View: 2342|Reply: 40
|
[Tempatan]
PH bantah cadangan PM untuk kembalikan semula GST
[Copy link]
|
|
PH bantah cadangan PM untuk kembalikan semula GST
https://www.malaysiakini.com/news/623217
Diterbitkan: Jun 1, 2022 5:09 PM⋅
Dikemaskini: 5:10 PM
PH membantah cadangan kerajaan untuk mungkin memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan ketika pentadbiran gabungan itu.
Dalam kenyataan hari ini, Majlis Presiden PH berkata langkah itu akan meningkatkan lagi harga barang di tengah inflasi yang berlaku.
"Dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, rakyat sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah yang berkurangan akibat pandemik Covid-19.
"Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak.
"Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan serta gaji yang tidak meningkat, rakyat akan menerima tekanan yang amat dahsyat," kata Majlis Presiden PH.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Pengerusi Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Upko Madius Tangau.
Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan berminat memperkenalkan semula sistem cukai itu walaupun sedar bahawa ia tidak popular.
Bagaimanapun, katanya, jika ia dikembalikan, kadar GST tidak akan membebankan tetapi pada masa sama tidak terlalu rendah.
Menurut Ismail, kerajaan hilang hasil tahunan RM20 billion ($4.57 billion) akibat pemansuhan cukai itu.
Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut mengingatkan bahawa majoriti rakyat Malaysia telah menolak GST dalam PRU14.
Katanya lagi, di saat kerajaan berdepan masalah persepsi dari segi urus tadbir serta kemerosotan negara ke tangga ke-62 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International, tidak wajar untuk kerajaan mengutip lebih banyak cukai daripada rakyat.
Kerajaan sepatutnya terlebih dahulu membuktikan reformasi dan penambahbaikan urus tadbir yang telah dilaksanakan, katanya.
"Tiada guna mengutip lebih banyak cukai jika akhirnya nanti duit rakyat dibazirkan akibat rasuah, ketirisan dan kronisme," katanya yang turut membangkitkan kedudukan Malaysia di tangga kedua dalam indeks kapitalisme kroni yang dikeluarkan The Economist.
"Oleh itu, PH tidak bersetuju dengan cadangan memperkenal semula cukai GST selagi pelbagai isu ini terus membelenggu rakyat," kata Majlis Presiden PH lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok,kalau mcm tu nt kalau PH memerintah perkenalkan la semula GST |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi korg perkenalkan sst boleh pulak. Yg ni lg xnampak pi mn duit sst tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tak mahu mesti golongan peniaga saja ... tak mahu GST sebab tak boleh menipu
keji sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
PH ni kan mesra tokey dan pemilik kilang haram.. tuh yg depa suka sangat SST |
|
|
|
|
|
|
|
Tolonglah PH, bangkang tu xder masalah tp tolonglah sertakan solusi alternatif |
|
|
|
|
|
|
|
Kami takmau gst 6%...kami nak kekalkan sst 10% |
|
|
|
|
|
|
|
mael ni mesti mendengar punahnasihat bernama najib razak. |
|
|
|
|
|
|
|
nama pom pembangkang.semua benda nak di bangkang. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la hang x suka gst. Caner nak under table kalau gst ada. Nk naik harga sesuka hati pun boleh. Nk lari tax senang |
|
|
|
|
|
|
|
Mark my word... Pembantahan GST bukan bertujuan utk membela rakyat.... Itu cuma ayat cover jelah... Dia blh dpt undi dan funder pulak blh buat duit berkali lipat... So both side ada benefit |
|
|
|
|
|
|
|
takut xdpt lari dr byr ufti ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Belanja lebih bayar lebih la.
Apa masalahnya?
Subsidi makin hari makin bertambah tapi hasil pendapatan tak bertambah.
Lepas tu kritik kerajaan bentang bajet defisit, tak pandai tadbir negara, negara banyak hutang, nak muflis.
Bodoh ke apa korang ni?
Tak nak ke sokong hapuskan pencen menteri/ahli politik? |
|
|
|
|
|
|
|
GST ke SST ke, barang akan kekal naik tiap tahun.... |
|
|
|
|
|
|
|
PH ni majoriti cina, sedikit shj melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Cina matlamatnya satu, sokong pun satu.
Melayu matlamat macam2. Sekejap nak kaya, sekejap nak kuasa, sekejap nak pahala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila belum berkuasa tak dapat lagi jawatan Menteri, berkali-kali depa heret rakyat ke Padang Merbok bantah GST.
Bila mulut dah penuh sagon pangkat dan jawatan Menteri, ke mana mereka sekarang? Walaun kenapa bodoh membisu?
#ularmakmunafiq
|
|
|
|
|
|
|
|
apa sebenarnya justifikasi untuk nak gst ni?
nak kaitkan dengan subsidi, dah bertahun kita tak ada gst boleh bagi subsidi, hanya bn sahaja yang kata tak boleh.
dengan sst ada syarikat yang terlepas dari cukai? .. kalau tahu terlepas dari cukai kenapa tak denda sehingga terduduk syarikat tersebut. bila dah dakwa ada yang terlepas walaupun kita guna sst maka sepatutnya kita dah tahu tetapi kita tak laksanakan denda.. siapa yang salah disini?
dengan gst maka siapa yang beli banyak akan lebih banyak cukai? ... dengan sst pun begitu, reason ini langsung tak boleh pakai... apa pun sistem cukai, siapa pakai lebih banyak maka dia automatik dah bayar cukai lebih banyak
orang yang nak gst ni senang2 nak buat reason, kadang nak kaitkan subsidilah... padahal sebelum gst dah buat semua tu...
.... setakat ini gst ini cuma untuk pungut cukai lebih banyak dari rakyat.... ingat peniaga nak tanggung ker kos gst ni semua, semua dia tolak kepada pengguna. kalau justifikasi nak adakan gst setakat nak pungut cukai banyak maka kita sentiasa ada pilihan untuk pilih kerajaan...
cuma untuk fair kalau tak ada gst apa kerajaan itu boleh buat dan tawarkan pulak? jangan setakat buat manifesto palsu lepas tu suruh orang percaya manifesto palsu tersebut...
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 2-6-2022 05:20 PM
apa sebenarnya justifikasi untuk nak gst ni?
nak kaitkan dengan subsidi, dah bertahun kita tak ad ...
Dengan gst, semuanye ada rekod. Mana pergi dan pergerakan duit tu. Dari pengilang sampai ke pembeli. Jadi peniaga cina ni takleh ler menipu. Sebab itu ler ph dulu cepat2 hapuskan gst lepas dapat kuasa. Apek2 dah byk sponsor..kene ler jalankan tanggungjawab..
Manipesto lain buat taktau je..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak leh menipu tu apa maksud dia sebenarnya? dia boleh tipu kerajaan tak bayar cukai dan kerajaan tak boleh kesan? sampai macam tu sekali buruknya sst tu ker? tapi macam mana kita tahu cina tu boleh menipu pulak kalau kerajaan tak tau dia menipu? sebab kalau kerajaan tahu maka kerajaan sepatutnya dendan orang tersebut.. bukankah sepatutnya begitu tindakan kerajaan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|