View: 5251|Reply: 80
|
Pemilik Taska Kaya, Pakai Honda 3 Buah, Barang Branded- Pembantu Taska Cuma Dapat RM1200 Sebulan, Kerja Lebih 12 Jam
[Copy link]
|
|
Bekerja hampir 12 jam namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal!
Demikian luahan yang dilontarkan seorang pengguna media sosial mengenai nasibnya dan kebanyakan individu yang bekerja sebagai pembantu taska.
Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.
Foto: mStar Online
"Kenapa pembantu taska tak boleh terima gaji minimum macam orang lain? Sebelum ini gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja,
"Ada tempat yang terima kurang daripada itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 (namun) kami hanya dapat naik RM1,200," luahnya.
Lebih membuatkannya terkilan, hal yang berbeza pula dilalui oleh pemilik taska yang didakwanya menjalani kehidupan mewah hasil yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak.
"Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.
"Owner pakai kereta Honda dua hingga tiga buah, pakai barang branded sana sini. Tapi gaji bangla (Banglades) buruh lagi tinggi daripada kami staf taska.
"Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal account sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan memang tak boleh buat apa-apa ke?," luahnya lagi.
Tambahnya lagi, bebanan kerja yang kadang kala menjangkau sehingga 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa atau overtime berserta isu gaji yang tidak mendapat pembelaan sedikit sebanyak membuatkan golongan sepertinya tertekan.
"Kerja kami lagi stres sebab menguruskan budak-budak. Guna tenaga dan mental.
"Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stres gaji sangat tak setimpal dengan apa yang kami hadap setiap hari," tulisnya lagi.
Luahan yang disuarakan individu tersebut meraih perhatian dan mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya turut melahirkan simpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan.
"Kalau report dekat Jabatan Buruh mesti sangkut punya. Tak ada perikemanusiaan ke? Pakai gelang besar-besar hak pekerja dinafikan.
"Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti. Lepas tu offer dekat ibu bapa siapa nak hantar anak, boleh hantar ke rumah kamu.
"ernah kerja taska, memang gaji murah gila RM500 je. Seawal pukul 6.30 pagi kena ada di taska, balik pukul 6.00 petang. Jaga baby berapa orang, memang letih. Sebulan je kerja kemudian berhenti," demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada antara netizen mencadangkan pembantu taska yang berdepan dengan isu sedemikian untuk mencari pekerjaan lain agar tidak tertekan seterusnya menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan marah.
Untuk rekod pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mula dilaksanakan di negara ini pada 1 Mei lalu.
Berdasarkan warta kerajaan berhubung hal itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.
Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.
Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku x nampak knp perlu bayar tinggi gaji pekerja tasks ni...dah korang pun x de kelulusan tinggi..ke ada yg ada degree?..kerja pun jaga budak...
Kenapa korang x jaga budak kat rumah je..
Jaga 5 orang budak boleh dpt RM2k kalau sorang budak korang ambil RM400... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak compare income pemilik dan pekerja ? |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah ideologi kapitalis: bayar semurah yang boleh, perah sehabis yang boleh. Inilah dia perhambaan moden. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak cerita pasal owner taska, bangla pun dapat lebih bagai. Owner taska tu owner kut, takan dia dapat duit semua bagi rata dgn pekerja pulak...aish Kalau dah terima sign contract ckp 12 hours a day susah lah nak lawan. Ini lah jenis pekerja yg selalu ckp kenapa nak kayakan boss. Kalau tak agree, pelan2 jumpla cari kerja lain, tak pun kerja kilang ada OT. |
|
|
|
|
|
|
|
carilah kerja lain
kenapa xcarik?
sebab xde kelulusan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dr ko memekak baik ko pi cari keje kt tempat lain dik.or buat report kt labor dept |
|
|
|
|
|
|
|
Jap makan dgn tempat tinggal majikan sediakan pastu xde kos transport..OT diberikan..so apa isu dia ya? |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman adik ipar aku la kenapa dia x cari kerja lain selain taska,1) cuti sabtu ahad,
2)boleh tidur tgh hari
3)makan free
4)kerja x berat cuma stress
5) dekat dgn kediaman
|
|
|
|
|
|
|
|
eragon replied at 2-6-2022 12:44 PM
Kenapa nak compare income pemilik dan pekerja ?
Overhead owner, liability syarikat kena buat marketing ads pastu byr epf socso semua tu dia xmo highlight skali ke |
|
|
|
|
|
|
|
gaji mmg paling rendah,
tapi bila dikira dari segi benefit ok la,kerja bertahun2 bila dah ada pengalaman ada modal boleh jd tokey pulak,
sbnarnye bukan xleh bg gaji setimpal,tapi bagi pengusaha yg ada byk cawangan boleh la,yg ada 1 je hauk jugak nak bayar itu ini,
lagi 1 kalau nk bayar gaji tinggi kena naikkan kadar yuran pulak, naik rm20 pun parent dah bising,
atas pengalaman SIL aku ade jgk aku kira2 nak bukak taska,tapi bukan senang nk cari pekerja lagi,risiko dera lagi,
|
|
|
|
|
|
|
|
Siannya masih ada yang tanya kenapa kena gaji mahal..
Kenapa tidak, kerja taska sekalipun masih kerja, |
|
|
|
|
|
|
|
budak yang amek diploma early care ni pun kadang-kadang kerja pembantu taska ni jugak
banyak kolej swasta offer course ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 2-6-2022 01:40 PM
copy_paste replied at 2-6-2022 01:30 PM
gaji mmg paling rendah,
tapi bila dikira dari segi benefit ok la,kerja bertahun2 bila dah ada peng ...
Actually keje sbg pengusaha taska ni margin xtinggi pun..sbb staff berkadaran dgn jumlah bdk yang dia jaga..pastu liability tinggi..slp hb klu ada kes dera kes pukul kes culik owner yang kena menjawab bukan pengasuh..
Plus dia kena make sure safety n food rations budak n pengasuh cukup...dgn byr bil lagi byk oii kos dia..xmasuk lg klu ada penyakit berjangkit.. staff xsihat..sekali nama dh busuk terus bungkus..so pada kaka ko nk demand tinggi2 ko pergi jela jd ponder produk timbang kilo tu..jgn keje pengasuh |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu,aku pun dah kira2 semua tu kenapa gaji randah,
nak gaji tinggi keje taska kerajaan la,
|
|
|
|
|
|
|
|
My friend ada buka taska, share dgn adik dia. dia cakap lps tolak itu ini bagai, dapat lah depa dalam RM2k sorang. Jadilah dia kata, modal dia dulu dari vss dia dapat. Dia kata dari habis camtu je, this is her investment for old age la, dia pun dah kerja lain juga. Have to attend JKM punya courses every now and then, sebab lesen tu kan. Dia cakap babies dia tak ambil memang dia takut tersilap nanti lain jadi. Tapi i tak tanya pula berapa kids dia ambil.
|
|
|
|
|
|
|
|
hello, owner tanggung byak risiko hurkeh ! bila untung pertikai, tp masa susah payah nak berjaya n maintain business, rugi tu semua sebelum untung x fikir pulak.... kalo dh pekerja tu buat jela cara pekerja... nk duit lebih ko bukak la bisnes sendiri... yiihhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my friend cakap, orang JKM sendiri bgtau, yg boleh buat duit is rumah transit. Patut lah ramai je bukan transit kat taman i ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|