View: 3992|Reply: 30
|
Isteri Buntu, Kawan Baik Setiap Hari Melekat Dengan Suami- "Siang Jumpa Di Ofis, Malam Lepak Di Rumah"
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan rakan baik suaminya yang didakwa sangat melamau.
Menurutnya, rakan suaminya untuk sangat mengada-mengada sehingga dia dan suami tiada masa untuk meluangkan masa bersama.
Kisah berkenaan dikongsikan di akaun Twitter TwtWedding.
Menurut wanita berkenaan, dia baru sahaja berkahwin dengan suaminya dan sekarang ini sedang hamil anak pertama.
Gambar Hiasan, Foto: Freepik.com
"Saya bukan nak meluahkan pasal suami, saya nak cerita pasal ‘kawan baik’ suami saya. Orangnya terlalu mengada. Dia memang lama dah berkawan dengan suami saya. Kawan waktu susah senang katanya."
Buntu bila memikirnya adalah rakan suaminya itu seperti tiada sikap bertimbang rasa kerana sering mengajak suaminya keluar bersama. Suaminya pula seorang yang sukar untuk mengatakan ‘tidak’ setiap kali rakannya mengajaknya keluar.
"Dia dengan suami saya satu tempat kerja, so hari-hari lah saya dengar dia complaint pasal tempat kerja sampai saya jadi rimas dengar. Bayangkan waktu kerja dah jumpa suami saya, balik kerja ajak suami lepak pulak."
"Suami saya banyak kali juga cakap tak nak lepak kat dia tapi dia jenis tak faham bahasa. Dia boleh cakap ‘bro tak apa kita boleh lepak depan rumah kau’.
Lebih menyakitkan hati wanita ini lagi apabila rakan suaminya itu seperti tiada rasa malu datang ke rumah untuk melepak. Malah, beberapa hari lalu dia dan suaminya ada masalah rumah tangga dan mengajak si suami untuk berbincang selepas mereka pulang bekerja.
"Baru je berhadapan dengan suami kat rumah, tiba-tiba mamat tu buka pintu rumah bawa kawan mereka lagi seorang. Lepas tu ajak suami saya keluar makan.
"Ya Allah rasa marah betul masa tu. Bila dah habis lepak tu saya bergaduh lah dengan suami kenapa bagi kawan tu datang waktu kita nak bincang masalah."
Baca lagi:
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan kepada kawan-kawan baik di luar sana agar mengetahui batas antara rakan sendiri. Tidak kira mereka sudah berkahwin dari zaman sekolah atau dari kecil tetapi apabila rakan itu sudah mendirikan rumah tangga, tolong hormati hidup rakan terbabit.
"Jangan jadi punca pergaduhan kehidupan suami isteri kawan kamu. Saya harap kalau kamu baca ni, kamu akan terasa dan sedar bahawa kamu dah menganggu sedikit hidup saya dansuami. Saya merayu sangat supaya kamu sedar." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tu bukan bff suami, itu suami punya selingkuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je jenis manusia macam ni. Lebih utamakan kawan dari anak isteri. Kawan lebih penting dari mak bapak sendiri pun. Kadang² kes mcm ni juga punca keluarga mertua pandang serong pada isteri sbb isteri memendam rasa seolah² 'bermadu' dgn kawan suami. Mertua sangka isteri penyebab si suami takde masa utk mak bapak, adik beradik sendiri padahal utk anak isteri pun suami takde masa. Wajib utk kawan²nya sepanjang masa. Nasiblah bila isteri kena 'bermadu' dgn kawan² suami. |
|
|
|
|
|
|
|
laki kau tu yg kena bertegas sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lain macam betul kawan hubby dia tu...kekdahnye takde life kot sampai mengendeng member macam tu sekali..ke ade feeling dengan hubbynya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenalah berani say no kalau tidak sampai bila masaalah tak akan selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
kawin awal mmg mcm ni la,suami tu kena bertegas la,kena pandai mengelak |
|
|
|
|
|
|
|
umur brp ni?carikan gf utk kawan lakinya tu, entah2 batang hidung pun tak nmpk dah lepas tu
ke depa gay??? |
|
|
|
|
|
|
|
ko pehambat jer la jebon tu ngn...penyapu... |
|
|
|
|
|
|
|
tayah jage hati kwn die tu. ko perli jela die depan muke die. biar sampai die sentap majuk dgn laki ko |
|
|
|
|
|
|
|
Sama lah dgn famili aku ni sorg. Adik aku ni duk memuja kengkawan duk tlg dia. Abis selama ni makan minum, pakaian duit belajar duit umah bagai kawan ke yg tanggung? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham dengan orang yg suka jumpa kawan melepak lebih-lebih lagi yg status berkahwin. Ko kalau keje nak melepak je patut awal2 jangan kawen, ko boleh pegi melepak sampai ajm! |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 1-6-2022 03:49 PM
laki kau tu yg kena bertegas sebenarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kan u.. Ape baik sangat ke gamaknya sampai takleh say no. Semak ah orang camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ghalibboy at 1-6-2022 05:38 PM
Dulu masa I baru kawin, ada seorang jiran. Hampir setiap kali mlm mesti datang ke rumah I. Bersembang dan menonton tv. Padahal dia dah ada anak isteri. Kesian suami sampai tersenggut2 mengantuk melayan jiran tu. Hampir pukul 12 mlm baru nak balik rumah dia.
Patutnya mlm bersama keluarga dan berehat sebab siang dah bekerja.
Memang susah nak say no, jgn datang ke rumah.
Yg nak gelak, bila I cerita hal ini pada colleague lelaki, dia kata...sebenarnya jiran tu nak tengok you.
Memang tak selesa ada orang luar di rumah kita...nasib baik lepas tu dia pindah sebab bertugas di tempat lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang kawan tu pun takde life. Hanya kerja & suami tu jela hidup dia. Kesian bini makan hati je dah lah tengah pregnant. |
|
|
|
|
|
|
|
laki ko gay kot? dia pun mcm 2x5 jah seronok berkepit dgn "bff" nya tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 2-6-2022 12:40 AM
Balik rumah bini tu hanyalah taraf bibik, tukang2 urus mkn rumah dan tukang beranak jaga anak, di tempat kerja skandal hanyalah tukang rakan gurau senda rakan teman2 sembang2 isi masa lapang waktu bekerja
Bini x boleh ambil tugas skandal dan skandal x boleh ambil tugas bini
Apalagi bini haruslah berskandal dgn jantan lain yg kaya |
|
|
|
|
|
|
|
"Tidak kira mereka sudah berkahwin dari zaman sekolah atau dari kecil tetapi apabila rakan itu sudah mendirikan rumah tangga, tolong hormati hidup rakan terbabit."
Aku tak boleh hadam ayat ni. Perkataan berkahwin tu kau nak maksudkan berkawan kan sebenarnya? Sebab tak masuk akal ayat tu skang ni. Penin... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm aku mula2 kawen dulu...laki aku pun sama jenis x reti say no...kwn serumah masa bujang still nak datang sembang2 sampai overnite skali...skali dua aku wat derk. tdo umah ajak ngeteh...pastu jin aku kluar lah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|