View: 710|Reply: 14
|
[Tempatan]
Ayam segar di Langkawi naik sehingga RM10.20kg
[Copy link]
|
|
Ayam segar di Langkawi naik sehingga RM10.20kg
Haris menunjukkan notis memaparkan harga ayam dijual RM9.40kg dan caj pengangkutan 80 sen di gerainya di Pasar Awam Kuah, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman
LANGKAWI: Harga ayam segar di pulau ini meningkat sehingga RM10.20 sekilogram (kg), berbanding harga siling RM9.40kg yang ditetapkan kerajaan di pulau berkenaan.
Tinjauan di Pasar Awam Kuah mendapati, rata-rata peniaga mendakwa terpaksa menjual pada harga itu bagi menampung caj pengangkutan yang tinggi.
Setiap gerai didapati menampal notis harga ayam segar dijual RM9.40kg dan pada masa sama mengenakan caj pengangkutan 80 sen ke atas pelanggan.
Peniaga, Haris Said, 60, berkata caj pengangkutan pertama kali dikenakan pemborong sebaik peniaga beroperasi semula selepas sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.
"Harga ayam terpaksa dinaikkan kerana pemborong kenakan caj pengangkutan dan caj sama dikenakan kepada pembeli untuk kami dapat sedikit keuntungan.
"Saya sendiri rasa tertekan menjual ayam pada harga yang tinggi seperti itu, tetapi apakan daya," katanya ketika ditemui hari ini.
Seorang lagi peniaga, Abdul Aziz Abdullah, 46, berkata dia juga menjual ayam pada harga tinggi iaitu RM10.20kg kerana tidak mampu menampung modal jika menjual ayam pada harga siling ditetapkan.
"Pembekal kini turut mengehadkan bekalan ke pulau ini dan saya hanya terima bekalan 20 peratus, berbanding jumlah yang ditempah seperti kebiasaan sebelum ini.
"Hari ini saya langsung tidak terima bekalan dan pelanggan tetap terdiri peniaga kedai makan turut kecewa. Disebabkan bekalan ayam berkurangan, sembilan peniaga menutup kedai sekitar jam 9.30 pagi tadi, berbanding kebiasaan jam 12 tengah hari," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata caj pengangkutan yang dikenakan peniaga itu tidak dikawal pihaknya.
"Harga ayam bersih standard di Langkawi ditetapkan RM9.40kg. Berkaitan caj pengangkutan dikenakan oleh setiap peringkat peniaga tidak dikawal oleh KPDNHEP," katanya ketika dihubungi
"Bekalan ayam di pulau pelancongan itu dijangka pulih dalam tempoh terdekat memandangkan minggu ini ada pertambahan bekalan. Semua bekalan ayam bersih di Langkawi diperoleh daripada pembekal di tanah besar seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... k-sehingga-rm1020kg
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini pun sekilo $9.20 Dan upah potong ayam $0.70 seekor. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu .hrp ramai2 rohingya berfikir pjg nk mendarat kat langkawi..nk mkn atam mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
kt tempat aku rm11.50/kg |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat aku ni mcm2 rege ade..tp semua atas RM11/kg.. aku x bl pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 30-5-2022 08:23 PM
Ok la tu .hrp ramai2 rohingya berfikir pjg nk mendarat kat langkawi..nk mkn atam mahal.
kta sini depot makan free la kakak..t20 tolong bayar-rohingngok... |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 30-5-2022 09:54 PM
https://youtu.be/Uh0TIGMTWzA
Dia ni Siapa..dgr suara je blh buat kaka gelak..sbb nada dia klaka..dh mcm badut pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 30-5-2022 08:38 PM
kta sini depot makan free la kakak..t20 tolong bayar-rohingngok...
Aah betul jugak kan .pastu sng2 pacak tiang buat rumah dpt tanah free |
|
|
|
|
|
|
|
Harga yahudi harga yahudi baju kamu lacoste jua...ke ps boutique? |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 30-5-2022 08:47 PM
Dia ni Siapa..dgr suara je blh buat kaka gelak..sbb nada dia klaka..dh mcm badut pun ada
Entah kenapa iols dengar sora dia cam rizalman tengah marahkan cinderella kat dapur. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 30-5-2022 09:54 PM
https://youtu.be/Uh0TIGMTWzA
Dia ckp ada point betul ada point xbetul
Post COVID semua negara ada masalah inflasi
Tp skrg ni worsening sbb mael instead kabinet buat kerja satu raid kpdnhep pun xde buat
Just statement je kata ayam sekian sekian..raid xbuat sbb risau kena kecam dgn funder pru..so JD bodoh jela msg2 |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 30-5-2022 08:38 PM
kta sini depot makan free la kakak..t20 tolong bayar-rohingngok...
Rohingya kt sini selfie guna iphone background klcc ajak kaum kerabat dtg msia sbb dpt mkn free.....men gemis pun busjk2 dpt 500 sehari |
|
|
|
|
|
|
| |
|