap ideal untuk Kawasaki apatah lagi dengan rata-rata berpendapat Jonathan Rea wajar diberikan peluang kembali ke kejuaraan dunia tersebut.
Bagaimanapun, laporan terbaru mengesahkan Kawasaki tidak akan melompat ke MotoGP sebaliknya mengukuhkan pendirian untuk terus bersaing di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK).
Bercakap kepada Crash.net, Pengurus Pasukan KRT, Guim Roda
menjelaskan KMC Japan telah memutuskan untuk memberi fokus pada WorldSBK dan perkara itu tidak akan berubah.
“Pendedahan jenama Kawasaki menerusi WorldSBK membantu dalam penjualan motosikal Kawasaki bukan hanya Ninja.
“Di WorldSBK, Kawasaki menggunakan jentera pengeluaran besar-besaran jadi lebih logik untuk berlumba dengan cara ini berbanding daripada menghasilkan chasis, enjin dan aerodinamik serba baharu setiap tahun seperti di MotoGP.
“Bagi KRT, adalah lebih mudah untuk mengaitkan jentera di WorldSBK dengan motosikal untuk pengguna daripada cuba menghasilkan mesin perlumbaan MotoGP yang tidak boleh digunakan pengguna di jalan raya,” jelas Roda.
Penjelasan Roda itu sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa pasukan yang akan menggantikan Suzuki seperti yang didakwa Dorna sebelum ini pastinya melibatkan mereka yang sedang bertanding di MotoGP ketika ini. – Crash.net
https://motomalaya.net/blog/2022 ... i-suzuki-di-motogp/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|