View: 889|Reply: 5
|
Imam Maut Rempuh Belakang Treler Lepas Balik Mengajar Di Maahad Tahfiz
[Copy link]
|
|
Sayu. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kematian mengejut seorang imam berusia 32 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Dalam kejadian itu, mangsa baru selesai mengajar di sebuah maahad tahfiz apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang, Sabak Bernam, Selangor pada Isnin.
Mangsa yang menunggang Yamaha LC maut di tempat kejadian pada pukul 4.15 petang akibat cedera parah di kepala.
Foto: Sinar Harian
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan mendapati mangsa baru pulang mengajar di sebuah maahad tahfiz di daerah Sabak Bernam dan menuju ke rumahnya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, ketika kejadian, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun berhenti di lorong kecemasan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga imam sebuah masjid di Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, semasa kejadian pemandu treler dipercayai tidak meletakkan sebarang tanda atau isyarat untuk berhenti di lorong kecemasan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
semoga balasan yang baik buat imam tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
eh ni moto biru? imam muda yang kena tangkap merempit haritu bukan yang ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|